Seremban Jumaat 27 Jan Road Show berkaitan isu artikel 121 (1A) anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat ke setiap negeri kali ini diadakan di Seremban. Orang ramai terutama umat Islam di Negeri Sembilan telah mula membanjiri Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban sejak dari awal lagi untuk mendengarkan penjelasan daripada pimpinan Pemuda PAS Pusat serta pimpinan PAS di peringkat pusat dan negeri berkaitan artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dicabar oleh pelbagai pihak.
Antara barisan pimpinan yang hadir pada malam tersebut ialah YB Salahuddin Ayob Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Hatta Ramli AJK PAS Pusat, Us Abd Ghani Shamsuddin Pesuruhjaya PAS N.Sembilan serta Sdr Hanipa Maidin Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat. Tidak kurang 1000 orang hadirin telah mendengar penjelasan daripada barisan pimpinan PAS berkenaan peri pentingnya umat Islam di Malaysia ini mempertahankan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana ianya menyentuh kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Sekiranya umat Islam tidak sensitif dalam isu-isu sebegini maka lama kelamaan Islam yang merupakan agama persekutuan atau agama rasmi negara ini akan menjadi sama taraf seperti agama-agama lain di Malaysia ini. Turut hadir dalam Road Show tersebut ialah Sdr Zulkefly Mohamad Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Sdr Hassan Taha Ketua Penerangan PAS N.Sembilan, Sdr Shamsul Kamal Idris Setiausaha Badan Perhubungan PAS N.Sembilan dan Tn Hj Taufek Abd Ghani Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan. Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini http://groups.yahoo.com/group/pasn9 Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban Tal : 013-3426346 e-mel : [EMAIL PROTECTED] MEMBANGUN BERSAMA ISLAM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
<<attachment: Roadshow.jpg>>
