Harian Metro 3 Feb 2006 Kitab songsang
Oleh Nazarali Saeril [EMAIL PROTECTED] KUALA LUMPUR: Golongan cuba memesongkan akidah umat Islam kini semakin berani apabila menerbitkan sebuah kitab mengandungi pelbagai surah dipetik daripada Injil dan mencampuradukkannya dengan ayat suci al-Quran. Lebih bahaya, kitab songsang itu diedarkan secara percuma. Potongan ayat suci al-Quran itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan memberi makna bahawa ayat itu menunjukkan Nabi Isa sebagai rasul dan nabi kepada umat Islam dan perlu diikuti serta ditaati. Seorang lelaki yang menerima kitab itu secara percuma di Johor Bahru, Hussin Rahman, 45, berkata individu yang membaca kitab songsang itu perlu membaca kalimah `Bismillahhi Rahmannir Rahim sebelum menghabiskan surah itu. Kalimah itu perlu dibaca bagi menunjukkan seolah-olah umat Islam membaca al-Quran atau ketika mahu memulakan atau melakukan sesuatu perkara yang baik. Antara tajuk kecil yang terkandung dalam kitab mini terbabit ialah The Guidances In The Al-Quran And Al-Hadiths That Enable Mankind To Enter Heaven (panduan dalam al-Quran dan hadis yang membolehkan manusia memasuki syurga), katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Menurut Hussin yang menjalankan perniagaan sendiri, dia menerima kitab itu daripada seorang lelaki berpakaian kemas yang menyerahkannya ketika dia sedang berjalan kaki di Johor Bahru, baru-baru ini. Katanya, beliau melihat lelaki terbabit turut menyerahkan kitab itu kepada beberapa orang lain yang lalu berhampiran. Kitab berwarna hijau itu bertulis Al Siratul Mustaqiim dalam bahasa Malaysia selain bertulisan jawi dengan perkataan `Bismillahhi Rahmannir Rahim di atasnya. Pengarang kitab turut mengatakan Nabi Isa sayangkan umatnya dan menurunkan al-Quran dan hadis seperti dalam kandungan kitab terbabit bagi dijadikan panduan ke syurga, katanya. Tajuk terjemahan surah songsang itu pula termasuk Jesus Alaihi Salam (a.s) pembawa sinar yang perlu diikuti dan ditaati, Jesus A.S nabi dan rasul serta membawa mesej Tuhan kepada manusia serta Jesus a.s adalah jiwa Tuhan serta ajarannya. Sehubungan itu, Hussin meminta pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan kerana bimbang ia adalah taktik pihak tertentu memesongkan akidah umat Islam secara halus, iaitu menggunakan ayat Al-Quran sebagai penarik. Apa akan terjadi jika kitab terbabit diberikan kepada golongan yang kurang mantap imannya atau kepada pihak yang mudah terpedaya dengan perkara yang dianggap betul tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif, katanya. Sementara itu, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan kitab terbabit setakat ini. Bagaimanapun, penyebarannya menunjukkan ada pihak cuba memesongkan akidah umat Islam secara terang-terangan walaupun dalam skala kecil. Tidak mustahil ia dilakukan pihak yang mahu melihat umat Islam khasnya generasi muda terpedaya dengan kandungan kitab sesat terbabit, katanya. Menurut Noor Nirwandy, pihak tidak bertanggungjawab itu pandai bermain kata-kata dalam setiap potongan ayat sehingga boleh menyebabkan berlaku pertembungan akidah di kalangan pembaca jika tidak mempunyai keyakinan dan iman yang kukuh. Katanya, berdasarkan kandungan kitab sesat itu, pihak terbabit mahu umat Islam percaya dan yakin bahawa Nabi Isa adalah rasul serta nabi terakhir dan bukannya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad adalah rasul dan nabi terakhir diturunkan untuk mengembangkan syiar Islam. Bagaimanapun, menurut kandungan kitab terbabit, umat Islam perlu mentaati Nabi Isa. Selain itu, kandungan kitab memesongkan fakta dengan meminta umat Islam mematuhi Nabi Isa dan mengikut segala ajaran selain arahan jika mahu ke syurga, katanya. Justeru, katanya PPIM meminta agensi penguat kuasa agama dan agensi kerajaan lain mengambil tindakan tegas terhadap penyebar selain menghentikan penyebaran kitab percuma sebelum ia menjadi barah di kalangan umat Islam. http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/BeritaUtama/20060203091536/Article/indexm_html Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
