Kerajaan didakwa diskriminasi perkhidmatan kesihatan luar bandar![]()
Tuesday, November 29 @ 15:06:39 MYT
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat amat penting, malah menjadi aspek utama kepada pembentukan sebuah negara maju.
Tuesday, November 29 @ 15:06:39 MYT
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat amat penting, malah menjadi aspek utama kepada pembentukan sebuah negara maju.
"Jika rakyat tidak sihat bagaimana mahu mencapai negara maju," kata Dato' Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) yang mendakwa kerajaan hari ini tidak mengendahkan perkhidmatan kesihatan rakyat di luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Dengan nada yang tinggi, Bung Mokhtar melontarkan kritikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap rakyat luar bandar.
Beliau mendakwa, di Sabah sendiri rakyat bukan sahaja tidak
mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik tetapi kerajaan tidakpun menyediakan hospital hatta klinik desa.
"Di Lembah Klang boleh dikatakan setiap 20 kilometer ada satu klinik atau hospital, tetapi di Sabah 100 kilometer pun belum tentu ada satu hospital mahupun klinik desa," katanya semasa perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat pagi tadi.
Hujah beliau itu kemudiannya disokong oleh Jimmy Donald (BN-Sri Aman) yang menyatakan di kawasannya meskipun kerajaan telah meluluskan sebuah hospital untuk didirikan pada tahun 1995, malangnya, kelulusan itu ditarik semula setelah adanya dakwaan penyelewengan dalam pemberian projek oleh pihak tertentu.
Hari ini cita-cita rakyat luar bandar untuk melihat sebuah hospital bagi Parlimen Sri Aman terkubur begitu sahaja setelah kerajaan sendiri menyatakan tidak ada hospital baru akan didirikan buat masa ini, dakwanya.
"Ini kerajaan jenis apa? Ini kementerian jenis apa? Apa yang
berlaku? Kita sibuk apabila berlakunya seorang gadis China dibogelkan oleh anggota polis, tetapi soal rakyat Sri Aman tiada hospital tidak diendahkan," katanya.
Sementara itu turut serta menyokong hujah Kinabatangan itu ialah, Dato' Abdul Ghappur Salleh yang mendakwa perkhidmatan kakitangan dan peralatan klinik di luar bandar amatlah mengecewakan.
Ini kerana apa yang berlaku di Kalabakan sudah cukup membimbangkan kerana ada kejadian dimana pesakit belum disahkan penyakitnya hanya diberi ubat panadol.
Semasa di klinik di sana, pesakit ini diambil sampel darahnya untuk diuji di hospital besar yang berjauhan dan memakan masa selama seminggu, katanya.
Ini kerana klinik di kawasan itu tidak mempunyai kelengkapan untuk menguji kaji sampel darah dan penyakit lain, katanya.
Malang sekali selepas seminggu kakitangan hospital yang mencari pesakit tersebut di kampungnya diberitahu bahawa pesakit itu mati akibat demam malaria.
Beliau berharap kerajaan
mengambil tindakan segera menyediakan prasarana yang lengkap di klinik desa supaya peristiwa yang sama tidak berulang.
Sehubungan itu kerajaan disaran agar menyediakan klinik desa, melatih tenaga mahir yang akan menjadi kakitangan klinik mahupun hospital dan menyediakan prasarana yang lengkap supaya kesihatan rakyat luar bandar yang rata-ratanya penyokong kerajaan terbela, katanya. - lanh <
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Advertisement
| Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan angan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan? Begitu juga jika ada anak yang down syndrome, dan hyperactive? Jawapannya ialah BRILLIANTe | |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
