Sent: Thursday, March 09, 2006 2:53
AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] harga
minyak naik 30 sen....please sudah ya diskusinya...??
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Saudari
Nawar Khalila yang dihormati,
Jika
saudari kurang minat dengan diskusi tentang minyak naik, saudari boleh delete
posting itu tetapi bukan menghalang orang lain membincangkannya. Isu harga
minyak naik bukan sekadar isu 30 sen tetapi isu ekonomi. Masalah pengagihan
kekayaan ( distribution of wealth) yang berpaksi pada sistem ekonomi
Kapitalis, nukilan Adam Smith. Sistem ekonomi yang sibuk memukul canang ke
sana kemari yang boleh diperiksa
di dalam buku-buku ekonomi klasik dan kontemporari bahawa masalah ekonomi
adalah masalah kekurangan sumber (scarcity of resources). Sedikit pun tidak
disentuh bahawa bukan masalah kekurangan sumber tetapi masalah pengagihan
kekayaan ( distribution of wealth) sehingga minoriti rakyat menguasai
majoriti kekayaan.
Sebuah
laporan PBB yang diterbitkan pada September 2005 menunjukkan bahawa 20 peratus
teratas daripada penduduk dunia tinggal di negara-negara utara dan menguasai
80 peratus kekayaan dunia manakala baki 80 peratus tinggal di negara-negara
selatan memiliki 20 peratus sahaja (petikan Utusan Malaysia, 4-5 Disember
2005).
Saudari
mungkin seorang yang memiliki harta yang banyak, yang mana kehidupan harian
saudari tidak terjejas apabila harga minyak naik. Tetapi bagaimana dengan
orang-orang yang sebelum kenaikan harga minyak memang cukup-cukup makan
sahaja? Ngam-ngam aje... Of course dalam kapasiti kita sebagai seorang
individu nothing much that we can do tetapi kita tidak boleh sekadar tutup
mata, tutup telinga dan anggap seolah-olah ' business as usual'. Nabi
berpesan tidak beriman seseorang itu sehingga dia mahu saudaranya mendapat apa
yang dia sendiri menyukainya (HR Bukhari). Bermakna, jika kita suka hidup
selesa, iman kita tidak sempurna jika kita tidak mahu saudara seagama kita
mendapat apa yang kita suka. Kita juga diperingatkan tentang mengambil berat
jiran (hak jiran ke atas kita), dan juga diminta berbuat baik hatta kepada
seekor anjing sekalipun. Jika dengan binatang pun kita kena buat baik, inikan
pula manusia.
Mengeluh
sepanjang hari memang tidak akan mengubah harga minyak yang telah naik tetapi
bagaimana pula tentang tanggungjawab melaksanakan amar ma'ruf nahu munkar?
(ali-imran 110,104). Kita diminta mengajak orang pada kebaikan (
Al-Khair). Cegah kemungkaran termasuk highlight kemungkaran yang
dilakukan oleh pemerintah yang secara terang-benderang menzalimi rakyat. Bila
kita highlight isu ini, memang betul kita tetap menanggung kesan kenaikan
harga minyak yang tempiasnya terpercik sama ke atas harga roti canai, tepung,
gula, tarif elektrik dll. Tetapi kita akan menumbuhkan dan mencetuskan
kesedaran di dalam pemikiran umat Islam yang ramai masih lena dibuai juara
lagu, anugerah bintang popular dsb bahawa mereka perlu lakukan sesuatu. Mereka
akan berfikir – adakah aku boleh ubah keadaan ini? Jika boleh, bagaimana?
Mungkin hasilnya tidak dapat dituai semasa hayat kita tetapi mahukah anak-cucu
kita meneruskan sebuah hikayat derita yang tak kunjung reda?
Semasa Nabi
berdakwah di Mekah iaitu di atas Bukit Safa, Nabi telah memberitahu masyarakat
Mekah bahawa umat Islam akan dapat menakluki Rom dan Parsi. Ketika itu
pengikut baginda hanyalah 3 orang. Jika kenyataan itu datang dari orang biasa,
pasti masyarakat akan ketawa
bedekah-dekah sambil mengatakan inilah lawak paling lucu pernah mereka
dengar. Tetapi statement yang datang dari seorang manusia yang memegang status
Al-Amin sebelum kenabiannya menyebabkan masyarakat terpinga-pinga. Apa yang hendak
baginda sampaikan adalah penaklukan ke atas dua kuasa besar dunia saat itu
memerlukan lebih dari sekadar aqidah Islam tetapi kuasa politik. Dakwah
baginda bukan sekadar dakwah membetulkan akidah tetapi dakwah baginda turut
mengandungi dakwah siyasah (politik). Dengan kuasa politik, Islam akhirnya
berkembang hingga menawan 2/3 dunia. Nabi juga pernah bersabda bahawa umat
Islam akan menakluki Konstantinople dan Rom. Konstantinople (kota Raja
Heraclius) telah ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1453 M lebih
kurang 800 tahun setelah Nabi menyebutnya. Ini juga contoh bagaimana kuasa
politik boleh merubah corak geopolitik dunia. Membebaskan manusia (Muslim
& non-Muslim) dari kemiskinan dan kemelaratan. Semasa pemerintahan singkat
Khalifah Umar Abdul Aziz, tidak ada orang yang layak menerima zakat di Afrika
hingga wang zakat digunakan untuk membebaskan hamba abdi di Eropah. Di era
pemerintahan Umar al-Khattab, semasa zaman kebuluran di Madinah, bantuan
datang dari Sudah. Bayangkan nasib Sudan pada hari ini?
Teramat
panjang jika hendak dituliskan semuanya tetapi masalah manusia ini tetap ada
jalan penyelesaiannya kerana Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin.
Maka, bukan isu minyak naik 30 sen tetapi 'the main culprit' ialah isu
pemerintahan yang berasaskan Sistem Sekular-Kapitalis. Isu kekuasaan. Jika
umat Islam menjadi kuasa adidaya dunia (super power) pasti umat Islam memiliki
kapasiti untuk memastikan tiada manipulasi harga minyak hingga menyebabkan
negara pengeluar dan rakyat jelatanya menderita. Secara fakta, negara-negara
yang ramai didiami umat Islam mengandungi banyak minyak. Si Kafir ini pun
mengakui :
The problem is that the good
Lord didn't see fit to put oil and gas reserves where there are democratic
governments." - Dick Cheney, Bush's Vice President at a 1996 energy
conference
Pemerintahan Islam dalam bentuk
Daulah Islamiyyah yang berlangsung lebih 1300 tahun semenjak di Madinah hingga
dicantas agen British, Mustafa Kamal Atarturk pada tahun 1924 di Istanbul
pernah berlaku. Daulah
Islamiyyah pernah ujud. Hendak tahu apa testimoni orang Kafir akan hebatnya
Daulah Islam ini? Sekadar memetik beberapa contoh:
"Islam is the best chance the poor
of the planet have for any hope of decency in their lives. It is the one
revolutionary force that cares about humanity." [1998] -
Former U.S. Attorney General Ramsey Clark
"Here in the land of the Turks we
have nothing to complain of. We possess great fortunes; much gold and silver
are in our hands. We are not oppressed by heavy taxes and our commerce is free
and unhindered. Rich are the fruits of the earth. Everything is cheap and each
one of us lives in freedom. Here a Jew is not compelled to wear a yellow star
as a badge of shame as is the case in Germany where even wealth and great
fortune is a curse for a Jew because he therewith arouses jealousy among the
Christians and they devise all kinds of slander against him to rob him of his
gold. Arise my brethren, gird up your loins, collect up your forces and come
to us." Rabbi in Turkey writing to his brethren in Europe where they were
facing increasing persecution after 1453" - 'Constantinople', Philip Mansel
Saudari Nawar
Khalila,
If my writings still do not
"click" something in your mind, I don't know what else will.
Wallahu alam.
CM – Feeling the pain, crying
in vain. Remembering the glory of the yesteryears…
On 3/6/06, NawarKhalilaAbdullah <NawarKhalilaAbdullah>
wrote:
Maaf ya...
Banyak sekali sudah ditulis di milist ini tentang kenaikan harga minyak
dan kesannya buat hidup kita, hampir semuanya mengeluh dan upset.....
Sudahlah, minyak sudah naik, tak usahlah upset banyak-banyak..
(Sepertinya hanya menguras tenaga kita saja, karena walaupun kita mengeluh
sepanjang hari, tak akan turun khan harganya ...)
As a muslim, just say "Alhamdulillah". Inshallah rezeki dari Allah akan
cukup buat kita...