[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
---------- Forwarded message ----------
From: R2G <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Jan 20, 2006 11:47 AM
*Polemik Rang Undang-Undang Keluarga Islam *
*(Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005 *
Pada 26 September 2005, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 ("UUKI") dengan tujuan
memperbaiki Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan
untuk memastikan agar ianya akan memupuk dan menegakkan keadilan. Isu ini
mula hangat diperkatakan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat
apabila ia menimbulkan kontroversi setelah dikatakan mengandungi
diskriminasi dan penindasan terhadap wanita Islam di negara ini. Susulan
dari itu, Kabinet pada 11 Januari 2006 telah menangguhkan pewartaan UUKI ini
yang mana menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz, ia tidak akan diwartakan sehingga kajian semula mengenainya
dilakukan *[Utusan Malaysia 13/01/06].*
* *
Seperti biasa, peruntukan tentang poligami menjadi fokus utama oleh
golongan-golongan *feminis* disamping beberapa isu lain yang dikatakan
condong kepada lelaki. Pelbagai pihak terutamanya badan-badan bukan kerajaan
(NGO-NGO) yang memperjuangkan hak-hak wanita telah mengkritik hebat
peruntukan tersebut sehingga Perdana Menteri Malaysia 'terpaksa' tunduk
kepada tekanan dan memberi jaminan bahawa kajian semula akan dijalankan
mengenainya. Sautun Nahdhah kali ini menjemput kaum muslimin dan muslimat
untuk melihat dan menyelesaikan isu ini dari perspektif syara' dan bukan
penyelesaian dari mana-mana individu, menteri, NGO-NGO dan lain-lain sumber
yang berasal selain dari Islam. Walaupun terdapat beberapa isu yang ingin
kami perjelaskan, namun disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akan
memfokuskan perbincangan kepada isu yang 'sentiasa mengerikan' bagi
sesetengah wanita iaitu poligami. Antara peruntukan yang diperdebatkan dan
dikatakan mendiskriminasi kaum wanita (terutamanya oleh Sisters In Islam,
SIS) yang terdapat dalam UUKI adalah seperti berikut *[
www.sistersinislam.org.my]*:-
* *
*Hujah SIS **1** - Seksyen 23(3) dan 23(4)(a): Menjadikan poligami lebih
senang terhadap lelaki *
Peruntukan asal seksyen 23, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu
hendaklah *'patut dan perlu'* tetapi dipinda kepada *'patut atau perlu'*.
Ini bermakna suami hanya perlu memenuhi syarat *'keperluan'* untuk
berpoligami dan tidak perlu membuktikan persoalan *'kepatutan'* kepada
Mahkamah. Ini bertentangan dengan penghakiman Jawatankuasa Rayuan Syariah
dalam kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof *(1990)7 JH 152 yang menekankan bahawa
kesemua syarat di bawah sub-seksyen ini sama pentingnya dan hendaklah
dibuktikan berasingan. **
*Kekeliruan SIS** : *a) SIS nampaknya tidak bersikap adil di mana mereka
hanya memetik sebahagian dari peruntukan tersebut dan terus membuat
penafsiran. Peruntukan penuh Seksyen 23(4) berbunyi " *bahawa perkahwinan
yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain,
hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, (i)kemandulan, (ii)keuzuran jasmani,
(iii)tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, (iv)sengaja ingkar
mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak
isteri atau isteri-isteri yang sedia ada"; *Para pengamal undang-undang
menginterpretasi bahawa bahawa persoalan "patut atau perlu" tersebut hanya
timbul di dalam 4 perkara di atas sahaja dan tidak dalam perkara-perkara
lain. Maksudnya, si suami hanya perlu membuktikan bahawa dia "patut atau
perlu" kahwin sekiranya permohonan poligami tersebut adalah berdasarkan 4
alasan tadi *(Tn. Hj. Zainal Rijal Timbalan Presiden Persatuan Peguam
Syarie Malaysia, di seminar anjuran JIM pada 15/01/06)*. Jadi tidak akan
timbul soal jika kes yang sama seperi kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof ***muncul,
maka Mahkamah perlu membenarkan poligami, sebab alasan permohonan poligami
dalam kes ini tidak termasuk dalam mana-mana 4 tadi. Nampaknya SIS di sini
tidak memahami seksyen tersebut dengan betul.
b) Namun demikian, sekiranya SIS betul dalam penafsirannya sekalipun, soalan
yang perlu ditanya adalah "apa salahnya dari segi hukum syara' sekiranya
seorang lelaki ingin berpoligami dengan wanita yang dicintainya seperti di
dalam kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof*?" Di dalam kehidupan ini, kita perlu
menerima hakikat bahawa ada golongan wanita yang memang jatuh cinta pada
suami orang walaupun mereka mengetahui bahawa si lelaki telah berpunya
tetapi mereka tetap ingin berkahwin dengan lelaki tersebut. Malahan di dalam
banyak kes, ramai wanita hidup bahagia walaupun bermadu. Kenapa SIS tidak
membela atau memperjuangkan hak wanita yang ingin bermadu ini, mereka inikan
juga wanita, yang memerlukan sokongan? Sebagai pembela kaum hawa, SIS
sepatutnya membela nasib golongan ini dengan memberi sokongan kepada
mereka, seterusnya tunjuk ajar kepada mereka bagaimana cara hidup bermadu
sebagaimana yang ditunjukkan oleh isteri-isteri Rasulullah selaku ummul
mukminin.
c) SIS juga langsung tidak menjelas dan menekankan keseluruhan Sekyen 23(3)
yang telah mengetatkan lagi syarat bagi suami yang ingin berpoligami.
Peruntukan baru ini jauh lebih ketat berbanding undang-undang lama kerana di
bawah undang-undang baru ini, setiap permohonan untuk kebenaran berpoligami,
mahkamah hendaklah memanggil isteri sedia ada, bakal isteri, wali bakal
isteri dan pihak lain yang berkenaan untuk memberi keterangan bersabit
permohonan suami itu. Peruntukan ini tidak ada dalam undang-undang lama.
Ramai pengamal undang-undang berpendapat bahawa ini jauh lebih susah kerana
secara logiknya tidak ada ibu bapa yang mahu anak gadis mereka bernikah
dengan suami orang dan bakal isteri pun tidak akan tertipu dengan mudah.
Sebagai NGO yang memperjuangkan *gender equality*, SIS sepatutnya bersikap
'lebih adil' dalam soal ini.
*Hujah SIS 2 **- Seksyen 23(9): Memaksa isteri memilih nafkah atau
pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami*
Seksyen ini yang bertujuan untuk melindungi isteri sedia ada dalam
perkahwinan poligami boleh mendatangkan ketidakadilan kerana ia sebenarnya
memaksa seorang isteri memilih sama ada untuk memohon perintah nafkah
*atau*memohon perintah pembahagian harta sepencarian. Ini satu
ketidakadilan dan
tiada sebarang asas dalam perundangan Islam kerana adalah menjadi satu
kewajipan seorang suami untuk menanggung isterinya. Hak isteri untuk
menuntut pembahagian harta sepencarian adalah untuk melindungi kepentingan
isteri sedia ada dan anak-anak dan juga supaya keadilan terlaksana dalam
perkahwinan poligami. Oleh itu, adalah tidak munasabah seorang isteri
dipaksa membuat pilihan antara salah satu jaminan kewangannya. Dia berhak
terhadap kedua-duanya mengikut perundangan Islam. **
* *
*Kekeliruan SIS *: Sekali lagi SIS telah melakukan tafsiran yang salah
berkenaan peruntukan tersebut. En. Muhamad Bin Burok (Presiden Persatuan
Peguam Syar'ie Malaysia menjelaskan [Utusan Malaysia 17/01/06] bahawa *"Isu
ini timbul kerana kurangnya pengetahuan tentang prinsip yang digunakan bagi
menafsir sesuatu undang-undang itu. Undang-undang hendaklah ditafsirkan
mengikut panduan yang telah diterima pakai dalam bidang perundangan dan
bukannya pemahaman orang awam. Jika kita perhalusi Seksyen 23 (9)
undang-undang tersebut hanya terdapat perkataan `atau' antara para (a) dan
(b), tidak ada perkataan `sama ada' sebelum para di atas. Perkataan `atau'
ini merujuk kepada permohonan isteri dan bukannya kuasa mahkamah. Kes-kes
yang diputuskan di negeri Selangor yang telah mewartakan undang-undang yang
sama pada tahun 2003 menjadi bukti bahawa tiada paksaan memilih salah satu
daripada tuntutan tersebut." *
*Hujah SIS 3 **- Seksyen 23(9)(b): Hak suami untuk menuntut harta
sepencarian daripada bahagian harta isterinya apabila dia berpoligami *
Implikasi dari pindaan ini adalah suami akan dapat menuntut supaya *harta
isteri* sedia ada dibahagikan kepada suami, atau rumah yang mereka diami
dijual apabila suami bernikah lagi untuk menampung gaya hidup barunya atau
atas apa jua alasan.
*Kekeliruan SIS* : Dalam menjawab isu tersebut, En. Muhamad Bin Buruk
seterusnya menjelaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.
*"Undang-undang
jelas menyatakan isteri dan suami boleh membuat tuntutan harta
sepencarian(maksudnya bukan harta
isteri) Bagaimanapun, prosesnya bukanlah begitu mudah. Pemilikan harta
secara mutlak dalam tempoh perkahwinan perlu dibuktikan terlebih dahulu di
samping sumbangan secara langsung atau tidak terhadap pemerolehan harta
tersebut juga menjadi asas penting dalam membuat perintah pembahagian
harta". *
SIS sekali lagi nampaknya hanya mengelirukan dan menakut-nakutkan wanita
dengan tafsiran yang salah walhal tafsiran yang lebih tepat yang dijelaskan
oleh pakar undang-undang adalah jelas berbeza dengan tafsiran SIS.
Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahawa kesemua seksyen lain (selain
poligami) turut telah disalahtafsir oleh golongan feminis ini. Apa yang
jelas, tafsiran mereka hanya menyemarakkan lagi api kebencian kaum wanita
terhadap lelaki. Dilihat dari segi penafsiran undang-undang itu sendiri,
telah jelas kesalahan mereka dalam memahami dan menafsir
peruntukan-peruntukan tersebut. Ini belum lagi dinilai dari sudut pandangan
sebenar Islam. Kami bukanlah berniat dan berminat untuk membandingkan
pandangan manakah yang lebih tepat dalam memberi tafsiran, tetapi yang ingin
kami perjelaskan ialah, inilah akibat apabila aqidah sekularisme diterapkan
di negeri kaum muslimin, hukum Allah itu telah dijadikan bahan perdebatan
demi perdebatan. Ia telah diperdebatkan mengikut hawa nafsu, terbuka kepada
kritikan, kelulusan dan sebagainya (dsb), malah boleh dipinda mengikut
selera masing-masing. Semoga Allah mengazab mereka yang merubah hukumNya
dengan azab yang pedih. *Na'uzubillahu min zalik*.
*Bagaimana masalah sebegini boleh muncul?*
Sebelum menjawab persoalan UUKI yang dilontarkan oleh SIS dan juga lain-lain
pihak dari pandangan sebenar Islam, perlu diperjelaskan terlebih dahulu
punca masalahnya. Sesuatu penyakit tidak akan dapat disembuhkan dengan hanya
mengubat *symptoms *dan* signs, *yang perlu dicari adalah apakah punca
sebenarnya penyakit itu. Seperti yang kita ketahui Malaysia mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen yang mana kedaulatan terletak di tangan rakyat.
Suara rakyat diwakilkan kepada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang mana mereka ini mendapat mandat untuk membuat undang-undang (baca
: hukum) untuk diterapkan di dalam kehidupan, berasaskan konsep yang
diperkenalkan oleh sikafir, Abraham Lincoln, *the rule of the People, by the
People, for the People.* Bila undang-undang ini dibuat oleh manusia sudah
semestinya akan ada manusia lain yang tidak bersetuju, maka perlu dilakukan
perubahan demi perubahan. Inilah cara hidup (ideologi) negara demokrasi.
Undang-undang dan peraturan hidup, halal dan haram, baik atau buruk, terpuji
atau tercela terletak di tangan manusia. Bila manusia diberi hak mengundi
(dalam Parlimen atau DUN) untuk hukum syarak, maka hukum syara' menjadi *wajib
dibuat oleh manusia, dibahaskan, dipersetujui oleh majoriti, diluluskan dan
seterusnya digazetkan. *Dengan kata lain, manusia *boleh
memilih*sebebas-bebasnya dalam hendak menerapkan undang-undang,
termasuklah hukum
Islam. Yang pastinya manusia boleh memilih hukum Allah manakah yang perlu
diluluskan, sesuai dengan kehendak mereka. Inilah apa yang terjadi
sekarang, hukum Allah itu berada di tangan manusia, maka ia terbuka untuk
diubah, dipinda, disorong papan dan ditarik papankan. Umat Islam betul-betul
telah diracun dengan pemikiran kufur sekular dalam menentukan peraturan
hidup mereka. Sedangkan di dalam Al-Qur'anul Karim, Allah berfirman,
*"Sesungguhnya hukum itu ditangan Allah."* *[TMQ Yusuf (12) : 40]**. *
Antara yang menjadi punca masalah juga adalah sikap segelintir umat Islam
yang cuba membela Islam, tetapi dengan cara yang salah. Mereka cuba untuk
'mempertahankan Islam' tetapi keliru di dalam perjuangan. Di antara serangan
Barat ke atas Islam termasuklah isu ini. Islam dikatakan zalim kerana
menindas wanita, tidak memberi hak kepada wanita, tiada persamaan gender dan
sebagainya. Ideologi Kapitalis yang memperjuangkan materialistik telah
dihunjamkan ke dalam benak kaum muslimin, akibatnya, yang menjadi ukuran
persamaan dalam perjuangan mereka adalah persamaan material dan mereka mula
berusaha untuk mengubah hukum Allah yang Qath'i, contohnya dalam hal
pewarisan di mana hak wanita adalah sebahagain dari hak lelaki (2:1).
Golongan feminis termasuk SIS datang dengan sejumlah penafsiran baru dengan
mempertikaikan hukum hak perwarisan ini kononnya hanya berlaku kerana di
zaman Rasulullah wanita tidak berkerja, sekarang *realiti* telah berubah.
Oleh itu mereka berusaha untuk menyamatarafkan lelaki dengan wanita dalam
perkara *hak*. Tetapi yang peliknya mereka tidak pernah meminta *
tanggungjawab* yang sama sebagaimana lelaki. Kami tidak menafikan
*realiti*sekarang ramai wanita yang telah bekerja, malahan ada yang
gaji mereka lebih
tinggi dari gaji lelaki/suami. Tetapi *realiti* tidak boleh dijadikan
sandaran hukum. Sekiranya kita berhukum menggunakan logik aqal kita
berdasarkan *realiti*, setujukah feminis sekiranya kita katakan hukum
maskahwin dan nafkah pun patut berubah. Perempuan sepatutnya lebih
bertanggungjawab membayar maskahwin (yang akan ditetapkan oleh pihak lelaki)
apabila ingin berkahwin. Dan perempuan sepatutnya bertanggungjawab memberi
nafkah kepada suami dan anak-anak (sebab mereka telah bekerja). Kenapa ini
tidak diperjuangkan oleh SIS dan lain-lain golongan feminis atas
alasan *'gender
equality'*? Hal ini sebenarnya membuktikan *bias gender *SIS terhadap
wanita. Slogan *gender equality *dsb ini adalah slogan ke arah memaksiati
Allah sebagai Pencipta kaum wanita dengan hak dan tanggungjawab yang telah
Dia tetapkan. Wahai feminis, gunalah aqal yang Allah anugerahkan untuk
memahami hukum-hukumNya, bukan untuk merubah hukumNya mengikut hawa nafsu.
Sekiranya kita mengkaji sejarah, fahaman feminis ini lahir di Barat. Aqidah
sekular yang di anut oleh kafir Barat telah menyebabkan mereka membuat
undang-undang dan peraturan mengikut aqal mereka yang disesuaikan dengan
hawa nafsu pembuat peraturan tersebut. Undang-undang ciptaan manusia ini
sememangnya tidak adil dan tidak akan pernah adil, bersifat menindas dsb.
Hasil dari penindasan dan ketidakadilan peraturan buatan manusia inilah
munculnya gerakan-gerakan feminis ini. Yang pasti, kemunculannya adalah
hasil dari penindasan Barat terhadap wanita, yang melahirkan reaksi dari
pihak wanita untuk bergerak atas dasar kebebasan demi membela hak mereka
dengan menggunakan slogan *gender equality.* Akhirnya pemikiran kesamaan
jantina ini telah mewarnai ideologi kapitalis. Propanganda barat ini
kemudian berkumandang di negeri umat Islam dengan corak yang sama, digunakan
untuk menyerang ideologi Islam yang dikatakan menindas wanita. Kemudian
muncullah tokoh 'feminis Islam' yang cuba membela wanita dan kemudian cuba
menafsirkan Islam, yang mana mereka ini sebenarnya terperangkap dengan
ideologi Barat. Mereka seterusnya menakwilkan nas sesuai dengan hawa nafsu
mereka.
Ideologi sekularisma inilah yang telah menjadi pemangkin kewujudan mereka
dalam masyarakat. Fenomena yang sama kita lihat di negara kita, hasil dari
undang-undang ciptaan manusia yang dibuat di Parlimen yang tidak adil inilah
yang telah menjadi kesinambungan perjuangan mereka. Adanya penerapan Islam
yang salah oleh pihak pemerintah telah memperparahkan lagi keadaan ini.
Kelemahan Mahkamah Syariah menangani kes-kes keluarga seperti kes perceraian
yang memakan masa bertahun-tahun (ada yang sampai 7 tahun) telah menyebabkan
Islam dipandang sebagai menzalimi penganutnya. Walhal, perceraian bukanlah
suatu prosedur yang rumit sekiranya undang-undang Islam yang sebenar
dipraktiskan. Kelemahan sistem yang sedia ada dalam urusan pemfailan dan
permohonan cerai dsb telah menyebabkan kaum wanita teraniaya. Prosedur
perceraian, poligami dsb yang sengaja diperketatkan atas alasan 'keadilan'
ternyata menimbulkan lagi banyak 'ketidakadilan' dan apa yang lebih buruk,
ianya bertentangan dengan kemubahan hukum poligami itu sendiri.
Itu adalah antara punca-punca yang telah menyebabkan munculnya masalah ini.
Dan selagi sistem yang ada tidak ditukar kepada sistem Islam spenuhnya, maka
kita akan menyaksikan isu yang sama akan berulangan, dari masa ke semasa,
tanpa kesudahan. Apabila logik aqal manusia mengatasi perintah dan larangan
Yang Maha Esa, maka keadilan yang dicari tidak akan pernah dapat
direalisasikan.
*Pandangan Islam berhubung isu yang dibangkitkan *
Allah menyerukan segenap umat manusia dengan berbagai macam *taklif*.
Manusia telah dijadikanNya sebagai sasaran *khithab* (seruan) dan *taklif*.
Kepada manusialah Allah menurunkan syariatNya. Dia juga membangkitkan
manusia dan menghisab amal perbuatannya. Dia juga telah menciptakan syurga
dan neraka untuk manusia. Jadi, Allah telah menjadikan manusia baik lelaki
atau wanita sebagai objek pelaksanaan berbagai macam taklif yang datang
dariNya.
Allah menciptakan manusia baik lelaki mahupun wanita dengan suatu fitrah
yang khas, yang berbeza dengan haiwan. Wanita adalah seorang manusia,
sebagaimana halnya lelaki. Masing-masing tidak dapat dibezakan dari aspek
kemanusiaannya. Yang satu tidak melebihi yang lainnya dalam hal ini. Allah
telah mempersiapkan kedua-duanya untuk mengharungi kancah kehidupan dunia
sesuai dengan batas-batas kemanusiaannya. Lelaki dan wanita telah
ditakdirkan untuk hidup bersama dalam sebuah masyarakat. Allah juga telah
menetapkan bahawa kelangsungan hidup keturunan manusia bergantung kepada
interaksi dan hubungan kedua lawan jenis tersebut. Oleh kerana itu,
kedua-duanya harus sama-sama dipandang sebagai manusia, lengkap dengan
segala kelebihan yang dimilikinya dan segala kemampuan yang mendukung
kehidupannya.
Allah menciptakan beberapa perbezaan fizikal di antara lelaki dan wanita dan
hukum yang berlainan pula telah timbul dari perbezaan tersebut. Wanita
umpamanya diciptakan dengan keistimewaan dan kebolehan mengandung dan
menyusukan, yang tidak ada pada lelaki. Wanita dikecualikan dari solat dan
puasa semasa haidh dan nifas, yang juga tidak ada pada lelaki. Wanita
dibolehkan memakai emas dan sutera yang diharamkan bagi lelaki, wanita
mempunyai daya tarik yang Allah ciptakan yang mana lelaki cinta kepadanya
dan pelbagai keistimewaan lain lagi. Semua yang Allah ciptakan itu tidak
boleh diubah oleh manusia walaupun manusia menghendakinya. Ini adalah
ketentuan Allah yang kita tertakluk kepadaNya. Allah telah menetapkan
hukum-hukum perkahwinan yang tertentu ke atas kedua jenis kelamin tersebut.
Masing-masing diberi *hak* dan *tanggungjawab* mengikut apa yang Dia
kehendaki. Lelaki dibolehkan memiliki isteri seramai empat orang yang mana
hak tersebut tidak diberikan kepada wanita. Tanggungjawab mas kahwin dan
nafkah dibebankan ke atas lelaki yang mana tanggungjawab tersebut tidak
diletakkan ke atas wanita dan seterusnya. Ini juga tidak boleh dipersoalkan
atau dicari *illat* (sebab ketentuan hukum) atasnya. Di dalam soal
perkahwinan, Allah azza wa jalla telah menetapkan hukum yang mubah bagi
seorang lelaki untuk berpoligami, sebagaimana firmanNya,
"*..Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau
empat" **[TMQ an-Nisa (4) : 3]*
* *
Memang benar Islam itu memerintah manusia supaya berlaku adil, tetapi
keadilan itu mesti dinilai mengikut *hukum syara'* dan bukan mengikut
*aqal*manusia. Apabila aqal dijadikan standard ukuran keadilan, maka
oleh sebab
itulah kita menyaksikan perbalahan manusia di dalam menyelesaikan sesuatu
isu kerana masing-masing menggunakan logik aqal masing-masing di dalam
mengukur keadilan. Sebagaimana yang berlaku sekarang, keadilan dalam
berpoligami diletak di bawah bidang kuasa manusia, sebab itulah timbul
pertikaian. Di dalam mengukur apakah keadilan, aqal pembuat undang-undang di
Kelantan berbeza dengan aqal pembuat undang-undang di Perlis, di Selangor
berbeza dengan Terengganu dan seterusnya. Walhal jika semua aqal digunakan
untuk memahami dan menetapkan keadilan berdasarkan hukum syara', maka
=== message truncated ===
Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
