| Mufti Perak dakwa 250,000 murtad di negara ini? |
| Oleh Ekmal Yusof | |
| IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian. Mufti Perak itu menyatakan demikian dalam Forum Perdana 'Pekerti Islam' di Kedah baru-baru ini yang disiarkan pada siri ceramah agama RTM di sini pada jam 2 petang tadi. Manakala, katanya, 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad.
Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain. "Ini tidak termasuk lagi individu-individu yang langsung tidak bersolat, tidak berpuasa dan menentang semua hukum Islam," katanya. Menurut Mufti Perak, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama 'ustaz' yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad. Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan sekali-kali terikut dan percaya kepada satu hukum rekaan baru yang pasti menyesatkan. Pertama, katanya, ada orang sekarang menyuruh sembahyang hanya dua rakaat saja untuk mengikut cara Nabi
Ibrahim a.s. Dan kini sudah ada pihak menyatakan mengucap menyebut dengan Nabi Muhammad s.a.w. seperti biasa dibuat itu, kata mereka adalah 'salah'. |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
