RESPON ATAS PENGHINAAN RASULULLAH

Kaum Muslimin Malaysia diminta untuk menyatakan sikap tegas.  Sebuah akhbar bernama Jyllands Posten, di Denmark, menjelang bulan suci Ramadhan yang lalu, membuat pertandingan lakaran wajah Rasullah. dalam bentuk kartun.  Sebanyak 12 lakaran kartun telah terpilih mewakili peringkat akhir, dengan gambar-gambar yang menghina Rasulullah.  Beberapa gambar dilukiskan, Rasulullah berserban bom, teroris berpedang panjang dan beristeri banyak.

Sejak saat itu, protes dan boikot atas produk Denmark terjadi di beberapa negara. Kerajaan Denmark tidak mengambil sikap tegas atas hal ini, dengan alasan kebebasan akhbar dan berekspresi.  Kerana itu, secara tidak lansung pemerintahan Denmark juga mendukung penghinaan atas kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w.

Banyak protes yang dilimparkan terhadap Jyllands Posten dari umat Islam di seluruh dunia, membuat akhbar-akhbar Eropah merancang solidariti pada alhbar-akhbar Denmark itu.  Mereka secara serentak justru ikut menghina Rasulullah dengan menampilkan 12 kartun hasil pertandingan di halaman depan akhbar masing-masing.  Mulai dari akhbar di Norway, Die Welt dan Berliner Zeitung di Jerman, El Periodico dan El Mundo di Spanyol, La Stampa di Italia dan Fance Soir di Perancis.

Dengan ini kami atas nama umat Islam mendesak:

1.  Semua media yang telah menyiarkan kartun tersebut, untuk meminta maaf kepada umat Islam di seluruh dunia.

2. Mendesak agar secara resmi, media yang bersangkutan menyatakan penarikan balik terhadap kartun tersebut.

3.  Mendesak kepada Kesatuan Eropah, Parlimen Eropah dan negara-negara yang bersangkutan untuk bertindak tegas terhadap penghinaan ke atas umat Islam.  Kerana jika tidak, dikhawatirkan  akan mencetuskan keganasan.

4. Mendesak organisasi-organisasi Islam, OIC, Rabithah Alam Islami dan yang lain-lain untuk bersikap tegas mengencam para pelaku penghinaan.

5. Menyeru kepada seluruh umat Islam, untuk melakukan tindakan boikot ke atas seluruh produk, perkhidmatan termasuk seluruh syarikat penerbangan Eropah.

Semoga Allah menolong kita semua untuk menegakkan dan membela agamanya.

 

Haji Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden,
Teras Pengupayaan Melayu 
 
Haji Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi,
Sekritariat Himpunan Ulama Rantau Asia
 
 
 
Face of Muhammed.
 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke