|
ini lah akibat lantik orang yg bukan AHLI jadi
ketua...
dgn menteri tak reti cakap melayu pun kena
diperbodohkan....
kena auta lebih 3 kali pun masih
sokong.....HIDUP UMNO.....
----- Original Message -----
Sent: Thursday, January 19, 2006 8:32
PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Pinda
Perlembagaan: Impak kesal dengan kenyataan sesetengah pihak
Pinda Perlembagaan: Impak
kesal dengan kenyataan sesetengah pihak![]() Thursday, January 19 @ 17:47:23 MYT KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Pengerusi
Institut Pengembelingan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar, kesal
dengan kenyataan beberapa pihak berhubung Pindaan Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan termasuk Menteri Kerja Raya, Dato Seri S Samy Vellu
baru-baru ini.
Katanya, pihak berkenaan mendakwa tuntutan itu sangat
perlu untuk menjaga kepentingan bukan Islam, sedangkan dakwanya, selama ini
sebahagian besar Perlembagaan itu lebih banyak memberi kepentingan kepada
orang bukan Islam.
Beliau yang mengadakan sidang media di Pejabat Agong PAS, semalam,
mendakwa dalam Perlembagaan itu sudah wujud ruang yang sangat sempit kepada
pengamalan secara menyeluru h kepada orang Islam.
Maknanya Perlembagaan yang sedia ada ini banyak memberi ruang, peluang,
kebebasan kepada orang bukan Islam. Ini yang harus diketahui mereka.
Dan bila mereka menyatakan bahawa Perlembagaan dan undang-undang yang
ada sekarang ini tidak memberi peluang kepada keluarga untuk mengetahui
anggota mereka yang memeluk Islam, itu tidak betul, mana ada undang-undang
yang menghalang seseorang ahli keluarga mengetahui anak ataupun cucu mereka
memeluk Islam, dakwanya.
Sehubungan itu, dakwanya, apa yang tercetus selepas kematian Pendaki
Gunung Everest, Allahyarham Mohamad Abdullah @ M Moorthy pada 20 Disember lalu
hanya kes terpencil.
Sedangkan dakwanya selama ini mereka yang memeluk Islam secara tidak
langsung sudah membuat pengisytiharan apabila menukar agama.
Contohnya orang tersebut perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran dan itu satu
pengetahuan umum yang sudah pasti bukan saja keluarganya tahu tapi semua orang
tahu yang dia telah memeluk Islam. Jadi, jangan mengambil kes Moorthy untuk
meminda perkara 121(1A) itu, katanya.
Malah dakwanya, kenyataan Samy sendiri baru-baru ini kepada media bahawa
menteri-menteri bukan Islam berusaha mengadakan perbincangan mengenai perkara
tersebut dilihat bersikap sangat cauvinis.
Saya tidak menghalang mereka mengadakan perbincangan tetapi apabila
disebut kumpulan menteri-menteri bukan Islam akan mengadakan satu perbicangan
dengan secara tidak langsung menggambarkan satu cetusan sifat sentimen
cauvinis di kalangan menteri bukan Islam, tegasnya.
Kenyataan tersebut juga katanya, sekali lagi menggambarkan barisan
kabinet gagal membendung perasaan perkauman yang tercetus di kalangan ahli
kabinet sendiri.
Mereka jangan cuba melakukan suatu tindakan yang boleh mengguris hati
dan perasaan orang Islam, katanya sambil meminta kerajaan mempertahankan
Perkara 121(1A) yang sedia ada.
Sebaliknya beliau berkata, kerajaan perlu memperkukuhkan kedudukan Mahkam
ah Syariah dan katanya lagi, jika pindaan itu mahu dibuat ia perlu kepada satu
pindaan yang boleh memperjelaskan hak orang bukan Islam di Mahkamah Syariah
kerana ia akan memperkukuhkan kedudukan mahkamah tersebut. - RR/mns
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter
now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|