Mutiara Kata

   *    Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.  
      *    Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.  

      *    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.  

      *    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu. 

      *    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.  

      *    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada  
           musuhnya sendiri.  

      *    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan  
           hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.  

      *    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu 
           lawan & yang mana satu kawan.  

      *    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, 
           menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki  
           yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.  

      *    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada  
           dikesani oleh orang lain.  

      *    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak  
           mengejar nama.  

      *    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.  

      *    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap  

      *    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda  
           sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.  

      *    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang  
           terhadap kesilapan mereka.  

      *    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah  
           kapal yang besar.  

      *    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. 

      *    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau  
           beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan  
           seumur hidupnya.  

      *    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.  

      *    Imaginasi menguasai dunia.  

      *    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai  
           peluang untuk menjadi pandai.  

      *    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya. 

      *    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak  
           menjadi pembaca terlebih dahulu.  

      *    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.  

      *    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah  
           suara yang paling merdu di dunia.  

      *    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada  
           orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada  
           kemiskinan mereka.  

      *    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara  
           yang anda suka.  

      *    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya  
           daripada beliau mencintai lelaki tersebut.  

      *    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang  
           ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.  

      *    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda  
           dan lupakan masa silam. 

      *    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar. 

      *    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana  

      *    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan  
           sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain  

      *    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu  
           matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari  

      *    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa  
           yang anda dapat. 

      *    Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus. 

      *    Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang  
           dimiliki  

      *    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda  
           masih mempunyai masa depan. 

      *    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan  
           mengenal kemanisan. 

      *    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk  
           membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad 
           kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai  

      *    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas  
           ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai  
           dengan minatnya. 

      *    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat. 

      *    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah. 

      *    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup. 

      *    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan. 

      *    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada  
           kemenangan terhadap orang lain. 

      *    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar  
           tetapi tidak melakukannya. 

      *    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya. 

      *    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama  
           daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya. 

      *    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan. 

      *    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda  
           boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu  
           memikirkan masa depan anda. 

      *    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting 
           bagaimana keadaan kita semasa hidup. 

      *    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama. 

      *    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda  
           perlindungan dengan tidak memusnahkannya. 

      *    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi  
           alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah  
           hinaan kepada Allah. 

      *    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini. 

      *    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca  

      *    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah 
           bahawa masa depan masih ada.  

      *    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak 
           pada diri manusia  

      *    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita  
           belum kecapi kejayaan yang orang lain capai  

      *    Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang  
           yang gagal terus gagal  

      *    Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan  
           dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas  
           apa yang berlaku  

      *    Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada  
           yang berlidah manusia  

      *    Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk  
           kita rasai nikmatnya.  

      *    Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan  
           kegagalan  

      *    Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula  
           jatuh ke bumi  

      *    Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak  
           membuktikannya melalui perlaksanaan. 

      *    Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi  
           sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan. 

      *    Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya 
           dirinya ditipu. 

      *    Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan  

      *    Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya. 

      *    Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama  

      *    Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas  
           kemusnahan dan kematian  

      *    Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita 
           & kejayaan  

      *    Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat  

      *    Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya 
           kecacatan atau kekurangan  

      *    Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya 
           terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri  

      *    Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri  
           anda yang sebenar  

      *    Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api  
           di dalamnya kita terbakar  

      *    Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan 
           akan menamatkan manusia  

      *    Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya  

      *    Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya  

      *    Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan  

      *    Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah 
           daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri  

      *    Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya 
           ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang 
           kita usahakan  

      *    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran  
           yang datang. 

      *    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan 
           beroleh apa yang kita hajati. 

      *    Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit. 

      *    Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa  
           kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.
     
     

Disediakan oleh Mohd Azlan 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke