Assalamualaikum,
 
Maaf ya. Tulisan ini agak teknikal sedikit. Saya akan cuba guna istilah orang awam seboleh mungkin. Please bear with me... :-)
 
Bila kita mengkaji Sistem Ekonomi Islam (nizaam al-iqtisadi fii al-islam) kita akan mendapati masalah ekonomi yang menjejaskan seluruh umat manusia dari mendapat sekurang-kurangnya keperluan primer/pokok (hajatul asasiyyah) bukanlah kekurangan sumber ( scarcity of resources) sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh paderi dan pengasas sistem ekonomi Kapitalis yang sedang menyandang juara carta di seantero dunia saat ini yang turut didakwa berasal dari 'kehendak manusia yang tidak terbatas'.
 
Masalah ekonomi yang meruncing di Negara Islam Hadhari ini (dan lain-lain negara yang menerapkan/mengguna-pakai sistem ekonomi kapitalis) bukan disebabkan kekurangan sumber (resources) berkenaan tetapi disebabkan masalah pengagihan kekayaan (distribution of wealth) di kalangan umat hingga kita mendapati majoriti kekayaan dipegang oleh golongan minoriti. Ananda Krisnan yang tersenarai dalam Carta Top 40 hanyalah satu contoh sahaja dan bukan satu fakta untuk mendiskredit Binariang dan Maxis. Begitu jugak Robert Kuok. Sistem Ekonomi Kapitalis yang berasal dari pemikiran Sekular (pemisahan agama dari kehidupan) turut mendokong ciri-ciri demokrasi iaitu prinsip kebebasan memiliki (hurriyatul milkiyyah). Semua orang bebas untuk melakukan hampir apa sahaja untuk menjana kekayaan (generate wealth) sehinggakan judi (Magnum 4D), arak (Carlsberg jadi landmark di Federal Highway) selagi ia boleh menjana ekonomi  negara. Pemisahan agama dari kehidupan iaitu Sekularisme itu tidak sekali-kali melihat aspek hukum-hakam sehingga khinzir yang diharamkan  bagi umat Islam telah menjadi satu industri yang menguntungkan. Itu aspek DUIT MASUK atau PENJANAAN SUMBER KEKAYAAN. Bagaimana pula dengan perbelanjaan?
 
Jika antum melihat Strategi ke 4 Bajet 2006 ianya ialah  Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat. Macam bagus gitu tetapi bagaimana?? Kita melihat didepan mata kita bahawa Jaminan terpenuhnya keperluan Primer diletakkan di atas batu jemala pihak swasta, sedangkan kita tahu - syarikat swasta tidak akan menjalankan perniagaan sebagaimana yang termaktub di dalam Memorandum & Article of Association (M&A) jika ia tidak menguntungkan. Prinsip asas Pengurusan Kewangan (Financial Management) yang awal-awal ditekankan ialah 'maximization of shareholders' wealth' - memaksimakan kekayaan pemegang saham. Apabila keuntungan (bottom line) yang jadi faktor penentu ~ segala hukum-hakam pastinya lari jauh ke laut. Apa jua transaksi atau aktiviti sekecil penjualan RingTone dengan tajuk-tajuk catchy seperti PANAS dsb akan dilakukan kerana yang penting ialah memaksimakan kekayaan tadi. Setelah itu, ianya dibahagikan dalam bentuk dividend dsb kepada Pemegang Saham. Jadi, bagaimana hebat pun syarikat-syarikat tersenarai di Papan Utama dengan gahnya meng war-warkan kejayaan mereka, fakta ini tidak akan memberi kesan kepada umat terbanyak samada muslim atau non-Muslim. Perhatikan rancangan BersamaMu atau yang seiras dengannya. It keeps happening kerana bantuan dari orang awam dan swasta bukan sesuatu yang bersifat berterusan. Well takkan tiap2 hari nak taip TABUNG5 atau TABUNG 10 kalau tabung kita sendiri pun ala-ala kadar je. Ini adalah indikasi bahawa tanggungjawab memastikan kepenuhan primer rakyat samada mereka Muslim atau Kafir (ahlul Zimmah) terletak di atas batu jemala PEMERINTAH.  Hadis "Imam adalah pengembala dimana ia akan ditanya tentang gembalaannya". Hakikatnya rakyat menikmati BBQ siput babi sedangkan pemerintah dan kuncu-kuncunya tinggal di istana airmata rakyat...
 
Imam yang dimaksudkan di atas, yang kita rindui itu pastinya yang memiliki ciri-ciri seperti Umar al-Khattab dan khalifah yang lahir dari DNA Umar al-Khattab iaitu Umar Abdul Aziz yang mana semasa pemerintahan singkat ( 2.5 tahun) Umar Abdul Aziz - tiada orang yang layak menerima zakat di Afrika. Lihatlah apa jadi pada Afrika sekarang? Pasti antum terbayang perut buncit, badan kurus dihurung lalat...lalu antum bersedih kerana di rumah terlalu banyak makanan tetapi terlalu sedikit orang untuk menghabiskannya... isk isk isk
 
Apabila kita menyentuh bab Pemerintah atau Imam tadi - tidak cukup sekadar mengganti seorang pemimpin dengan pemimpin lain bila dirasakan tidak sesuai. Yang paling perlu dicantas ialah Sistem Pemerintahan yang membenarkan Sistem Ekonomi Kapitalis menjadi Juara Carta. This is extremely important and  URGENT. Contoh: Semasa Tun Dr M memegang tampuk kuasa - musuh-musuh politiknya dan sesiapa yang tidak suka kepada UMNO/BN mahu beliau digantikan dengan harapan pemimpin selepasnya akan merubah senario iklim politik tanahair. Tetapi setelah Pak Lah yang hebat dengan tagline - Cemerlang, Gemilang, Terbilang naik takhta ~ senario tidak berubah or we can say - it's even worse off than Tun Dr M yang diketahui ramai seorang yang memiliki visi dan iltizam tinggi menggapai impian merealisasikan Wawasan_2020 nya. Disini kita melihat bahawa pemimpin bukan masalahnya tetapi SISTEM yang diterapkan iaitu Perlembagaan Persekutuan (PP) yang berasal dari Common Law nukilan Lord Reid dan kuncu-kuncunya kerana PP ini menjadi sumber perundangan termasuk sistem ekonomi kapitalis yang menyebabkan kau, aku dan dia dan mereka menderita...
 
Justeru, sangat mendesak untuk kita berusaha kearah mengambil ISLAM_KAFFAH ~ bukan Islam sekerat-sekerat untuk menyelesaikan seluruh masalah manusia samada Islam dan  bukan Islam. Walaubagaimanapun, masyair (perasaan) yang tinggi mahu Islam mengungguli lain-lain sistem tidak cukup sekadar sokongan pada gerakan atau parti Islam sahaja sebaliknya kita sebagai individu dan anggota masyarakat berusaha memantapkan pengetahuan tentang Islam. Bukan tahu solat, puasa, tajwid, baca yaasin, tak buat tahlil ikut adat Melayu, tetapi kita berusaha mengkaji dan mendalami Sistem Pemerintahan Islam, Sistem Perundangan Islam, Sistem Pendidikan Islam, Sistem Sosial dalam Islam, Sistem Ekonomi Islam dll yang akan membuka mata kita seluas-luasnya betapa hebat dan syumulnya agama yang menjadi rahmatan lil 'alamin ini. Tetapi usaha ini memerlukan masa yang lama sebagaimana yang turut disebut oleh Imam Syafie bahawa untuk mendapat ilmu itu perlukan kesabaran dan ambil masa.
 
Selagi hayat dikandung badan, marilah kita buat sesuatu untuk dan demi Islam - bukan supaya kisah-kisah "makan budu sahaja" yang kita tidak mahu tetapi kita melihat masalah kesengsaraan umat ini menjadi hanya satu kisah yang bakal dilenyapkan dari lipatan sejarah.
 
Jika kurang jelas atau tidak tuntas penjelasannya, ia adalah kelemahan saya. Feel free to ask should further clarification necessary.
 
Wassalam.
 
CM - Dah pandai makan budu :-)
 
On 2/6/06, AmirHamzah <AmirHamzah> wrote:
Sunggoh menyedihkan sekali. Terutamanya kerana ia berlaku di sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak. Sendainya Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat membantu, sepatutnya kerajaan negeri digera membantu. Namun, tidak kedengaran langsung apa apa berita dari mereka.
 
Teringat sebuah kisah Saiyidina Omar r.a. sewaktu menjadi khalifah. Beliau mengelilingi pinggiran kota hampir setiap malam untuk melihat keadaan rakyat. Pada satu malam itu, beliau terlintas dengan sebuah kemah yang didiami oleh seorang wanita yang sedang memask dan anak anak kecil yang sedang tidur.
 
Bila ditanya apa yang dimasak, wanita itu menyatakan hanya batu batu jalanan yang ada di dalam periuk itu. Wanita itu menceritakan beliau terpaksa melakukan sebegitu untuk menenangkan anak anak yang tadi menangis kelaparan dan agar mereka berhenti mengangis dan tidur sehingga siap 'masakan' itu.
 
Dipendekkan cerita, maka Saiyidina Omar r.a. bergegas pulang ke kota untuk mengambil bekalan makanan untuk keluarga itu. Beliau membawa bekalan itu sendirian dan setibanya di kemah itu, beliau sendiri yang memasakan hidangan untuk keluarga wanita itu. Alangkah mulianya pemimpin Islam yang takut kepada Allah s.w.t.
 
Tapi kini, pemimpin negara Islam Hadhari dan negara ketua OIC tidur lena di istana mereka yang berhawa dingin siap dengan segala kelengkapan; disediakan untuk mereka gaji yang tinggi, pelbagai jenis allowance perbelanjaan, pemandu kereta dan pembantu rumah, penggunaan percuma untuk minyak kereta, air dan elektrik, dan pelbagai lagi termasuk cuti yang dibayar. Kesemuanya dari tabung rakyat! Dapatkah kita berjumpa lagi seorang pemimpin seperti dari golongan Saiyidina Omar r.a. ini?
 
Sebelum disebut wallahualam, diri kita sendiri harus menjawabnya sendiri. Kerana, kitalah yang menentukan kepimpinan kita sendiri. Sebelum menyerahkan pada Allah, harus kita usahakan sendiri dahulu dengan menentukan keperibadian dan keilmuan yang ada pada bakal pemimpin kita.
 

From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Hanya makan nasi berlauk budu

>>"Tambahan pula, bantuan yang diberikan tidak mencukupi sejak
>>bantuan kewangan JKM dikurangkan daripada RM240 kepada RM160,"
>>katanya sambil menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka
>>sekeluarga .

Adakah kerajaan sedang menghadapi masalah kewangan sampai wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun terpaksa dikurangkan???
Tapi yg herannya kerajaan ada pulak duit sampai sanggup belanja duit RM200,000 sekadar utk letak bendera kat Piramid...

Mungkin jugak kerajaan kekurangan duit sebab baru lepas belanja beberapa RM juta utk Piala Monsun pertandingan perahu layar baru2 ni...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Hanya makan nasi berlauk budu

Oleh Wan Adlina Wan Ab Aziz dan Tuan Maheran Tuan Shaffee

KUALA TERENGGANU: "Setiap hari kami hanya mengalas perut dengan nasi berlaukkan gula dan budu untuk meneruskan kehidupan.

"Malah, kadang-kadang kami hanya minum air suam sepanjang hari kerana tidak mampu membeli makanan," kata ibu tunggal, Che Zabedah Awang @ Idris, 39, dari Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, di sini, semalam.

Menurutnya, kehidupannya bersama empat anak berusia tujuh hingga 19 tahun bertambah perit apabila ditinggalkan suami, Yuhani Tahir, 40-an, sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, mereka sekeluarga terpaksa bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM160 sebulan selain belas ihsan jiran terdekat yang menghulurkan makanan dan pakaian.

"Kami sekeluarga hilang tempat bergantung apabila suami saya menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak anak bongsu kami, Eliza Miey Mazlina,7, berusia empat bulan lagi.

"Sejak ketiadaan suami, saya terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah, lebih-lebih lagi saya tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Che Zabedah berkata, sejak mengalami komplikasi pembedahan selepas bersalin empat kali, dia tidak mampu bekerja memandangkan keadaan tidak mengizinkannya melakukan kerja berat.

"Keadaan ini menyukarkan kami sekeluarga kerana saya tidak mampu mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian.

"Tambahan pula, bantuan yang diberikan tidak mencukupi sejak bantuan kewangan JKM dikurangkan daripada RM240 kepada RM160," katanya sambil menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka sekeluarga .

Menurutnya, lebih merunsingkan, statusnya sebagai isteri masih menjadi tanda tanya sehingga memaksanya berulang alik ke mahkamah syariah bagi menuntut haknya.

"Akibat permasalahan ini, saya berasa begitu tertekan kerana terpaksa menanggung seorang diri, lebih-lebih lagi keluarga kedua-kedua belah pihak juga tidak berupaya membantu kami.

"Namun begitu, saya tidak sanggup melihat nasib dan masa depan anak-anak saya terabai disebabkan kemiskinan yang dialami," katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060112121757/Article/indexm_html

CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any attachments) contains information which is confidential and proprietary in nature and the copyright in which belongs to Interpharma Asia Pacific or a subsidiary of Interpharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and singularly as Interpharma) or a third party.

This communication is intended solely for the individual to whom it is addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of this communication without the written authority of Interpharma. If you have received this communication in error, please delete and destroy all copies and kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.

Interpharma makes no representations or warranties in respect of the integrity of this communication, including but not limited to any warranty that this communication is free of errors, viruses or other malicious code, interception or interference.
_______________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service.  For further information, visit http:\\www.messagelabs.com\stats.asp


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS






--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke