Maafkan aku kerana mengabaikan dirimu untuk sekian lamanya. Mungkin aku bersalah padamu namun berilah peluang untuk aku berterus terang? Aku tidak pernah membenci dirimu apalagi mahu menyakiti mu dengan sengaja. Namun terus terang aku katakan rindu ku padamu makin pudar. Semakin tawar. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin.. aku sebenarnya buta dan tidak kenal erti cinta sejati.
Maafkan aku kerana mengabaikan dirimu untuk sekian lamanya. Mungkin aku bersalah padamu namun berilah peluang untuk aku berterus terang? Aku tidak pernah membenci dirimu apalagi mahu menyakiti mu dengan sengaja. Namun terus terang aku katakan rindu ku padamu makin pudar. Semakin tawar. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin.. aku sebenarnya buta dan tidak kenal erti cinta sejati. Aku harap sudilah mendengar ceritaku disini. Semasa ibuku tenat aku sering menemaninya di hospital. Semasa dia menghembuskan nafasnya aku tiada di sisi. Aku masih di kampus waktu itu. Pilunya hatiku. Sepanjang perjalanan pulang, aku menangis tak henti hingga bengkak mataku. Kenangan lalu bersama ibu terpampang sepanjang perjalanan. Mulutku tidak henti henti membaca segala ayat yang aku hafal. Doa ku iringkan.. Waktu itu seakan dunia ini gelap gelita tiada cayaha dan musnah segalanya. Ibuku tempat berkasih dan bermanja telah pergi buat selamanya. Tidak perlu aku terangkan betapa cintaku pada ibu jauh lebih hebat dari cintaku padamu. Hingga saat ini, bila teringatkan ibu, airmataku mengalir tumpah. Bila terlihat iras wajah ibu.. aku menangis lagi. Hanya surah dan doaku panjangkan buat ibu. Aku mohon maaf kerana melebihkan ibuku. Tidak terlintas di hati ini untuk melupakan dirumu. Aku tahu tanpa mu siapalah diriku. Namum aku mengaku, walau namamu sering disebut orang, sering disebut teman pejabat, aku tidak merasakan kehilanganmu. Sedikit pun aku tidak terasa. Kau berada jauh.. terlalu jauh. Aku tahu, itu bukan alasan untuk tidak mengingati dirimu. Maafkan aku.. aku tidak menangis walau teringatkan mu. Aku tidak pilu. Bersalahkah aku? Sewaktu satu dunia menyebut namamu yang mahsyur.. aku tidak juga menangis.. tapi waktu itu aku teringatkan dirimu. Maaf, tiada airmata untukmu. Bukan aku tidak cinta.. tapi aku sendiri hairan.. mengapa pilu tidak menyelubungi sebagaimana aku terkenangkan ibu. Walaupun aku kekadang teringat.. aku tidak terasa kehilanganmu! Maafkan aku atas surat terbuka ini. Sebenarnya aku malu pada mu. Aku sedar sekarang betapa cintaku kepada mu hanyalah mainan bibir. Aku tidak sungguh sungguh mengasihi dirimu. Aku sangat berharap aku tidak terlambat. Insyaallah, aku akan berusaha menurut segala kemahuan mu demi cinta dan kasihku. Aku sedia berkorban segalanya demimu. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasmu dan memberkati usaha ku dalam menyintai dirimu. Maafkan aku Muhammad. Bukan niatku untuk mempersendakan mu Muhammad.. tetapi apakan dayaku. Aku mengaku, cintaku padamu tidak sehebat aku cintakan suamiku. Tidak sehebat cintaku pada ayah dan ibu. Cintaku pada dunia mungkin lebih besar dari cintaku pada dirimu. Maafkan aku Muhammad. Aku sering terlupa padamu. Bukan niat untuk membenci atau sengaja melupakan mu tetapi aku lebih rindukan kenangan manis bersama kekasih lama, aku lebih rindukan saat bermadu kasih bersama suamiku. Aku sangat rindukan arwah ibuku. Aku akan berusaha mencintai segala yang kau ajarkan. Segala sunnahmu. Insyaallah. --------------------------------------------------- Dikirimkan oleh hamba Allah ke www.utusan.net ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
