Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,
Beberapa hari ini, emosi saya amat tersentuh dengan paparan Berita Harian tentang kisah sumbang mahram anak-ayah di Sg Petani hingga melahirkan seorang bayi lelaki. Lebih menyakitkan bila dikatakan bahawa ibu kepada si anak tahu perlakuan sadis suaminya. Mungkin malu dengan orang lalu "
bangkai gajah cuba ditutup dengan nyiru". Kenapa hal-hal seumpama ini menjadi salah satu berita 'tetap dan berpencen' di media cetak dan internet?
It keeps happening...sesak nafas dibuatnya maklumlah, kepada seorang perempuan, untuk sebab yang tidak syar'ie – "take everything even my life but not the one ~ in between the two legs! "
Isu sosial ini ramai yang prihatin. Tetapi apakah puncanya? Bodoh? Tak tahu? Kurang arif? Sepatah kata Wan Kamaruddin –
apa kejadahnya mak-bapak tak ambil pusing isu-isu sosial termasuk aurat dsb? Bodoh sangatkah anak tu hingga ayah sendiri 'usik' pun tak reti nak report polis atau mengadu dengan sesiapa? Mengandung juga bukan satu proses yang menyenangkan kerana secara biologi, berlaku perubahan hormon, struktur tubuh dll..
it's something unpleasant. Malay Mail pernah memaparkan bahawa 60% dari yang hamil di luar nikah adalah dari kalangan mahasiswa. Well, jika dilihat dari dakwaan Malay Mail – bermakna bukan IQ puncanya.
Kami adik-beradik bercadang menziarahi ayahnda dan ibunda sempena cuti panjang ini. Alkisah kakak SMS kepada saya memberitahu bahawa anak saudara lelaki ingin tumpang kereta. Ohh kereta saya –
kereta kecil warna merah... pon..pon..pon..pon..pon... – bukan MPV atau SUV. Kakak saya yang lagi sorang dan 2 anaknya juga nak tumpang. Nak tambah lagi sorang? "Bersempit sikit apa salahnya.." –
kata SMS kakak saya. Emm... saya dah start mengeluh!
Aduhai orang Melayu... bersusah payah untuk orang lain dianggap akhlak terpuji. Tetapi bagaimana dengan hukum syarak? Bayangkan sebuah kereta yang besar sikit dari Sang Kancil hendak memuatkan 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. 2 lelaki dan 3 perempuan dewasa yang telah akil baligh... Kepada kakak
yang hendak tumpang, terus saya katakan saya tak setuju anak saudara lelaki hendak ikut sama kerana bersempit-sempit dan bersentuhan anggota tubuh antara lelaki dan wanita yang dibenarkan dalam sebuah kenderaan milik peribadi hanyalah antara suami-isteri. Maklumlah bila dah tersentuh, ada butang yang ter ON siapa yang tahu?
Kita memang memanjang Cuti-Cuti Malaysia – tapi adakah si Bertanduk mengumumkan – "Temporarily Out of Service "?
Apabila berlaku sesuatu insiden hingga terjadi rangsangan syahwat – tanpa iman dan taqwa dapatkah ia dikendalikan hingga tidak memudaratkan iman sendiri dan orang lain di sekeliling kita? Dan anak saudara saya itu bukan anak kecil, sebaliknya pelajar tahun tiga di UM. Dalam hal ini, saya bertegas dengan hukum. Jika ibunya (kakak saya) hendak komplen, saya akan terangkan satu persatu – mungkin boleh sentuh isu sumbang mahram, aurat dsb agar dia nampak Islam itu lebih luas dari sekadar yang pernah dilakukan oleh suaminya iaitu mengusung periuk dari masjid ke masjid.
Berita Harian hari ini turut memaparkan kisah rogol dan bunuh pelajar tingkatan satu di Johor. Apa puncanya? Bersendirian seawal jam
5.45 pagi tanpa ditemani sesiapa? Kenapa ibu-bapa percaya anaknya selamat? Adakah hanya kerana rakannya memberitahu mangsa tidak mempunyai teman lelaki maka maruah dan kehormatannya terjaga ? Bagaimanakah pakaiannya sehari-hari di luar uniform sekolah? Adakah menutup aurat sempurna? Soalan-soalan ini sengaja saya tanyakan - supaya kita aware dengan anak-anak kita. Tidak cukup mengatakan ianya tidak akan menimpa kita...
Banyak isu yang boleh dibincangkan termasuk perempuan itu yang sering menjadi mangsa dan penanggung akibatnya – samada dengan atau di luar kerelaan. Kasihan sungguh dengan makhluk yang dianggap
fragile, vulnerable...
Di dalam buku Status Wanita Dalam Undang-undang Jenayah Islam tulisan Prof Madya Datin Dr Paizah Ismail ada dinyatakan tentang istilah wanita di dalam Quran iaitu untsa, mar'ah dan nisa'.
Untsa – lembut (lawan keras)
Mar'ah – enak dan sedap.
Nisa' – jama' dari perkataan mar'ah.
Antum bayangkan makanan yang lembut, enak dan sedap. Emmm...simply irresistable! Tanpa dijaga, ibarat seekor ikan - jika lalu kucing, jika tidak diratah, pasti akan dicium-cium juga oleh sang kucing...
Justeru, seperti kaca, wanita sepatutnya dijaga walaupun di tubuhnya tidak ada label – "Fragile. Please handle with care".
Mungkinkah kaum Adam yang dinyatakan dalam surah an-Nisa:34 " Ar-rijal qawwamuna ala an-nisa ~ Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan
– patut dilabelkan sebagai "Beware. Flammable" ???
Campuran dari bahan-bahan iaitu Aqidah.Iman.Taqwa.Dosa.Pahala.Syurga.Neraka – untuk menghasilkan Kek Syahsiyyah Islamiyyah iaitu adunan dari Aqliyyah dan Nafsiyyah pasti melahirkan seorang individu Muslim(in) dan Muslim(ah) sejati tetapi cukupkah sekadar dengan
dakwah.dot.com atau menghadiri ceramah-ceramah secara berkala?
Fas 'alu ahlazzikri inkuntum laa ta'lamun – an-Nahl:43
....Wallahu'alam.
Gadis mangsa rogol, bunuh (www.bharian.com.my)
Oleh Mohd Zin Ali
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) ditemui mati selepas hilang sejak tiga hari lalu, dipercayai dirogol sebelum dicampakkan ke longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), di sini, petang semalam.

Mayat Syafiqah Borhan, dari Jalan Bali 2/3, BBU ditemui pelajar Sekolah Agama Bandar Baru Uda yang kebetulan lalu di tempat kejadian kira-kira jam 3.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya percaya Syafiqah dirogol dan dibunuh ketika menunggu bas untuk ke sekolah.
Mayatnya ditemui dalam longkang sedalam 2.1 meter dengan kainnya tersingkap dan seluar dalam terlondeh ke bawah kaki.
"Siasatan awal polis mendapati dia mati lebih tempoh 24 jam lalu dengan kesan kecederaan pada kepala, leher serta lutut, dipercayai kesan diheret di atas jalan raya.
"Kami belum mengenal pasti suspek tetapi percaya pelajar itu dirogol lebih daripada seorang," katanya.
Keluarga mangsa membuat dua laporan polis berhubung kehilangan Syafiqah yang tidak pulang selepas ke sekolah jam 5.45 pagi Rabu lalu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Bahru Selatan 07-2232222 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, rakan sekelas mangsa, Fairuz Amalina Baharudin, berkata Syafiqah adalah pelajar cemerlang yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Beliau berkata, rakannya itu bersikap agak ganjil apabila malas ke sekolah sejak dua hari sebelum kejadian.
"Pada pagi kehilangannya itu, dia dikatakan berjanji untuk bertemu dengan seorang rakannya di tempat kejadian sebelum bersama-sama pergi ke sekolah bagi menghadiri majlis perpisahan guru besar yang akan bersara.
"Bagaimanapun, kawan saya itu terpaksa menaiki bas seorang diri ke sekolah apabila Syafiqah gagal muncul di tempat yang dijanjikan," katanya.

--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.