Assalamualaikum...
saya hanya memanjangkan cerita ini
klu ingin membantu sila baca artikel sehingga akhir
klu tak sudi membantu jgn komen apa2 pada saya kerana saya tak bersalah
yg pasti "Aiman Tak Kisah !"



CERITA INI ADALAH SEDIKIT SEBANYAK PENGALAMAN YANG AKU LALUI SEWAKTU AKU BERADA DI PERANTAUAN
LEMBARAN INI AKU DEDIKASIKAN KHAS BUAT SEORANG SAHABAT KU YANG SELALU AKU INGATI
<?xml:namespace prefix == o />
Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada saya yang berada jauh di perantauan untuk semua tetamu yang saya hormati, disini saya kenalkan diri saya Idham Hakimi yang kini berada jauh dari tanah air tumpah darah saya iaitu <?xml:namespace prefix == st1 />Malaysia yang tercinta.
Dalam perantauan yang saya lalui selama ini banyak membuka minda dan memberi perhatian terhadap alam sekeliling di mana tempat, keadaan, kehidupan, kawan-kawan seperjuangan dan kerenah-kerenah rakyat tempatan.
Apa yang ingin saya kongsi bersama-sama dengan anda semua para tetamu yang saya hormati adalah masalah kewangan dan taraf ekonomi yang bakal kita tempuhi dimasa akan datang. Dalam menempuhi kehidupan di perantauan ini banyak sudah negara-negara yang saya jelajahi terutamanya di negara-negara teluk, timur tengah dan beberapa buah negara Eropah dimana kalau di campur semua sudah cukup sepuluh (10) tahun saya berada di luar Malaysia dengan tujuan mengenal dunia luar dan mengumpul duit untuk menampung kos sara hidup keluarga yang kian meningkat hari demi hari. Namun sampai bila saya mampu bertahan sebegini, saya terpaksa meninggalkan keluarga tersayang di kampung (Malaysia) dan merantau seorang diri ke negara-negara itu. Tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga membuat saya terpaksa keluar untuk mencari rezki untuk menyara hidup keluarga yang sentiasa dirindui.
1999 adalah tahun bermulanya penghijrahan saya dari Malaysia ke dunia luar yang tanpa jalan penyudahnya. Negara yang mula-mula saya jejaki sewaktu itu adalah Arab Saudi, di sana saya berada selama setahun dan berpindah ke Sudan untuk jangka masa yang sama, dalam ketika itu negara kita masih kalut dengan masalah kejatuhan ekonomi yang begitu sukar dipulihkan dan kesannya masih lagi terasa sekarang ini. Dalam keadaan itu saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya masih lagi diberi perkerjaan dengan pendapatan yang tak seberapa jumlahnya dan masih lagi mampu menyara hidup anak isteri saya di Malaysia yang kian hari makin meningkat kos sara hidup.
Namun langit tak selalu cerah, matahari tak selalu bersinar, bulan tak selalu terang begitu juga dengan hidup kita yang kita lalui setiap hari. Dalam jangka masa setahun lebih saya di Sudan kontrak saya ditamatkan atas dasar syarikat yang mengendalikan projek itu menarik diri dari meneruskan pembinaan itu kerana perang yang melanda Sudan waktu itu dan saya terpaksa berhijrah ke satu negara di lingkungan negara-negara teluk yang tak perlu saya nyatakan di sini akan tetapi kedudukannya amat strategik kalau kena pada keadaan dan dasar pembangunannya.
Di negara nih saya di tindas, seolah-olah kaum pendatang yang datang berkerja disini adalah hamba-hamba mereka tak kira orang dari barat, dari benua Amerika dan sebagainya, mereka akan pandang kita sebagai hamba-hamba mereka, dan yang paling saya terharu kepada mereka-mereka yang datang dari negara dunia ketiga yang mana matawang mereka terlalu kecil untuk dibandingkan dengan 1USD. Mereka ini dijadikan hamba dalam bentuk perkerjaan yang mana passport mereka di pegang oleh majikan dan wang upah atau gaji di kira dalam kadar harian iaitu lebih kurang RM 20.00 sehari kemudian di beri tempat tinggal tak ubah macam kandang lembu. Apa yang saya maksudkan kandang lembu adalah satu bilik seluas 10’ X 10’ boleh memuatkan seramai 6 orang, cuba saudara-saudari bayangkan betapa seksanya kehidupan di negara ini.
Penyeksaan seumpama ini adalah biasa bagi negara ini, kerana ketua atau peneraju negara dan ahli kabinet adalah dari kaum keluarga sendiri termasuk sanak saudara dan ipar duai, tak kira dimana dan apa sahaja jabatan kerajaan dikuasai oleh para puak-puak (tribes) mereka, dan paling unik undang-undang yang mereka kuatkuasakan adalah permit tinggal dinegara mereka, dan untuk mendapatkan permit kita harus ada penjamin iaitu rakyat tempatan yang akan membolehkan kita memohon permit kerja selama setahun, dan sekiranya kita tidak mempunyai penjamin kita hanya dibenarkan untuk berada dinegara mereka selama 3 minggu itu adalah maksima waktu yang di berikan kepada setiap seorang.
Saya juga bersyukur masih lagi mampu mencari rezki di negara ini, namun kehidupan disini memang tak seindah negara-negara sebelum ini.
Disini saya berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia yang dah agak lama berada dan menetap disini, saya cukup gembira bila berjumpa dan berkenalan dengan rakyat dari negara sendiri, bila ditanya sudah berapa lama dia berada disini, jawapannya ringkas dan selamba baru nak masuk 3 tahun.
Melihat sikap Hamba Allah, yang selepas ini akan ku panggil sahabat, dengan seraut wajahnya, pasti ada sesuatu yang tersirat. Renung matanya..aku tahu ia juga seperti aku bertapa rindu kepada gelak tawa anak isteri dan keluarga tercinta. Wajah nya ceria.. bagai dibuat-buat dan mengenali dia dirantau orang memudah urusan aku untuk melakukan kerja-kerjaku. Sebulan bersama nya aku cuba mendekati apa yang tersirat didalam hati dan fikiran nya, lama dia termenung, entah apa yang bermain difikirannya bagaikan tidak wujud aku di situ . Hanya kedengaran  satu keluhan tanpa bicara, yang pasti mungkin ada sesatu yang tidak mampu hadapi.
Ia beban selagi daya termampu, dan akhirnya terluah juga penderitaan yang ditanggungnya selama ini. Akhirnya dia menceritakan apa yang bermain dihati nya selama ini.
Ooo..rupanya dia seperti aku juga merantau mencari rezki..untuk keselesaan kehidupan orang-orang tersayang... katanya dah 3 tahun dia tak balik Malaysia.. kerana karenah dan undang-undang di negara Islam.. di sini baru aku sedar..hilang sudah sikap penyayang..bantu membantu  dalam jiwa rakyat Malaysia yang sebangsa dan seagama...
Menurut sahabat ku..kontraknya telah tamat 2 tahun yang lalu, akan tapi dia tidak dapat untuk pulang atau keluar dari negara ini kerana menanggung beban hutang dengan sebuah institusi kewangan di sini. Sahabat ini ibarat menolong anjing tersempit akhirnya dirinya sendiri yang terhimpit dan menjadi pelarian di negara Islam , sedangkan Islam  sentiasa menganjurkan sikap penyayang, tolong menolong, bantu membantu. Namun begitu penganayaian sesama insan dan sesama agama masih terjadi disini,   apa yang di war-warkan selama ini semuanya hanya di atas kertas atau di forum-forum agama sahaja bukan untuk di implemantasikan oleh mereka ini.
Sepanjang tempoh beliau bertugas di negara ini sahabat  telah menjamin seorang kawan sekerjanya yang sama-sama bertugas di negara ini,  membuat pinjaman bagi membiayai kos perubatan anaknya yang mengidap leukimia. Hati siapa yang tidak terusik  bila mendengarnya, lantas sahabat tanpa banyak soal sanggup menjamin kos pinjaman perubatan  bernilai  RM 100,000.00.  Cukup besar nilainya untuk setiap orang dan siapa sahaja, namun sahabat ku ini tidak pernah berwasangka buruk, dia rela untuk menjadi penjamin pada kawannya itu. Sebaik sahaja pinjaman yang di pohon oleh kawannya diluluskan Hamba Allah itu pulang ke tanah air untuk bercuti selama seminggu dengan membawa pulang wang yang dipinjamnya itu. Tapi apa yang malang menimpa bagi sahabat ku ini, sesampai sahaja Hamba Allah itu ke tanah air beliau terus mendiam kan diri dan hilang tanpa berita.  Itulah sikap yang tidak dijangka kata sahabatku ini.
Namun begitu sahabat ku ini tak banyak bicara hanya mengandaikan sahaja kawannya itu pulang bercuti dan menguruskan hal anaknya yang perlukan rawatan lanjut nanti bila semua sudah selesai kawannya itu akan kembali bertugas itu anggapannya pada si Hambba Allah tadi. Namun begitu sebulan sudah berlalu dan bulan kedua pun hampir kepenghujung dan bulan pun berganti bulan Hamba Allah itu tidak juga muncul-muncul dan tibalah masa sahabat ku ini dimana rezeki Allah menyatakan sahabat ini tugasnya di sini sudah sampai kepenghujung dan kontraknya akan ditamatkan dan harus keluar dari negara ini. Segala persiapan dibuat untuk pulang katanya kerana perkhidmatannya sudah tidak diperlukan lagi disini.
Membantu orang rupa-rupanya menangungg beban orang lain yang akhirnya diri sendiri  terperangkap, namanya telah disenarai hitam kerana menjadi penjamin dimana Hamba Allah yang membuat pinjaman tadi gagal menjelaskan pinjaman yang dibuatnya itu. Sahabat ku ini menjadi jaminan lalu dirinya dijadikan cagaran.  Rupanya telah hampir 2 tahun sahabat ini menderita tanpa sebarang pekerjaan tetap..setakat..untuk makan minum sahaja.. dengan kos hidup yang tinggi sewa bilik mencecah ribuan ringgit..segalanya..mahal. Bukan tidak berusaha..mencari kerja yang lebih baik.. tetapi undang-undang di negara tersebut tidak mengizinkan..sebab seperti yang telah di jelaskan tadi.  Berjumpa dengan kedutaan Malaysia dengan harapan boleh membantu kurang-kurang memberi jaminan..hutang itu akan dibayar di Malaysia sebab institusi ini mempunyai cawangan di merata-rata dunia apatah lagi Malaysia, apa jawab mereka..itu soal peribadi kami tidak boleh tolong.  Rakan-rakan dan sahabat-sahabatnya dahalu kini sudah tiada lagi, masing-masing cuba menjauhkan diri....orang dah tiada sebarang pekerjaan..nanti menjadi beban pula, sahabat ini juga berkelulusan dan berkelayakan seperti saya.. namun dia tidak mampu untuk mendapat pekerjaan kerana terikat dengan prosidur dan undang-undang negara itu...  dirinya kini dan kehidupannya hanya atas ehsan saya dan 2-3 orang rakan-rakan lain, kami hendak membantu kami pun sama... tidak mempunyai kewangan yang banyak.
Yang paling menyedihkan bila sahabat ini bercerita, beliau menjadi ”Freelance Consultants” perunding bebas untuk sebuah syarikat yang diasaskan di tanah air sendiri tapi beroperasi negara jiran, kata sahabatku dia tidak memohon kerja dengan syarikat ini tetapi dia dipanggil untuk menjadi perunding syarikat ini, dia amat bersyukur dan berdoa semoga rezkinya dipanjangkan, walaupun dia dibayar dengan kadar yang terlalu murah untuk dibandingkan dengan pengalamannya tapi dia cukup puas hati dengan pendapatannya itu. Tapi apa yang aku fikirkan adalah lain dari cara pemikiran dia, aku kagum dengan kesabaran dia, bagi ku ini adalah satu diskriminasi penganayaan dengan mengambil kesempatan ke atas orang yang terdesak, ilmu diperah secukupnya.. tempat tinggal diberi cuma katil bersaiz bujang bertingkat dan almari plastik,  satu bilik bersize 10X10 dikongsi dengan 4 orang yang berlainan bangsa dan keturunan, cuba anda bayangkan betapa sabarnya sahabat ku ini, mungkin itu salah satu cara untuk mengurangkan kos syarikat, tapi apa yang memilukan aku, sahabatku ini  diberhentikan kerja tanpa sebarang notis, seawal pagi beliau sampai ke pejabat, pegawai syarikat itu terus memberitahunya bahawa perkhidmatan awak dengan syarikat kami, tidak diperlukan lagi awak diberhentikan kerja berkuatkuasa hari ini juga dan sila kosongkan bilik dan tempat tinggal anda. Inilah apa yang saya pelajari sikap angkuh rakyat kita yang berada diluar sana, sedihkan? Cukup  memalukan... belum lagi sahabat membuka mulut untuk meminta sebarang pertolongan.
Khabarnya kepada aku dalam masa setahun kebelakangan ini, tiada sebarang nafkah atau wang ringgit yang mampu beliau hantar untuk membiayai persekolahan anak-anaknya, ..entahla.....sedih bila aku mendengar cerita sahabat ku ini , keluarganya di kampung pun bergantung hidup dengannya, dia di ibaratkan sebagai sumber kewangan untuk  keluarganya dikampung.
Masa makin suntuk, andainya sahabat tadi tidak keluar dari negara tersebut selewat-lewatnya Mei 2006 ini dia akan ditahan dan akan didakwa sebagai pendatang haram selain itu dia juga akan dikenakan denda sebanyak RM 500.00 sehari kerana melebihi tempoh berada didalam negara itu. Cukup kesian dengan apa yang akan diatanggung selepas ini.
Apa yang saya lihat dan perhatikan disini tiada satu pun ikhtiar dari rakyat kita sendiri yang berada disana datang untuk membantunya atau rakan-rakan yang lain mungkin senasib dengan sahabat   saya ini, yang saya lihat semua makin menjauhkan diri serta ada pula yang mencacinya lagi dan yang paling pasti masing-masing mementingkan diri sendiri. Semuanya jauh berbeza tak seperti apa yang selalu diwar-warkan selama ini.
Ini berlaku pada sahabat saya yang saya kenali, andai kata perkara ini terjadi pada diri atau adik beradik kita bagaimana jawapannya tidak tahula.
Dalam perbualan saya dengannya tempoh hari, dia bagaikan tidak mampu berkata apa lagi, selain menyerahkan segalanya pada takdir, tapi dia masih sabar, berikhtiar dan masih tak berputus asa, mencari kerja walau tahu undang-undang disana tidak mengizinkannya berbuat demikian, bagi sahabat ku ini kerja untuk makan minum dan tempat tinggalnya sahaja, tapi selepas ni apa akan jadi padanya susah nak diceritakan.
Ini juga salah satu ikhtiar saya untuk membantunya, yang pasti dia sedikit pun tidak mengetahui tahu ikhtiar yang saya lakukan ini terhadapnya kerana saya tak sanggup untuk melihat dan membiarkan hidupnya berterusan begitu, sebak sedih bila melihatkan keadaan dirinya sendirian disana tanpa saudara mara dan keluarga.
Sungguh malangkan, rakyat kita bangsa kita, bila dirantau orang hilang sikap bantu membantu dan penyayang. Andai yang empunya diri yang melarikan diri dari tanggungan hutang tersebut ada membacanya, insaflah jangan jadikan diri orang lain sebagai tempat galang ganti untuk kesenangan diri sendiri.
Pupukla rasa simpati, insani, bantu membantu, Allah nampak yang kita buat..dermala..seikhlasnya , mungkin bukan sekarang balasannya..mana tahu ada anak cucu kita akan mengalami perkara yang sama, Insyallah masa..tu Allah permudah kan pula untuk mereka.
Pemilik Akaun : Maharani Bt Ab Rahman
Nama Bank : HSBC
No Akaun :  364104273108
 
[EMAIL PROTECTED]


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




----------------------------------------- (on mail)

email-body was scanned and no virus found
---------------------------------------------------------

Kirim email ke