| Apa hak MB Kedah gunakan jet peribadi? |
| Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Haji Mahfuz Omar yang juga Ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa, Mahdzir pada 17 Februari lalu telah ke Mesir atas satu lawatan menemui pelajar di sana menggunakan penerbangan biasa, bagaimanapun difahamkan
diberi keistimewaan menggunakan jet peribadi ketika pulang. "Dari maklumat yang saya terima, jet peribadi ini berlepas dari Kuala Lumpur dengan membawa enam penumpang dan membawa pulang Mahdzir, isterinya dan seorang lagi individu dalam penerbangan itu. "Apa yang menjadi persoalannya adalah, setahu saya, penerbangan menggunakan 'private jet' ini hanya layak digunakan oleh Perdana Menteri dan Timbalan perdana Menteri sahaja, bagaimanapula seorang Menteri Besar boleh berbuat demikian," soal Mahfuz. Tambahnya lagi, jika ada keperluan untuk maa-mana penerbangan menggunakan jet peribadi, ia hendaklah mendapat kelulusan dari Perdana Menteri. Justeru tegasnya, atas alasan apa Perdana Menteri telah membenarkan Menteri Besar Kedah itu menggunakan jet tersebut? Siapa yang membiayai kos penerbangan? Jika ada pihak lain selain kerajaan yang mebiayainya, kenapa pihak itu
membiayainya atau ada sesuatu di sebalik pembiayaan tersebut. Mahfuz mendedahkan keistimewaan yang dikecapi Mahdzir itu ketika menyampaikan ceramah sempena majlis perasmian Konvonsyen PAS Kawasan Kubang Pasu di Kampung Tok Kesop, Jitra. Menurutnya lagi, isu penggunaan jet peribadi oleh Mahdzir ini juga meniti dibibir pimpinan Umno di negeri ini yang turut mempersoalkan kewajaran penggunaan jet tersebut. Mahdzir pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah masih Timbalan Perdana Menteri. Adun Pedu itu dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Dato' Seri Syed Razak Syed Zain pada 28 Disember 2005. "Nampaknya dah dua kali keluar negara, baru berapa bulan sahaja naik jadi Menteri Besar, dia lebih berminat untuk berjalan dari menangani permasalahan rakyat," tegas Mahfuz lagi. Turut sama dalam majlis Konvensyen adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman, Yang Dipertua PAS Kubang Pasu, Dr. Abdul Isa Ismail serta pimpinan PAS Kawasan yang lain. Hari ini, (8 Mac) konvensyen diteruskan dengan program motivasi kepada pimpinan muslimat pada jam 2.00 oleh Naib Presiden PAS, Dato' Dr. Hassan Ali yang turut akan menyampaikan ceramah sebelah malamnya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Haji Amiruddin Hamzah. Majlis penutup konvensyen diadakan pada 9 mac ini
dengan membariskan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu bersama Saifuddin Nasution Ismail mewakili Parti KeADILan Rakyat yang akan menyampaikan ceramah di Tok Kesop bermula jam 9.00 malam. |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
