Jz nak mencelah...
Berkenaan tulisan di kad manila yg dipegang oleh wanita dlm gambar yg difwdkan.
Tanda pangkah di perkataan JGN tu seolah2 menjadikan ayat tersebut spt mensarankan Hina Rasulullah.
Harap berhati- hati ketika menulis sesuatu di sepanduk / banner....
Maksud akan jadi lain jika tersilap penulisan....
 
Wassalam...


[EMAIL PROTECTED] wrote:
Pemuda PAS anjur demo bantah NST Jumaat ini
PDF Cetak
Thu | Feb 23, 06 | 01:10:06 PM
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Setelah 24 jam berlalu dan permintaannya agar memohon maaf tidak diendahkan, Pemuda PAS mengambil keputusan membuat demo aman di perkarangan pejabat akhbar New Straits Times (NST) sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok.
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub berkata demo itu akan bermula di Masjid Abu Bakar Bangsar dan mereka akan berarak ke pejabat NST selepas itu secara beramai-ramai.
Jam 11 pagi 22 Februari semalam, Pemuda PAS mengantar surat kepada NST memohon akhbar berkenaan memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan kartun yang dianggapnya menghina Nabi Muhamad dalam akhbar itu pada 19 Februari.
Surat yang dihantar melalui mesin faks kepada Ketua Pengarang NSTP, Dato' Hishamuidn Aun itu memberikan tempoh 24 jam untuk NST berbuat demikian, jika tidak mereka akan mengadakan demo secara besar-besaran membantah kartun itu.
Tepat jam 11 pagi tadi berakhirlah tempoh 24 jam itu dan Salahudin terus menelefon Harakahdaily memaklumkan demo itu akan diadakan selepas permohonan mereka tidak diendahkan oleh NST.
Pada 20 Februari lalu, NST menyiarkan di muka 19 Life & Times kartun yang bertajuk Non Sequiter yang disifatkan sebagai menyindir pihak-pihak yang membantah kartun yang menghina Nabi yang disiarkan oleh akhbar Denmark.
Pada 21 Februari, Pemuda PAS dan beberapa pihak lain membuat laporan polis mengenainya. Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam kenyataannya kesal dengan penyiaran kartun itu.
Image
Zam - Menteri Penerangan
Nasib NST
Sementara itu, nasib NST kini bergantung kepada Kabinet kerana menurut Menteri Penerangan, Dato' Zainudin Maidin (Zam), Kabinet telah membuat keputusan mengenainya.
Sebelum ini, kerajaan telah menggantung permit Sarawak Tribune dan Guang Ming kerana menyiarkan semula kartun yang menghina  Nabi yang diterbitkan oleh sebuah akhbar di Denmark.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas TV3 sedangkan Harakahdaily difahamkan, Buletin Utama TV3 turut menyiarkan semula kartun itu.
Zam pula telah mencadangkan dalam Mesyuarat Biro Penerangan Umno agar pengarang kanan NST dipecat kerana gagal melaksanakan agenda Umno di akhbar itu.
Cadangan itu disokong oleh dua anggota lain namun Pengerusinya, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib menolaknya dengan alasan forum lain perlu dicari untuk membuat cadangan sedemikian.
Perkara ini disahkan oleh Dato' Kalimullah Masyeerul Hassan, bekas Ketua Pengarang NSTP dalam tulisannya di NST sendiri.
Pengarang Kanan NST juga turut ditekan oleh beberapa pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang tidak berapa menjaga kepentingan Umno tetapi lebih mementingkan profesionalismenya sebagai wartawan.
Kumpulan NSTP pula sedang menjalankan Skim Bersara secara sukarela (VSS). Namun, majoriti yang memohon dari NST adalah pengarang dan wartawan kanan berbangsa Melayu.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke