NST HINA NABI... Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub bersama timbalan dan naibnya menunjukkan akhbar NST semalam (20 Februari) yang menyiarkan satu kartun yang dianggap menghina Nabi ketika umat Islam di seluruh dunia marah kepada akhbar Jerman kerana menghina Rasulullah saw melalui kartun mereka. Beliau menunjukkan keratan akhbar itu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi. Foto Md Nasir Sudin.
| Kartun: NST pula didakwa hina Nabi |
| Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam kenyataanya berkata, PAS melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan akhbar New Straits Times semalam (20 Februari) yang menyiarkan satu kartun dimuka 20 ruangan Life & Times yang boleh disifatkan menghina Nabi. "PAS memberi amaran keras kepada NST yang menerbitkan kartun pada halaman 8 Life & Times semalam. Kartun tersebut mempunyai unsur menghina Rasul saw," kata Nasharudin dalam kenyataannya kepada Harakah.
Sehubungan dengan itu, katanya, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi jam 2 petang ini bagi membantah penyiaran itu, kata Nasharudin. NST semalam menyiarkan satu kartun yang dilukis oleh Wiley Miller bertajuk Non Sequitur. Antara perkara yang disiarkan dalam kartun itu adalah "Caricatures of Muhammad while you wait!". Nasharudin berpendapat, kartun yang disiarkan oleh NST itu mempunyai unsur penghinaan dan sengaja dibangkitkan dalam suasana protest umat Islam seluruh dunia yang semakin membara sekarang. 3 Mac hari Protes Sementara itu, PAS bersama-sama dengan gerakan Islam seluruh dunia akan menjadikan 3 Mac 2006 sebagai hari protes antarabangsa terhadap kartun yang menghina Rasulullah yang disiarkan oleh sebuah akhbar Jerman dan diikuti oleh media lain. Nasharudin Mat Isa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily
berkata, beliau telah dihubungi oleh Qadhi Hussein, Amir Jamiat Islami Pakistan bagi memaklumkan perkara itu. "Protes ini dicadangkan oleh Jamiat Islami dan saya mewakili PAS menyokong cadangan ini," kata Nasharudin. "PAS akan bersama dengan umat Islam seluruh dunia akan menjadikan hari tersebut sebagai hari protes dan perhimpunan akan dilancar di seluruh negara sebaik sahaja selesai solat Jumaat pada hari tersebut," katanya. Sehubungan itu, PAS akan mengeluarkan arahan bertulis kepada Perhubungan PAS negeri-negeri untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Perhimpunan itu, kata Nasharudin, hendaklah dibuat di sebuah masjid sahaja untuk setiap negeri bagi memastikan keberkesanannya. Semua ahli, penyokong dan orang ramai yang prihatin dengan penghinaan terhadap Rasulullah ini dijemput hadir beramai-ramai, katanya lagi. "Kempen memboikot barangan keluaran negara yang terbabit dengan penyiaran kartun itu akan
dilancarkan pada hari itu juga," katanya. |
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
