|
|
| |
 |
NGO Islam
Serah Memorandum 13/02/2006
Jumaat,10 Februari 2006 NGO
Islam serah Memorandum berkaitan Perkara 121 (1A) kepada
PM
(Bernama) -- Beberapa Badan Bukan
Kerajaan (NGO) Islam negara hari Khamis menyerahkan satu
memorandum berkaitan Perkara 121 (1A) Persekutuan
Perlembagaan Malaysia kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi bertujuan mempertahankan
kedaulatan Mahkamah Syariah.
Memorandum tersebut
diserahkan secara bersama oleh Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim
Professional Forum (MPF), Persatuan Ulamak Malaysia
(PUM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) kepada wakil
Perdana Menteri yang juga Setiausaha Politik Perdana
Menteri Datuk Osman Desa di Putrajaya tengah hari
Khamis.
Presiden ABIM Yusri Mohamad dalam
kenyataan di sini berkata, memorandum tersebut bertujuan
melahirkan sokongan dan solidariti NGO Islam kerana
usaha mempertahankan kedaulatan Mahkamah Syariah yang
termaktub dalam Artikel 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan serta mengemukakan beberapa cadangan dan
saranan untuk pertimbangan Perdana
Menteri.
Antara cadangan yang dikemukakan NGO
terbabit dalam memorandum setebal tiga muka surat
berkenaan ialah supaya kerajaan dapat mengubah
undang-undang untuk memasukkan peruntukan yang
membolehkan akses orang bukan Islam kepada Mahkamah
Syariah.
Katanya, peruntukan tersebut boleh
dimasukkan dalam Undang-Undang Keterangan
Syariah.
"Kami juga mencadangkan diwujudkan
Jawatankuasa Rayuan Syariah di Mahkamah Persekutuan yang
membolehkan mendengar rayuan daripada orang Islam dan
Bukan Islam," kata memorandum
tersebut.
Memorandum tersebut juga menyebut,
jawatankuasa berkenaan perlulah terdiri daripada panel
hakim Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Tinggi Syariah
dan hanya hakim yang berwibawa dan memiliki integriti
yang tidak boleh dipersoalkan tentang undang-undang
sivil dan syariah dibenarkan menjawatnya.
NGO
terbabit turut mencadangkan agar ruang teknikal
undang-undang yang ada untuk orang bukan Islam
mengemukakan fakta dan berhujah dalam bidang kuasa
Mahkamah Syariah diteliti.
Selain itu, ia turut
mencadangkan agar usaha mendidik dan memberikan
kefahaman kepada masyarakat Islam dan bukan Islam
tentang undang-undang negara terutama mengenai
undang-undang syariah dipergiatkan.
Memorandum
itu turut mencadangkan agar forum yang tersusun di
setiap peringkat dalam wilayah pengaruh yang strategik
yang melibatkan semua komposisi agama seperti segmen
persatuan belia, persatuan mahasiswa, profesional dengan
mengenengahkan tokoh berwibawa dan menguasai bidang
tersebut digerakkan.
Memorandum itu juga
menyebut, kefahaman terutama dalam menyuntik nilai dan
falsafah disebalik unsur utama pembinaan negara seperti
sosial kontrak atau undang-undang negara seperti
perlembagaan negara di peringkat pendidikan menengah dan
institusi pengajian tinggi perlu ditingkatkan.
Sumber :
BERNAMA | | | |
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|