| Modul PLKN: Minta maaf kepada Nik Adli secara terbuka |
Ahmad Awang terkejut dengan pengesahan PLKN yang menggunakan gambar Nik Adli sebagai simbul pengganas di negara ini padahal beliau tidak pernah diadili. Nik Adli, anak kepada Mursyidul Am PAS telah ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kemunting sejak lebih empat tahun lalu. Gambar beliau telah digunakan sebagai simbul keganasan dalam modul latihan PLKN. Perkara ini disahkan oleh pihak pengurusan PLKN kepada Exco Pemuda PAS dalam lawatan mereka ke pejabat PLKN sebelum ini. Bagi Ahmad Awang, langkah ini bertujuan untuk menanamkan kebencian Tuan Guru Nik Aziz, PAS dan Islam di kalangan pelatih PLKN. "PAS menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz macamana boleh dikatakan anaknya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang telah mengenakan hukuman sedemikian," Ahmad Awang kepada Harakahdaily. Perkara ini, katanya, tidak pernah di bawa ke mana-mana mahkamah dan hanya agenda Umno sahaja untuk memburukkan PAS. Jika benar, pemimpin Umno hadhari, maka berdepanlah dengan PAS secara profesional dan jangan membuli pihak yang terkurung dan tidak boleh membela diri, katanya. |
Yahoo! Photos NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
