SAINGAN SIHAT: Pertambahan lesen takaful memungkinkan penawaran
pelbagai produk dan meningkatkan mutu perkhidmatan insurans
Islam dalam pasaran yang masih baru.
Pengendali baru pasti beri tekanan kepada peserta sedia ada
ADAKAH sembilan pemegang lesen takaful terlalu banyak di negara dengan 26 juta penduduk? Penganalisis percaya masih banyak ruang untuk pertumbuhan tetapi kemasukan empat konsortium baru itu akan mewujudkan saingan yang belum pernah dilihat dalam sektor itu.
Pemberian lesen takaful kepada empat konsortium, tambahan kepada lima syarikat sedia ada, membolehkan firma kewangan menawarkan pelbagai produk insurans yang mematuhi syariah dalam pasaran yang masih agak baru.
Ketua Pegawai Operasi RAM Consultancy Services Sdn Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata kehadiran pengendali takaful baru yang dibentuk secara usaha sama dengan rakan kongsi luar negara pasti memberi tekanan kepada peserta sedia ada.
"Tekanan pasti menyebabkan peserta sedia ada berusaha lebih keras meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan bagi mengekalkan kedudukan dan penguasaan masing-masing," katanya.
Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pemberian lesen baru takaful kepada empat konsortium terdiri daripada HSBC Insurance (Asia-Pacific) Holdings Ltd bersama Jerneh Asia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Hong Leong Bank Bhd, Millea Asia Pte Ltd dari Jepun dan Hong Leong Assurance Bhd.
Turut diberikan lesen ialah konsortium Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Prudential Holdings Ltd manakala MAA Holdings Bhd berganding bersama Solidarity Co dari Bahrain.
Lima pemegang lesen takaful sedia ada adalah Syarikat Takaful Malaysia Bhd, Mayban Takaful Bhd, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Takaful Nasional Sdn Bhd dan Commerce Takaful Bhd.
Commerce Takaful menerima lesennya tahun lalu, tetapi belum memulakan operasi.
"Sektor insurans tempatan masih mempunyai banyak ruang pertumbuhan kerana kadar penerokaan yang masih rendah," katanya.
Skim insurans berlandaskan syariah semakin mendapat tempat di negara ini terutama di kalangan orang Islam yang merangkumi 60 peratus daripada penduduk Malaysia.
Beberapa kelebihan yang ditawarkan menerusi skim takaful turut menarik pemegang polisi bukan Islam sekali gus meningkatkan aset kewangan insurans Islam itu.
Aset skim takaful merangkumi gabungan takaful keluarga dan am berjumlah RM5.73 bilion atau penguasaan pasaran 5.5 peratus sehingga September tahun lalu, menunjukkan ruang luas bagi pertumbuhan.
Yeah berkata, langkah BNM itu selari aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia penyedia perkhidmatan kewangan Islam bertaraf antarabangsa.

--
Visit my Islamic NBFI & Capital Market site http://islamicfinance2u.blogspot.com
Ikhlas
FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic NBFI & Unit Trust Consultant
****************************************************************
013-391 2695
[EMAIL PROTECTED]
islamicfinance2u.blogspot.com
****************************************************************
TAKAFUL - Family, General & Hospitalisation
ISLAMIC UNIT TRUST
ISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & Faraid
HAJJ & UMRAH - Makkah, Madinah & Jeddah
*********************************************************************************
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.