Kecaman Keras dari Hizbut Tahrir
Akhbar Eropah Mempersenda Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam
Bukti Permusuhan Terhadap Islam dan Muslim
Hizbut Tahrir Britain ,
melalui juru bicaranya Dr Imran Waheed secara keras mengecam pencetakan semula karikatur tentang Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam oleh akhbar di Eropah. Gambaran karikatur Nabi Muhammad atas nama kebebasan bersuara (freedom of Speech) sekali lagi telah menunjukkan bahawa perang melawan keganasan yang dikempen oleh Barat bererti perang terbuka terhadap muslim dan Islam. Pemerintah Barat mengibarkan bendera kebebasan berpendapat ketika mereka menghina Islam dan muslim. Sementara itu mereka berusaha untuk melindung diri melalui penyebaran rasa takut, ancaman dan undang-undang 'draconian' muslim yang mengkritik polisi luar negera Barat. Mereka juga lebih banyak diam atas nama sekularisasi dan kebebasan ketika jilbab (muslimah) dilarang.
Akhbar-akhbar Perancis dan Jerman telah memaparkan
kembali karikatur-karikatur Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam yang telah mencetuskan gelombang bantahan umat islam. France Soir mengatakan tindakan kali ke-12 karikatur itu adalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada dogma agama yang dapat memaksa pandangannya pada masyarakat sekular dan demokratik.
Akhbar itu juga memapar karikatur Budha, tuhan-tuhan Kristian dan Yahudi dan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam. Salah seorang tuhan itu mengatakan,"Jangan mengeluh, Muhammad, kita semua diolok-olokkan disini." Akhbar Jerman Die Welt juga memaparkan salah satu dari karikatur itu. Karikatur-karikatur itu pertama muncul di akhbar Denmark Jyllands-Posten bulan September tahun lepas.
Dr. Imran Waheed, juru bicara HT Britain, mengatakan : Hizbut Tahrir mengecam provokasi yang digerakkan oleh media massa Barat dengan melakukan penghinaan murahan untuk menyerang Islam berbanding melalui perdebatan yang tulus. Sementara itu pemerintah di Barat berusaha melindungi
sikap kritik kaum muslimin terhadap polisi brutal mereka di Iraq melalui undang-undang dan melarang wanita muslimah untuk memakai jilbab. Mereka berharap kaum muslim merima kebebasan untuk menghina dan meremehkan Islam dan kaum muslim. Sementara kaum muslim menyambut perdebatan intelektual, Barat melakukan penghinaan murahan dengan bersembunyi atas nama kebebasan . Hal ini menjadi bukti yang lebih luas bahawa mereka telah kalah dalam perang merebut hati dan pemikiran kaum muslim.
Hizbut Tahrir Britain akan segera menghubungi kedutaan besar Eropah di London untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap aksi provokasi ini. Imran Wahid
juga mengatakan akan mendorong umat Islam di Eropah untuk menghubungi kedutaan besar negeri-negeri umat Islam agar mereka mengambil tindakan terhadap penerbitan karikatur yang menghina Nabi ini.
Akhirnya Imran Wahid mengatakan inilah kebusukan masyarakat liberal sekular yang percaya pada kebebasan untuk menghina komuniti agama samada muslim, Kristian atau Yahudi. Khilafah Islam terbukti dalam sejarah telah menjamin perlindungan terhadap muslim dan non muslim dari penghinaan yang tidak terhormat itu.
Hizb ut-Tahrir Britain
Email: [EMAIL PROTECTED]
Phone: 07074-192400
Relax. Yahoo! Mail virus scanning helps detect nasty viruses!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
