KEMULIAAN ISLAM DAN KAUM MUSLIM
Hanya dengan Syariah, Khilafah, dan Jihad
Penerapan ideologi Kapitalisme telah menimbulkan masalah kehidupan yang dahsyat. Rakyat dunia telah dan tetap terjajah dan dieksploitasi; kekayaan alamnya dirompak; keringat dan darah mereka diperas. Semua
itu demi kesejahteraan negara maju. Kekayaan dunia pun terpusat di negara maju dan para kapitalis. Jurang kemiskinan semakin dalam, termasuk di Amerika. Bencana taufan Katrina telah menyingkap kemiskinan luas yang terjadi di Oregon dan perlakukan diskriminatif atas warga miskin yang majoritinya adalah kaum negro.
Realiti kehidupan sosial juga sangat buruk. Pembunuhan, perkosaan, pencurian, perompakan, penghinaan dan segala macam kejahatan terjadi setiap jam. Perilaku seks menyimpang semakin menyebar, institusi keluarga dan perkawinan hancur, penyakit AIDS dan lainnya
menjadi ancaman, pengguguran terjadi 2 juta setiap tahun atau 5.479 pengguguran setiap hari (di AS). Angka bunuh diri juga meningkat tinggi. Itulah wajah peradaban Kapitalisme.
Berbagai tambal sulam yang telah dilakukan tidak menghasilkan perbaikan yang sejati. Kerosakan masih akan terus berlanjut. Harapan tinggal harapan. Di sisi lain, masyarakat dunia telah lebih dulu menyaksikan runtuhnya ideologi Sosialisme-komunis.
Kerana itu, saat ini
masyarakat dunia tengah menanti bangkitnya satu ideologi yang menyelamatkan mereka, iaitu Islam. Hal ini bukan tidak difahami oleh Barat dan AS. Barat dan AS khususnya tidak ingin kepemimpinan dunia dan penguasaan atas kekayaan dunia lepas dari tangan mereka. Kerananya, mereka pun menyerang Islam. Saat ini serangan mereka itu dipusatkan pada tiga konsep Islam, iaitu: Syariah, Khilafah, dan Jihad. Mengapa?
Syariah adalah Penyelesaian
Problem hidup akibat ideologi Kapitalisme terjadi secara multi-dimensional. Ideologi penyelamatnya perlulah ideologi yang memberikan aturan/sistem menyeluruh yang menyelesaikan problem multi-dimensi itu. Secara pasti, Islam memiliki sistem yang mengatur semua dimensi kehidupan manusia. Sebab, Islam adalah aqidah dan sistem aturan yang diberikan oleh Allah, Zat Pencipa manusia yang Maha Tahu atas segala sesuatu. Allah sendiri telah menegaskan dalam al-Quran:
"Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) sebagai penjelasan atas segala sesuatu." (QS an-Nahl [16]: 89).
Allah juga menegaskan, syariat Islam yang menyeluruh itu merupakan rahmat bagi seluruh manusia. Kerananya, syariat Islam menjamin dan secara nyata mampu memberikan keadilan, kesejahteraan dan ketenteraman hidup bagi semua orang, baik Muslim mahupun non-Muslim yang hidup di bawah pengaturannya. Syariah secara pasti akan menyingkir sistem Kapitalisme yang selama ini terus menerus mendatangkan keburukan dan ancaman bagi umat manusia.
Andai manusia memahami gambaran sesungguhnya dan apa yang diberikan oleh syariah, lalu membandingkannya dengan gambaran dan
apa yang diberikan oleh ideologi Kapitalisme, maka akal waras akan menuntun mereka mengambil Islam dan mencampakkan Kapitalisme.
Kerana itu, Barat (AS khususnya), sangat berkepentingan untuk mencitra-burukkan syariah. Mereka pun mengaitkan syariah identik dengan kemunduran, kembali ke zaman unta, keterbelakangan, kemiskinan, kekerasan, brutal, ganas, dll. Tujuannya adalah untuk menghalangi umat manusia melihat gambaran syariah yang sesungguhnya serta menimbulkan sikap anti terhadap Islam dan syariahnya.
Syariah pun dicuba kelirukan sekadar rukun Islam sahaja; syariah tidak perlu
diterapkan secara formal, cukup sekadar substansinya sahaja. Hal itu untuk menjauhkan kaum Muslim dari idea formalisasi syariah. Usaha itu akan gagal. Banyak hukum syariah yang ditetapkan secara pasti dengan nas qath'i. Meyakini hukum-hukum ini adalah bahagian dari perkara i'tiqâdi. Pelaksanaan hukum-hukum syariah merupakan kesan keyakinan seorang Muslim terhadap aqidah Islam. Selama kaum Muslim masih meyakini aqidah Islam, mereka tetap merasa terpanggil untuk menerapkan syariah.
Khilafah adalah Pemersatu, Pembawa Kemajuan dan Kebangkitan Umat
Kaum Muslim sebenarnya memiliki semua prasyarat untuk menjadi umat unggul memimpin dunia. Kaum Muslim memiliki Sumber Daya Alam (SDA) yang sangat melimpah, Sumber Daya Manusia (SDM) yang berpotensi tinggi, dan ideologi yang agung. Namun, belajar dari sejarah umat manusia, suatu ideologi akan menjadikan umatnya disegani ketika umatnya menerapkan dan mengembang ideologi itu dalam institusi negara. Demikian juga dengan ideologi islam. Tiga belas abad perjalanan Khilafah telah menjadi bukti. Tegaknya Khilafah Islamiyah yang menerapkan ideologi Islam merupakan kunci bangkitnya kaum Muslim. Khilafah dengan sistem aturannya yang adil, mensejahterakan, dan menenteramkan akan melenyapkan Kapitalisme dan mencabut hegemoni Barat (AS).
Khilafah juga mampu mempersatukan semua potensi yang dimiliki kaum Muslim. Sebab, Khilafah mengembang sistem aturan yang agung; negaranya mempunyai bangsa, tidak terjebak dengan nasionalisme; sistemnya adil tanpa diskriminasi perkauman. Sepanjang sejarah umat manusia, hanya Khilafahlah yang sudah terbukti mampu menyatukan dan melebur bangsa-bangsa yang mendiami wilayah antara Xinjiang (Cina Barat) di timur melintasi Timur Tengah, Mesir, Afrika Utara sampai Maroko dan Sepanyol di Barat; antara India di selatan melintasi Asia Selatan, Timur Tengah, wilayah Kaukasus sampai semenanjung Krim di Utara.
Khilafah juga membawa kesejahteraan, kebangkitan sains teknologi, dan kemajuan umat. Khilafah pernah berhasil menjadikan rakyatnya berkecukupan sehingga tidak ada seorang pun yang mau mengambil harta zakat. Belum ada sistem selain Islam baik Yunani, Rom, Mesir Kuno, Empayar Parsi, Empayar Rom, Eropah Abad Pertengahan dan Barat kapitalis hingga sekarang, yang mampu menyamai prestasi itu.
Sungguh, Barat tetap dalam keterbelakangan secara kultural, pemikiran, dan ekonomi sepanjang waktu ketika Eropah mengasingkan dirinya dari Islam. Eropah belum mulai bersinar dan bangkit kecuali ketika Eropah mulai bersinggungan dengan Arab (Khilafah dan kaum Muslim, pen.) secara praktis, politik dan perdagangan. Pemikiran Eropah setelah tidur berabad-abad mulai bangun kerana kedatangan sains, teknologi, dan sastera Arab.
Jika sekarang sains dan teknologi kaum Muslim tertinggal, justeru kerana tidak adanya institusi Khilafah.
Kembalinya Khilafah sama dengan kembalinya kemajuan multidimensi kaum Muslim.
Jihad: Pembebas Umat Manusia
Di antara penghalang terbesar Barat dan AS untuk menguasai negeri Islam adalah idea dan ruh jihad, yakni mengerahkan segala daya usaha dalam perang di jalan Allah melawan kaum kafir secara langsung mahupun tidak, yang terus mengalir dalam tubuh kaum Muslim. Ketika Perang Salib, Eropah hampir dua
setengah abad berusaha menguasai negeri-negeri Muslim. Namun mereka gagal keseluruhan. Begitu pun di Indonesia. Perlawanan kepada penjajah Belanda, Sepanyol, Portugis mahupun Inggeris tidak kunjung henti dilakukan oleh para ulama berserta pasukan mereka, tidak lain kerana dorongan ruh jihad. Kebangkitan nasional -ditandai dengan lahirnya Budi Utomo tahun 1908- sebenarnya telah didahului oleh kebangkitan pesantren dan kaum tentera kerana dorongan ruh jihad. Begitu pula pencerobohan AS ke negeri Muslim seperti Afgan dan Iraq terus mendapat perlawanan dari kaum Muslim, juga kerana dorongan ruh jihad. Kaum Muslim menyedari, jika suatu negeri Muslim diceroboh musuh, maka kaum Muslim di negeri itu wajib berjihad mempertahankan wilayah itu dan mengusir musuh.
Kerananya, Barat berusaha menghapus kata jihad dari kosakata kaum Muslim. Usaha itu pasti gagal, kerana menghapus kata jihad sama saja menghapus banyak ayat al-Quran. Tentu saja itu akan dilawan oleh kaum Muslim siapapun dan dimanapun. Barat sedar akan hal ini. Barat pun merasa cukup jika berhasil menghilangkan makna jihad sebagai perang melawan orang-orang kafir di jalan Allah. Makna jihad pun dipesong sekadar jihâd an-nafs (perang melawan hawa nafsu) atau bersungguh-sungguh seperti dalam menuntut ilmu, berekonomi, dll.
Barat juga menyerang konsep jihad
kerana jihad merupakan politik luar negeri Khilafah dalam rangka menyebarluaskan ideologi Islam ke seluruh dunia. Barat berusaha menggambarkan jihad sebagai aktiviti ganas, membunuhi penduduk awam dan orang tak bersalah; sebagai penindasan, penjajahan, pemaksaan untuk memeluk Islam, dll.
Yang benar, dalam konteks dakwah oleh negara (Khilafah), jihad (perang) dalam Islam hanya digunakan untuk menghilangkan penghalang fizikal yang menghalangi manusia melihat keagungan dan keadilan Islam. Syariah telah memberikan hukum tentang jihad, iaitu tidak boleh membunuh penduduk awam yang tidak terlibat perang, wanita, anak-anak, orang tua, para rahib dan agamawan; tidak boleh menghancurkan bangunan tempat ibadah, menebangi
pepohonan, dan membunuhi binatang. Syariah menetapkan hukum itu dua belas abad lebih sebelum lahirnya Konvensyen Geneva.
Ath-Thabari (Târîkh al-Umam wa al-Mulûk, 8/138) mengisahkan, salah satu sayap pasukan kaum Muslim telah menyerang dan menaklukkan Samarqand tanpa menyerukan Islam dan jizyah lebih dahulu. Lalu utusan penduduk Samarqand meminta izin panglima pasukan kaum Muslim, Sulaiman ibn Abi as-Sari, untuk menghadap Khalifah Umar dalam rangka mengadukan kejadian itu. Umar lalu memerintahkan Sulaiman agar menghadirkan qadhi untuk memutuskan masalah tersebut. Qadhi an-Naji memenangkan gugatan penduduk Samarqand dan memerintahkan pasukan kaum Muslim untuk keluar dari kota itu seperti sebelumnya dan sama-sama berperang sehingga terjadi perjanjian baru atau kemenangan. Melihat keadilan ini, penduduk Samarqand menarik tuntutannya; mereka rela dengan keadaan yang ada dan menghendaki agar pasukan kaum Muslim tidak keluar. Pasukan pun hidup bersama dan membaur dengan penduduk Samarqand. Penduduk Samarqand pun melebur dan menyatu menjadi
bahagian integral umat Islam.
Jihad juga bukan untuk menindas dan mengekploitasi bangsa lain. Kenyataan sejarah menunjukkan, bangsa-bangsa yang ditaklukkan kaum Muslim, setelah ditaklukkan menjadi satu kesatuan dengan yang menaklukkan, memiliki hak yang sama atas jaminan pemenuhan keperluan pokok dan pelayanan dari Khilafah. Wilayah yang ditaklukkan dengan jihad menikmati kesejahteraan sama dengan seluruh wilayah Khilafah. Tidak ada sedikit pun catatan sejarah yang menunjukkan bahawa jihad dilakukan untuk menjajah. Catatan penaklukan untuk menjajah justeru dimiliki oleh Eropah dan Amerika dari dulu hingga sekarang. Jika jihad untuk menjajah, tentu komuniti Kristian Koptik tidak akan membantu pasukan Amr bin al-'Ash
ketika menaklukkan Mesir. Demikian juga tidak akan terjadi sebagaimana yang dikisahkan al-Baladzuri (Futûh al-Buldân, hlm. 139). Diceritakan, kaum Muslim menaklukkan kota Hims di Syria. Jizyah lalu dipungut dari penduduknya. Akan tetapi kemudian, kaum Muslim perlu meninggalkan kota itu dan tidak boleh lagi menjaga dan melindunginya. Abu Ubaidah, panglima kaum Muslim ketika itu, lantas mengumpulkan penduduk Hims dan mengembalikan jizyah mereka seraya berkata, "Kami tidak boleh lagi membantu dan melindungi kalian. Kalian sekarang bebas." Namun, penduduk Hims justeru menjawab, "Pemerintahan Anda dan keadilan Anda bagi kami lebih mulia daripada kezaliman dan penindasan yang kami alami sebelum Anda datang."
Jihad juga bukan untuk memaksa non-Muslim agar memeluk Islam. Haram hukumnya memaksa non-Muslim agar memeluk Islam (QS al-Baqarah [2]: 256). Jika jihad ditujukan untuk memaksa non-Muslim memeluk Islam, bagaimana mungkin komuniti Yahudi, Kristian Koptik, dan lainnya, juga orang musyrik, masih ada di negeri-negeri Islam, padahal Khilafah memerintah negeri-negeri itu selama 1300 tahun?
Dengan demikian, Barat menyerang konsep jihad tidak lain kerana menjadi penghalang Barat untuk menguasai dan menjajah negeri Muslim. Jihad akan membebaskan negeri-negeri Islam dari
penjajahan dan cengkeraman Barat. Jihad juga yang nantinya akan menghancurkan hegemoni dan ideologi Kapitalisme. Jihad akan membebaskan umat manusia dari kegelapan dan kezaliman ideologi Kapitalisme menuju cahaya petunjuk dan keadilan Islam.
Jihad Bukan Metod Menegakkan Syariah dan Khilafah
Menegakkan syariah dan Khilafah termasuk aktiviti manusia dan perlu terikat dengan hukum syariah, kerana hukum asal perbuatan adalah terikat dengan
hukum syariah. Metod Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam dalam menegakkan syariah dan Daulah Islam merupakan penjelasan bagi kita tentang tatacara menegakkan syariah dan Khilafah. Semua itu merupakan hukum syariah yang perlu kita pegang. Jika kita menyimpang, bererti kita telah menyelisihi hukum syariah dan tentu saja termasuk kemaksiatan.
Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam menegakkan syariah dan membangun masyarakat Islam bukan dengan metode jihad. Bahkan ketika Baiat Aqabah II menjelang hijrah, beliau tetap menolak menggunakan kekerasan; bukan kerana tidak mampu menggunakan kekerasan, tetapi kerana tidak diizinkan oleh Allah. Saat itu Rasul Sallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Lam nu'mar bi
dzâlika badh (Kita belum diperintahkan demikian).
Metod yang beliau tempuh adalah melalui ash-shirâ' al-fikri (pergolakan pemikian), al-kifâh as-siyâsi (perjuangan politik), dan thalab an-nushrah (mencari nushrah), tanpa kekerasan. Inilah metod yang beliau jalankan. Inilah hukum syariah yang perlu kita pegang erat sebagai metod menegakkan syariah dan Khilafah serta membangun masyarakat Islam. Metod inilah yang akan memberikan kejayaan, kerana pertolongan Allah tidak akan diturunkan jika kita menyalahi hukum syariah.
Khatimah
Penerapan ideologi Kapitalisme banyak menimbulkan problem kehidupan umat manusia. Selama ini ideologi Kapitalisme telah berusaha memperbaiki dan menyelesaikan problem-problem itu, namun gagal. Banyak problem yang akhirnya dibiarkan tanpa penyelesaian, kerana pendukung Kapitalisme telah putus asa untuk menemukan penyelesaiannya. Kehancuran Kapitalisme akhirnya hanya menanti detik sahaja.
Di sisi lain, mereka semakin rancak menyerang ideologi Islam dengan konsep syariah, Khilafah dan jihad sebagai fokus serangan. Hal itu merupakan tanda-tanda kekalahan ideologi Kapitalisme. Serangan mereka hanyalah usaha untuk memperpanjang usia ideologi Kapitalisme dengan menghambat bangkitnya ideologi Islam yang akan menyingkirnya. Semakin rancak serangan mereka semakin menunjukkan besarnya ketakutan mereka akan bangkitnya kembali ideologi Islam yang akan diterapkan dan dikembang oleh Khilafah. Semua itu sekaligus juga menunjukkan semakin dekatnya waktu yang dijanjikan Allah dan rasul-Nya, iaitu tegaknya kembali Khilafah yang mengikuti metod kenabian.
Wallâhu a'lam bi ash-shawâb
Brings words and photos together (easily) with
PhotoMail - it's free and works with Yahoo! Mail.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
