| PAS sokong polis tidak guna budibicara kepada semua |
| Oleh Ekmal Yusof | |
| SEMANGGOL, 3 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Ahmad Awang menyambut baik cadangan polis Kuala Lumpur untuk tidak lagi menggunakan budibicara dalam melaksanakan undang-undang tetapi berdasar sepenuhnya kepada undang-undang yang ada. "Cuma yang kita harapkan, maksud tidak guna budi bicara itu bermakna undang-undang sama dikenakan untuk semua orang. Jangan pulak rakyat biasa tak boleh bawa kereta laju tetapi menteri atau wakil rakyat BN boleh pula," kata beliau kepada Harakahdaily. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah 27 Januari lalu berkata, polis tidak
akan menggunakan lagi budi bicara atau bertolak ansur kepada mereka yang melanggar undang-undang bagi memastikan kepentingan pegawai polis berkenaan terjaga. "Saya bersetuju benar kalau benar-benar niat dan tujuan polis kini hendak bersikap tegas ketika menjalankan tugas samada mereka yang menghadapai kesalahan trafik kepada semua lapisan masyarakat yang melanggarnya. "Tetapi polis mesti bertindak tiada tolak ansur ini kepada semua peringkat kedudukan masyarakat. Misalnya kalau kereta menteri kabinet didapati lari laju lebih had, mesti dihukum pemandunya atau menterinya sendiri kalau yang memandu. "Juga, kalau mulut menteri didapati celupar sangat, itu pun patut mendapat perhatian polis," ujarnya. Yang menjadi masalah selama ini, kata beliau, ikan bilis sahaja yang terkena tindakan tetapi yang besar terlepas. Sepatutnya ketegasan menjalankan undang-undang keselamatan negara telah dipraktikkan sejak merdeka lagi bukan sekarang baru hendak dibuat ke
atas semua peringkat lapisan rakyat, katanya - zs |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
