HENDAK KE MANA ANDA? (WHITHER GO YE?)  11

Mungkin anda pernah mendengar 'teori' evolusi.  Kononnya manusia
berasal daripada beruk dan kera.

Pihak yang mempropaganda teori ini mempunyai motif lebih besar
daripada sekadar menegakkan 'kebenaran saintifik' mereka dan untuk
menolak aliran yang meyakini 'penciptaan' oleh yang Maha Kuasa.

Ini kerana jika manusia setaraf atau sebangsa dengan haiwan, manusia
tidak mempunyai tanggungjawab kepada Pencipta.  Manusia  tidak perlu
panduan Ilahi, manusia boleh berfikir dan menentukan cara hidupnya
sendiri.

Falsafah atau pandangan berkenaan amat sesuai dengan orang kafir yang
tidak menerima hidayah Ilahi.  Memang cara hidup mereka  tidak jauh
bezanya dari  haiwan.

Amat layak bagi haiwan,unggas dan orang kafir hidup untuk "makan, cari
makan, berehat, berhibur, tidur."

Bagi mereka…

….   hidup hanya sekali..enjoy lah puas-puas nanti menyesal kalau tak enjoy.

...Mana ada dosa pahala!

...Mana ada siksa kubur!

...Mana ada padang mahsyar dan titian sirat!

...Mana ada syurga neraka!

Mereka tak tahu kenapa mereka dijadikan. Mereka tak kisah siapa
Pencipta mereka.

Mereka tak nampak apa yang mereka boleh buat dalam kehidupan selain
berhibur dan bersukaria.

Cari makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Itu saja.

Itulah menjadi rutin hidup mereka..hari ke minggu ke bulan ke
tahun..sehingga maut menjemput mereka.

Tapi kita bukan haiwan, bukan unggas dan orang kafir jauh sekali.

Hidup kita pasti berlainan!

Cuba fikir mendalam sekejap.  Pejam mata dan bayangkan…

…Haiwan tu dicipta oleh Allah untuk "makan, cari makan,berehat,
berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati .. tamat cerita."

Itulah kisahnya lembu dan ayam daging, hidupnya untuk makan, minum
bersukaria, bila sampai masanya.. disembelih..tamat riwayat, habis
kesah!

Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat dan patut buat di
dunia ini? Betul ke 'tamat cerita' bila kita mati?

Bersambung inshaAllah.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke