Title: BUDAYA KITA...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Pada pandangan saya, salah satu sebab terlalu banyak kejadian yang pelik tapi benar, yang jijik yang bertentangan dengan syariat adalah kerana “budaya”. Ini bukanlah sebab mutlak tapi salah satu.. Apa itu budaya? Lebih kurang begini. Perkara lazim yang biasa dan diterima pakai oleh sesuatu kumpulan pada suatu masa, biasanya berkaitan bahasa, seni dan termasuk tingkah laku, cara hidup dan sebagainya. Apabila ianya diterima, maka yang tidak mengikut atau mengamalkan yang lain akan dianggap pelik, berbudaya songsang.

Perkara Songsang Itu Budaya Kita? Saya berani jamin ia akan menjadi sebahagian budaya (yang bersifat negatif) kerana budaya kita tidak berteras Islam. Contohnya budaya rasuah – Ianya tetap salah namun ianya menjadi perkara biasa dan dianggap “tidak salah” apabila keadaan terjadi. “Encik, tolonglah, kita settle kat sini je”.. Duit dihulur dan anda lepas. Itu satu budaya yang diterima pakai sejak sekian lama. Semakin hari semakin busuk. Ini Cuma satu contoh sahaja. Cuba tengok keliling kita.. Pakaian, cara cakap dan tingkah yang songsang semakin lama semakin diterima. Berbaju tetapi buah dada tersembul, pakai seluar tapi pusat terdedah, lurah punggul terjojol. Pakaian begini boleh diterima... Pakailah, tiada siapa yang marah dan orang tidak menganggap ianya pelik. Semacam satu budaya (negatif) jadinya. Biasa lihat seorang ibu dengan seluar paras lutut, baju T ketat menghantar anaknya ke sekolah (tadika) agama. Ibu mahu anaknya “beragama” sedang dia sendiri ambil lebih kurang sahaja. Mimun arak, zina, judi itu biasa saja di Kuala Lumpur ini. Semakin hari orang “tidak kisah” dan buat tak tahu. Secara kasarnya kita semua terlibat dalam “menghalalkan” budaya songsang ini menjadi satu kebiasaan dan membiarkan seolah-olah ianya tidak salah – ianya begitu ringan dan titik bengik! Tidak berdaya dengan tangan, dengan mulut.. Kurang upaya lagi.. Dalam hati selemahnya! Selepas tunaikan tanggungjawab anda.. Insyaallah tuhan akan ampunkan anda.

Bagaimana dengan kesungguhan kita dan kerajaan (kerajaan=rakyat) yang ada kuasa “menangan” dan ada kuasa “suara”?

  1. Black Metal Budaya Songsang - YA
  2. Judi Ekor – TIDAK
  3. Minum Arak – TIDAK
  4. Zina – TIDAK
  5. Berdisko – TIDAK
  6. yang penting ada lesen dan berdaftar...

Berniatlah membudayakan hidup kita berteraskan Islam. Tiada kompromi! Tangankan! Suarakan!
Wassalam
Ya tuhan Ampuni Dosaku!
Wizz


MINTA BANTUAN: Sesiapa yang ada artikel (digital) berkenaan syarat menjadi IMAM sila emailkan kepada saya. Terima kasih.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke