Assalamu'alaikum.
 
Begitulah kisahnya yang sebenar. Dek kerana propoganda pemerintah yang menopoli media negara, maka ramai yang termakan dengan penipuan bahawa Kelantan benar benar mundur. Walaupun mereka kemudian disandarkan dengan kebenaran - statistik dari jabatan kerajaan dan didapati beberapa negeri di bawah pemerintah BN lagi mundur - ramai yang tak percaya.
 
Malaysia kini seperti negara komunis di waktu lalu. Setiap pagi, rakyat di USSR, German TImur (keduanya kini tidak wujud lagi), Vietnam, Korea Utara dan China (terutama waktu pemerintahan Mao Ze Dong) ditemui dengan kata kata propaganda pemerintah mereka. Antara laungan mereka:
 
"Pemimpin kita manusia teragung",
"Tanpa pemimpin kita, negara kita akan hancur",
"Kamu terhutang budi dengan pemimpin kita",
"Marilah kita bekerja di bawah pemimpin kita untuk memakmurkan negara"*,
"Berkorbanlah demi negara", (sedangkan pucuk pimpinan pemerintah hidup dengan penuh kemewahan)
"Taatilah pemimpin kita hingga keakhir nyawa" dan pelbagai lagi.
 
Kata kata propoganda ini bukan sahaja tersebar di buletin jalanan dan akhbar akhbar, malah dihebahkan melalui pembesar suara yang diletakkan di tempat khayalak ramai dan kawan perumahan. Dan pelbagai rencana dan cerita difilemkan oleh biro propoganda mereka untuk meyakinkan rakyat mereka tentang 'kemajuan' negara mereka dan kesangsaraan negara lain terutama negara musuh.
 
*Ramai rakyat terpedaya dan bekerja keras untuk kemakmuran negara mereka sedangkan di nagara komunis, orang persendirian (yakni rakyat), tidak berhak empunyai harta. Segala kekayaan dimiliki negara (dalam teorinya, rakyat bersama). Tetapi realitinya rakyat mereka hidup samada dengan sistem kupon atau kuota yang lazimnya tidak mencukupi. Pemerintah mereka pula hidup dalam kemewahan.
 
Begitulah juga di Malaysia di mana media digunakan dengan efektif sekali oleh pemerintah untuk mengaburi mata rakyat. Keburukan dan kegagalan pemerintah samada disorokan atau ditapis beritanya. Untuk menepis kamarahan rakyat terhadap mereka, media disuruh mensansikan berita lain atau memburukan pembangkang hingga banyak berita mengenai pembangkan diputarbelitkan atau diada adakan. Kerana ketiadaan ruang pembangkan untuk menyangkalkan berita berita tersebut, maka ramai rakyat yang percaya akan fitnah dan tomahan pemerintah.
 
Hanya akhir akhir ini terdapat banyak berita buruk kegagalan pemerintah. Bagaimana berita tersebut boleh terkeluar di media? Berkemungkinan besar kerana dua sebab:
 
1. Bila terkeluar berita negatif (dikawal tahapnya), maka pemerintah dengan cepat cuba mengatasi perkara tersebut dan pamparkan di kacamata rakyat melalui media. Ini adalah sejenis taktik 'reverse psychology'.
 
2. Pihak yang bertelagah dalam kalangan pemerintah menggunakan media untuk menjatuhkan musuh dalam parti mereka sendiri. Ketauilah bahawa tidak semuanya indah dalam parti lawan.
 
Maka dengan itu rakyat Malaysia, bukalah minda mu apabila keluarnya propoganda seperti di atas. Tidak perlu anda mengasihi pembangkang. Tidak perlu anda menyukai pembangkang. Hanya, dapatkanlah kebenaran disebalik berita yang keluar.
 
 
Wassalam
Amir
 
 
From: nazran fahmi <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Thu, 16 Feb 2006 16:30:35 -0800 (PST)
Subject: [kelatedaily] Bekas CEO Proton akui Kelantan terus membangun
Oleh Wajdi Mayusoh
KOTA BHARU, 16 Feb (Hrkh) – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif mengakui akibat laporan yang salah dan tidak tepat terhadap Kelantan menyebabkan masyarakat di negeri lain menjadi terkeliru.
 
“Akibat tidak mendapat laporan sebenar menyebabkan masyarakat luar Kelantan memberikan persepsi dan tanggapan yang salah terhadap negeri ini. Misalnya digambarkan Kelantan sebuah negeri mundur, tidak membangun dan pelbagai lagi tanggapan negetif.
 
“Sedangkan mereka tidak pernah datang dan melihat sendiri suasana sebenar di Kelantan,” katanya semasa menyampaikan syarahan umum bertajuk “Peluang Orang Melayu Dalam Pembangunan dan Ekonomi Kelantan di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
 
Program tersebut dianjur Persatuan Wartawan Melayu Kelantan. Hadir sama pengerusinya, Dr Alias Mohamed dan veteran-veteran Umno serta pemimpin badan bukan kerajaan. Tengku Mahaleel berkata, bagi mereka yang pernah ke Kelantan mempunyai pandangan berbeza dan lebih positif kerana  melihat sendiri perkembangannya sekarang.
 
“Mereka yang pernah ke Kelantan melihat negeri ini dari segi pembangunan fizikalnya tidak banyak beza dengan negeri lain, malah Kelantan memiliki ciri-ciri unik yang tidak terdapat di tempat lain.
 
“Umpamanya sebahagian besar aktiviti ekonomi masih dikuasai orang Melayu dan uniknya juga kerana kaum wanita merupakan golongan peniaga yang menguasai bandar-bandar utama termasuk Kota Bharu,” ujarnya.
 
Tambah beliau Kelantan memiliki potensi cukup baik untuk menjadi sebuah negeri yang maju terutamanya dalam sektor pelancongan. Keunikan budaya masyarakat Kelantan dan kemahiran dalam bidang pertukangan emas serta perak mampu menarik pelancong untuk datang.
 
Malah kata beliau, kemahiran dalam bidang pertukangan boleh menjana ekonomi negeri ini jika diurus dengan baik dan sistematik. Beliau juga menyarankan kerajaan negeri menubuhkan pusat latihan teknikal untuk meningkatkan kemahiran rakyat supaya boleh hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
 
“Kemahiran dan kebolehan semulajadi rakyat boleh dikembangkan sekiranya mereka diberi latihan menguruskan perniagaan secara sistematik. Melalui cara ini akan dapat melahirkan ramai peniaga Kelantan yang berjaya,” katanya.
 
- /mj 


Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke