|
From: ZU IM
Sent: Wednesday, February 15, 2006 5:32 AM
Subject: TEMU RAMAH DGN YUSUF ISLAM - petikan dari Malalah
I ASSALAMUALAIKUM!!
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang -Diambil
dari Majalah i Keluaran Disember 2005 -
--------------------------------------------------------------------------------------------------- Di
sini dipaparkan temu bual
Dulu
anda sangat popular, tetapi disebabkan
Itu adalah benar. Sebelum itu saya tidak menyedari apa yang terjadi pada
diri saya. Saya terasa menjalani satu kehidupan yang sangat cepat, kehidupan
sebagai artis pujaan yang gemerlapan dan mewah. Pada masa yang sama saya
terpaksa bekerja lebih masa. Hidup saya seolah-olah tidak normal. Pada masa yang
sama saya ketagih minum minuman keras, merokok dan sebagainya.
Akhirnya saya terpaksa membayar Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini dan ke mana selepas itu. Kesedaran ini mendorong saya melakukan satu perubahan besar. Rupanya tempoh rawatan yang saya terima, adalah satu peluang untuk saya merenung perjalanan hidup saya. Inilah hikmah berharga di sebalik penyakit yang menimpa saya kerana dalam keadaan biasa kita tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk merenung sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Selepas
anda sihat, khabarnya anda melakukan pengembaraan rohani untuk mencari kebenaran
yang akhirnya bertemu dengan agama Islam?
Saya mendapat rawatan yang cukup lama di sebuah hospital di Essex, timur
Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati saya . Saya masih ragu-ragu dengan huraian yang diberikan. Seorang wanita Australi memperkenalkan saya pada ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberi kesan, tetapi saya masih tidak menjumpai apa yang saya cari. Suatu hari saya mengalami kemalangan yang mengerikan. Waktu itu saya sedang berada di pantai Semasa mandi, saya diheret oleh satu arus yang menyebabkan saya tenggelam. Dalam keadaan cemas seperti itu, saya sedar bahawa tidak ada yang boleh menolong saya. Secara spontan saya berteriak sekuat-kuatnya, " Tuhan, jika Engkau selamatkan aku, aku akan bekerja untukMu!". Tiba-tiba sebuah ombak besar mendorong saya dari belakang menghempas ke pantai. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya berenang, dan akhirnya selamat. Saya seperti tidak percaya bahawa saya masih hidup. Peristiwa itu sesuatu yang luar biasa. Pada waktu itu saya yakin benar bahawa Tuhan itu ada. Tetapi sebagai manusia, kita sering melupakan janji-janji yang dilafazkan apabila telah selamat. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakannya. Lalu
sejak bila Islam memberi kesan kepada kehidupan anda?
Tidak lama selepas itu, Islam menyelinap ke dalam hati sanubari saya, melalui abang saya David. Selepas melakukan perjalanan ke Saya menghabiskan waktu satu tahun untuk membaca al-Quran sehingga habis, sebelum memutuskan untuk memeluk Islam. Pada waktu sangat berat bagi saya bersikap terbuka terhadap Islam kerana saya telah dipengaruhi oleh pelbagai persepsi negatif terhadap Islam. Ayah saya adalah seorang Yunani-Cypriot, dan kerananya semua yang berkaitan dengan Islam dan 'Turki' adalah berbahaya disebabkan mereka musuh ketat kami. Jadi saya pujuk hati saya, bacalah kerana ini hanya sebuah buku dan ia tidak akan melukaimu. Saya mulai membaca al-Quran dan hal pertama yang saya pelajari adalah nama Tuhan. Dimulai dengan..." Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..." Ini sangat mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka bahawa orang Islam itu percaya pada Tuhan! Saya menyangka mereka selama ini menyembah Muhammad. Semakin banyak saya membaca al-Quran, semakin ia membuat saya kagum dan takjub. Lalu
apa yang anda peroleh daripada al-Quran?
Yang pertama dan utama al-Quran bercerita tentang iman kepada Allah yang
Ahad untuk semua manusia, dan bercerita tentang umat manusia sebagai sebuah
keluarga.
Saya melihat nama-nama Yesus, Moses, Abraham, Jacob, Noah dan yang
terpenting adalah utusan terkahir Muhammad Sallallahu'alaihi wasalam. Semua
mereka disebut oleh al-Quran dengan penghormatan yang sama sebagai Nabi utusan
Allah Subhanahu wa Taala.
Salam satu ayat itu berbunyi :" Wahai manusia sembahlah Tuhan yang
menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu beriman
kepadaNya".
Sepanjang hidup saya belum pernah saya mendengar ayat yang seperti ini. Akhirnya kesemua yang saya baca membawa saya kepada satu kesimpulan iaitu " inilah kebenaran yang saya cari". Apakah
tidak timbul sedikit pun penolakan di dalam hati anda?
Ya, pada mulanya saya seperti dicabar untuk mencari kelemahan di dalam
al-Quran tersebut. Lalu saya mulai mecari-cari kelemahan dan kesalahannya. Saya
terfikir takkan tidak ada satu atau dua hal yang tidak sempurna.
Tetapi datang satu bisikan dalam diri saya bahawa apa yang saya baca adalah satu kesempurnaan. Semakin saya baca, semakin ia mengasyikkan. Saya seperti diserap oleh al-Quran. Yang paling berkesan pada diri saya adalah kisah dalam surah Saya yakin buku ini tidak mungkin ditulis oleh seorang manusia. Ini pasti sebuah wahyu. Sejak saat itu, saya mula sedar tidak ada cara lain selain saya harus menjadi seorang Muslim. Akhirnya saya bertemu dengan seorang Muslimah yang memberitahu saya bahawa ada sebuah masjid yang baru dirasmikan di Regent's Park. Padahal selama bertahun-tahun saya melalui kawasan itu, yang saya lihat hanya pepohon, semak belukar dan Kini, di celah-celah pepohonan hijau itu saya melihat kubah keemasa yang belum pernah saya saksikan sebelum ini. Pada suatu hari di musim sejuk tahun 1977, saya mengambil keputusan yang mengubah hidup saya, saya berjalan kaki untuk ke masjid itu untuk menyatakan keyakinan saya. Saya mengatakan " Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhNya". Apa
reaksi keluarga anda dengan keputusan anda itu?
Saya sedar bahawa langkah ini akan memberi kesan yang besar pada keluarga saya, teman-teman dan masyarakat. Tapi yang paling penting dalam keputusan itu, bukanlah apa yang difikirkan orang tetapi saya seperti kembali ke fitrah yang suci. Jika kita mendengar bisikan hati kita, maka kita akan pergi. Sejak saat itu, saya terus mendengarkan suara hati saya dan saya yakin hanya seruan Allah yang harus ditaati dan diikuti. Itulah perjalanan akhir daripada pencarian saya. Mengapa
anda memilih nama
Saya ingin membuang kenangan sebagai seorang Cat Stevens. Apabila saya
menjadi seorang Muslim, saya memerlukan satu nama baru. Disebabkan surah dalam
al-Quran yang paling saya sukai adalah surah
______________________________________________________________ p.s:
- Hargailah nikmat iman dan Islam yang telah diberikan kepada kita...
- Semoga ada manfaat... -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
