|
Ulama muktabar dari empat mazhab
berijtihad boleh bersolat hajat, serta hadis dhaif itu (solat hajat) diangkat
kepada darajat hasan kerana berpandukan hadis sahih tentang niat (Segala amalan
dengan niat, kita dapat apa yg kita niatkan).
Begitu juga kisah dari hadis dhaif
tentang solat taubat.
Saudara perlu belajar tentang ulumul
hadis, bukanlah ulama muktabar kita berijtihad sembarangan.
Afwan.
----- Original Message -----
Sent: Thursday, March 09, 2006 9:19
AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Solat
Hajat ,adakah disyariatkan??
APAKAH SOLAT HAJAT
DISYARI'ATKAN? -----------------------------------
Ibadah yang
diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah ibadah yang dikerjakan
semata-mata ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala dan ianya mengikuti
(ittiba') sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang thabithah. Oleh
itu sebelum sesuatu amal ibadah itu dikerjakan termasuk juga solat sunat
Hajat ini, sewajarnya kita menyelidik terlebih dahulu adakah benar ianya
telah diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Lazimnya
dalil yang dipergunakan untuk mengsyari'atkan solat sunat hajat ini adalah
hadis-hadis yang berikut:
عَنْ فَائِدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ
إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ
ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ... قَالَ أَبُو
عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَفِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ فَائِدُ بْنُ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ وَفَائِدٌ هُوَ أَبُو
الْوَرْقَاءِ
Dari Faaid bin `Abdurrahman dari `Abdullah bin Abi Aufa,
dia berkata telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
"Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang
bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya
kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia
menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,
kemudian dia mengucapkan doa… Menurut Abu `Isa ini adalah hadis
Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin `Abdurrahman yang
dha'if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa'. (Hadis
riwayat Imam al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, hadis no: 441) dan juga
Imam Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 1374).
Hadis di
atas ini berstatus dha'if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya
terdapat Faaid bin `Abdurrahman Abu al-Waruqa' dan beliau telah dilemahkan
oleh ulama' hadis seperti Imam al-Tirmidhi, Imam `Abdullah bin Ahmad, Imam
Ibnu Ma'in, Imam Abu Dawud, Imam al- Nasa'i, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim,
Imam Ibnu Hibban dan Imam al- Bukhari rahimahumullah. Oleh itu hadis di
atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mengsyari'atkan solat
Hajat.
Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Maimun Abu Muhammad al-Mura'i al-Tamimi
dia berkata telah menceritakan Yahya bin Abi Kathir dari Yusuf bin
`Abdullah bin Salam dari Abu Darda' dia berkata: "Wahai sekalian manusia,
aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى
رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ
مُؤَخِّرًا.
Barangsiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian
bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa sahaja
yang diminta baik cepat ataupun lambat. (Hadis riwayat Imam Ahmad dalam
Musnadnya, hadis no: 26225)
Hadis ini juga adalah tidak sahih
kerana dalam sanadnya terdapat Maimun Abu Muhammad al-Mura'i seorang yang
majhul (tidak dikenali keadaannya)sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
ulama' hadis seperti Imam Ibnu Ma'in, Imam Ibnu `Adiy, Imam al-Dzahabi dan
Syaikh Nashiruddeen al-Albani rahimahumullah. Sanad hadis ini juga
munqati'(terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir seorang Tabi'
al- Tabi'in telah meriwayatkan secara terus dari Yusuf bin `Abdullah
bin Salam seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
Dengan
penjelasan ini maka dapatlah kita fahami bahawa hadis-hadis tentang solat
sunat Hajat ini kesemuanya lemah. Oleh itu mengerjakan solat sunat Hajat
bukanlah merupakan amalan yang sahih dari Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam.
PERLUKAH SOLAT YANG KHAS UNTUK MEMOHON
HAJAT ----------------------------------------------
Setelah diketahui bahawa dalil yang membelakangi amalan solat Hajat
itu tidak kuat serta tidak sah untuk dijadikan hujjah maka tentu ramai
yang tertanya-tanya apakah ada solat yang khas untuk memohon hajat yang
selain dari memohon diturunkan hujan? Sebenarnya tidak perlu solat yang
khusus untuk hal tersebut kerana kita boleh memohon apa sahaja hajat kita
ketika mengerjakan solat- solat yang fardhu mahupun sunat. Hadis-hadis Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam telah menunjukkan bahawa antara tempat
yang paling mustajab untuk berdoa adalah ketika sujud dan setelah
membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ
وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.
Saat yang paling dekat bagi
seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud.
Dari itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud itu. (Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, hadis no: 482)
أَلاَ
وَإِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا فَأَمَّا
الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ وَأَمَّا السُّجُودُ
فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ
لَكُمْ.
Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca al-Qur'an di waktu
rukuk mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan,
sedang di waktu sujud usahakanlah padanya berdoa dengan
sungguh- sungguh, kerana besar kemungkinan (doa itu –pen) akan dikabulkan
Tuhan. (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim,hadis no:
479)
أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ
مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا
وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ
بِمَا بَدَا لَهُ."
Abu Hurairah berkata: Sabda Rasulullah shalallahu
`alaihi wasallam: "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir),
hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu
(Ya Allah aku berlindung kepada mu) dari siksa neraka jahannam, dari
siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari (fitnah) Dajjal.
Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikkan untuk dirinya
sesuai kehendaknya." (Hadis riwayat Imam al-Nasa'i dalam Sunan
al- Nasa'i, hadis no: 1293)
Adalah lebih baik sekiranya kita
memperbanyakkan doa ketika mengerjakan solat Tahajjud kerana sepertiga
malam yang akhir merupakan antara waktu yang amat afdhal untuk doa kita
diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ
وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ
اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: "مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ
يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ."
Bahawa
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Rabb kita Tabaraka wa
Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga
malam yang akhir. Allah berfirman:"Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya
aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan
memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan
mengampunnya." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahih
al-Bukhari, hadis no:
1145)
WAllahu'alam of Service.
Yahoo! Mail Use
Photomail to share photos without annoying attachments.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|