|
Assalammuallaikum..
Saya fikir memang betul cakap EN.
Johari.
Saya pun ada melihat dalam rancangan MHI suatu
ketika dahulu, Doktor yang salah seorang ahli panel jemputan tu menyatakan
dengkurang itu disebabkan saluran tak betul atau tersekat.
Baru-baru ini, hari jumaat minggu lepas biras
saya meninggal dalam tidur. Doktor telah mengesahkan dia tidak mengidap sakit
jantung. Saya masih ingat bila kami sama2 balik kampung, ketika tidur
malam dengkurannya memang terlalu kuat. Bayangkan di rumah kampung, dia tidur
dibawah, saya tidur ditingkat atas, saya boleh dengan dengkurannya yang kuat.
Satu rumah boleh dengar.
Jadi saya buat andaian , oleh kerana dia tidak ada
sakit jantung, mungking kematiannya disebabkan saluran pernafasannya tersumbat.
Memang kematian telah ditetapkan oleh allah. Tapi itu mungkin sebab
musabanya.
Wallahhualam.
----- Original Message -----
Sent: Thursday, January 19, 2006 8:55
AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet]
menghilangkan dengkuran sewaktu tidur
assalamualaikum,
Tertarik saya dengan cerita mengenai berdengkur ni.Sebenarnya saya dulu
sama seperti saudara,iaitu masalah tidur berdengkur.masa kawin ok,lepas dapat
anak still ok juga..tapi selepas anak nak masuk 1 tahun mula saya
berubar..tidur saya berdengkur.Berat badan saya bertambah..maklumlah masa
banyak dihabis di tempat kerja than habis kerja seronok nak bermain dengan
anak pula....sampaikan nak bersukan ..(.dulu saya aktif bersukan,main
bolasepak,jogging) dah takder masa..
Saudara,
satu hari mungkin kerana sudah tidak tahan lagi dengan masalah berdengkur
ini ,isteri suruh saya melakukan sesuatu untuk mengurang serta menghilangkan
masalah berdengkur.Saya ke hospital berdekatan rumah HUKM Cheras dan
mendapatkan temujanji dengan doktor.Selepas diperiksa oleh doktor saya disuruh
oleh doktor untuk membuat ujian ,iaitu saya kena tidur satu malam di wad khas
dimana disitu saya akan tidur dengan badan saya dileka! tkan wayar.Didalam
mulut saya juga dimasukkan satu wayar yang disambungkan ke satu mesin..dan
sepanjang malam waktu tidur saya dipantau dari luar oleh 2 orang nurse.Sebelum
subuh kira-kira pukul 5 pagi saya terjaga dan minta diri untuk balik
kerumah...
Saudara,
3 hari selepas itu saya bertemu semula dengan doktor dan dia
mengatakan kepada saya bahawa masalah dengkur ini terjadi kerana saluran di
dalam kerongkong kita telah sempit..mungkin kerana pertambahan berat
badan..dan lemak berkumpul disana.Doktor juga menyuruh saya mengurangkan berat
badan dengan aktif semula bersukan,berjogging....dan jika masalah itu
berlarutan mungkin satu pembedahan terpaksa dilakukan untuk membesarkan semula
saluran tersebut..ALHAMDULILLAHHH selepas hari itu saya mula aktif kembali
dengan berjogging serta senaman .selepas 2 bulan dari tarikh itu isteri saya
mengatakan bahawa dengkuran saya sudah berkurangan dan kadang-kadang tiada
langsung didengarinya.ALHAMDULILLAH.....! ..
Saudara,
Nasihat saya kepada saudara serta kita semua agar mengamalkan
cara hidup sihat dengan bersukan iaitu aktiviti mengeluarkan peluh seminggu 3
kali.Cara ini mungkin berhasil untuk mengurang serta menghilangkan masalah
tidur berdengkur ini.Masalah ini selalunya akan berlaku kepada lelaki.Dengan
berat badan yang berlebihan memungkinkan mengalami masalah tidur berdengkur
ini.
Saudara,
Jika masalah yang saudara hadapi masih berlarutan,saudara bolehlah
mendapatkan nasihat diklinik dan hospital berdekatan dan mereka ada cara untuk
mengurang serta menghilangkan masalah
itu.INSYAALLAHHHHHHHHH
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
assalamualaikum...
saya wan baru mendirikan rumahtangga dua bulan yang lalu
masalah yg saya hadapi ialah dengkuran saya sangat kuat sehingga
mengganggu tidur isteri walaupun isteri tidak kisah tapi sebagai menghormati
pasangan saya ingin menghilangkan bunyi dengkuran itu tapi tak tahu
bagaimana caranya
saya harap saudara saudari semua dapat membantu saya menyelesaikan
masalah ini
terima kasih
Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
Yahoo! Photos Ring in the New Year with Photo
Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|