Mengejar impian sebuah negara cemerlang, gemilang dan terbilang
 
Salam ukhuwah kepada semua rakyat Malaysia. Sejak akhir – akhir ini kita dikejutkan dengan berbagai – bagai peristiwa bencana alam yang menyentuh jiwa dan menyedarkan kita semua betapa hampirnya Hari Kiamat dengan kita semua. Namun masih ada lagi yang masih berpoya – poya dengan dunia yang sementara tertipu dengan helah terpedaya dengan mainan dunia iaitu wanita, harta dan darjat yang menjadi fitnah utama manusia di dunia. 
 
Usahlah kita menunggu matahari terbit daripada barat barulah kita hendak insaf dan pada hari itu segalanya telah terlewat. Saya memikirkan langkah – langkah untuk mengatasi masalah ini dan mengharapkan cadangan saudara – saudara semua dalam membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sana.
 
Langkah – langkah yang perlu kita ambil ialah penguatkuasaan sepenuhnya oleh kerajaan melalui keseragaman seluruh negara Undang – undang Keluarga Islam Malaysia yang mana undang – undang itu mewajibkan semua wanita yang cukup umur atau 15 tahun ke atas  memakai tudung dan berpakaian sopan di tempat awam supaya tidak menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat. Sekiranya ada yang melanggar undang – undang ini dendanya sebanyak RM1,000.00 dikenakan ke atas keluarga di atas kecuaian atau gagal mendidik anak – anak yang cukup umur berkelakuan sopan di khalayak ramai di samping kaunseling atau tarbiah diberikan kepada yang salah laku dan keluarga. 
 
Mungkin ini sahaja caranya untuk mengelak daripada berlakunya kes – kes rogol yang berleluasa di negara ini. Sanggupkah kita melihat anak – anak kecil yang masih belum mengenal dunia  dilakukan sebegitu keji oleh manusia yang bertopengkan binatang melepaskan hawa nafsu binatangnya kerana hilang akal dan kawalan dek kerana faktor persekitaran yang mendorong ke arah berlakunya jenayah itu. Inilah sahaja caranya bagi mengurangkan masalah ini dari terus berleluasa di samping kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi melihat anak – anak kecil kita terus hidup di dalam sebuah negara yang diimpikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang atau sebuah negara Utopia diwujudkan.
 
Inilah saja caranya bagi membendung masalah ini namun masalahnya perlaksanaannya tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada anda semua. Sebagai sebuah negara Islam kita sepatutnya mendidik anak – anak kita dengan Ilmu yang berteraskan akhlak Islam dan bukannya meniru budaya barat dengan berpakaian tidak senonoh, berkelakuan bebas bercampur lelaki dan perempuan di sana sini mencari kebebasan yang sementara di dunia. Ini ialah tanggungjawab pemimpin dalam membentuk pemikiran dan akhlak muda – mudi agar menjadi masyarakat yang berguna untuk negara. Dalam membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang kita perlu mendidik pemikiran anak-anak muda kita ke arah yang sepatutnya iaitu membawa anak-anak muda kita ke jalan yang benar, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah bukannya lebih terjerumus kepada kepentingan duniawi yang hanya sementara. 
 
Untuk menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kita hendaklah menubuhkan satu gerakan yang dinamakan “Gerakan Pemuda Islam Malaysia (GPIM)”  yang mana gerakan ini ditubuhkan bagi memantau dan melaksanakan aktiviti – aktiviti belia-belia Malaysia mengikut syariat yang ditetapkan. Tugas utama GPIM ialah menyampaikan dakwah/kefahaman kepada belia tentang padahnya perkara-perkara  mungkar yang berleluasa, mencegah maksiat yang berleluasa (amal makruf nahi mungkar) iaitu menggalakkan melakukan aktiviti – aktiviti yang berfaedah mengikut syariat yang ditetapkan tiada percampuran di antara lelaki dan perempuan yang seterusnya melahirkan pemuda tiang negara pemudi harapan bangsa dan membentuk sebuah negara Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 
 
Ini semua memerlukan sokongan daripada semua pihak agar semua masalah sosial dapat diselesaikan dengan jayanya. Semua yang berlaku akan terus berlaku selagi langkah drastik tidak diambil oleh pihak kerajaan dan cita – cita untuk mencapai Wawasan 2020 akan menjadi nyata dengan maruah bangsa Melayu tergadai dengan gaya hidup moden yang tidak bermaruah. Tiada lagi akhlak/nilai murni seorang Muslim sejati dalam diri yang ada sifat tamak dengan dunia yang membelakangkan hukum agama untuk mencapai darjat  di dunia mengenepikan maruah bangsa dan agama. Langkah drastik yang perlu diambil oleh kerajaan ialah membentuk akhlak remaja sekarang dengan didikan agama sepenuhnya dengan penguatkuasaan Undang-undang Keluarga Islam secara seragam di seluruh negara bagi mengiktiraf negara kita Islam sebagai agama rasmi negara. Jika tidak masalah sosial ini akan terus berlaku dan pada masa akan datang masalah ini akan terus membelenggu negara dengan pelbagai masalah di luar jangkaan akan berlaku di sebalik bala Allah yang akan menimpa. Maka ingatlah, dunia ini milik Allah sekiranya Allah murka bukan sahaja di dunia di sana juga kita akan rugi buat selama-lamanya.
 
 
“Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingatkan mati.”   
 


Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke