Salam.. Nampaknya apa yang saudara rozmal sampaikan telah menjadi barah dalam hidayahnet ni, tapi yang jelas adalah ramai yang terkeliru, tidak membaca dengan jelas, tidak memahami apa yang saudara rozmal cuba sampaikan.. ramai juga yang menulis bukan dari pendirian sendiri tapi dari pendirian tokok tambah bercampur perasaan..
Saya sesungguhnya amat paham dengan apa yang saudara rozmal cuba sampaikan. Saya tidak nampak tulisan rozmal itu sebagai satu dakyah songsang yang cuba menghindukan saya, tapi sebagai satu perbandingan. tidak pula saudara rozmal suruh saya menyokong agama hindu tersebut.. Biarlah saya cuba tulis seringkas mungkin agar tidak mengharu-birukan pandangan sesetengah pihak yang dah haru-biru kerana ada sesetengah pandangan tidak berlandaskan akal dan agama tapi politik semata-mata. Apa yang saudara rozmal cuba sampaikan adalah betapa fanatiknya orang india dengan agama hindu mereka dan betapa kita sebagai orang islam ini yang tidak berapa islamik.. itu sahaja... bukannya rozmal nak cerita tentang hindu itu hebat atau tidak, cuma mereka amat fanatik agama. Sebagai contoh jelas, Thaipusham, semua penganut hindu dari satu malaya datang ke batu caves untuk meraikannya. Tapi kita ni, sambutan Maulidurasul, walaupun majlis tu diadakan kat surau, masjid kat tempat tinggal kita, kadang-kadang surau, masjid tepi rumah pun susah nak pergi.. Tapi kalau konsert tahun baru kat dataran, klcc bersepah orang melayu kat sana.. pulak tu yang datang bawak anak-anak berkumpul dari petang bawak ke malam, solat semua entah ke mana. Kalau ada di kalangan pembaca yang bersolat time tu Alhamdulillah lah, jangan terasa pulak.. dari itu, Islamik kah kita ni? Yang lain tu tak payahlah nak cerita.. Yang lain tu pikirlah sendiri, lain kali baca dan fahamilah dahulu apa yang cuba disampaikan, baru komen, nak komen pun gunalah akal.. Saya sendiri pun rasa terpukul dengan tulisan rozmal, tapi ada benarnya dengan kita umat islam di malaysia pada hari ni.. Itu sahaja yang saya cuba sampaikan.. sekian.. wassalam.. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
