Assalamualaikum,
Saya juga adalah salah seorang dari mangsa menjadi penjamin kepada kawan ni.
Betul apa yang dikatakan oleh En Mohd. Pastikan anda hadir ke mahkamah. Yang paling penting anda masih lagi tahu dimana peminjam tersebut,dan beranikan diri untuk memanggil peminjam ke mahkamah. Sekiranya peminjam berdegil untuk hadir, anda perlu memberitahu pihak bank dan mahkamah dimana lokasi peminjam untuk mereka sendiri mendapatkan peminjam tersebut. Juga jelaskan kepada mahkamah tentang situasi anda yang mungkin tidak dapat membayarnya.
Saya juga kesal dengan sikap kawan2 yang manis mulut semasa nak meminjam dan meminta kitya untuk menjadi penjamin. Ingatkan nak tolong kawan2,tapi penjamin pula yang kena bersusah payah dan bertanggungjawab. Tapi ingat didunia mereka mungkin boleh terlepas tapi diakhirat kena tanggunglah kerana menzalimi orang. Pasal hutang ni jangan main2. Tak berbau
syurgalah akibatnya.. selamanya dalam neraka..
Nasihat saya kepada kawan2,jangan jadi penjamin kepada kawan2 yang baru kita kenal atau elakkan. Memandangkan sekarang ni juga ekonomi pun tak stabil,minyak naik dan macam2 boleh jadi. Berjimat dan meyimpan selalu.. Hutang elakkan apatah lagi menjamin..
Wassalam
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Wa'alaikumussalam,kalo s'dari tak dapat jumpa dengan peminjam yang tak bertanggungjawabtu saya rasa semua bank akan cuba untuk dapatkan baki tertunggakdari s'dari.kalo s'dari dikehendaki hadir ke mahkamah... sila hadirkan diri saudari..saya ulang, sila hadirkan diri sebab ketidak hadiran saudari menyebabkanpihak bank mendapat Judgement In Default (JID) & bank ada hak untukmeneruskan saman terhadap s'dari keperingkat yang lebih tinggi.. contoh :proceed dengan bankruptcy / attach (tahan) segala harta (contoh rumah)atau berkerjasam dengan polis untuk menahan s'dari.sekiranya s'dari hadir dimahkamah (Consent Judgement) saudari bolehmeminta untuk mendapatkan Judgement. Semasa dimahkamah nanti s'dariperlu men'declare' segala harta s'dari (termasuk cash, savings, rumah, kilang,dusun dsb).. & segala tanggungan. Selapas declare baru hakim akan tanyaberapa yang saudari mampu untuk jelaskan bulan2..masa tu s'dari boleh cadangkan untuk bayaran yang piling minimun, contoh:RM50.00 atau 70.00 sebulan. kalo bank bersetuju & berpuas hati denganjumlah ang saudari cadangkan, satu perjanjian baru akan dibuat. Sekiranyabank tidak bersetuju, mahkamah yang akan membuat keputusan.Saya memang bersimpati dengan nasib penjamin2 yang dikenakan tindakanoleh pihak bank disebabkan kecuaian atau kelakuan perangai peminjam2yang tak bertanggungjawab...cuma itu yang saya boleh nasihatkan s'dari. Maafkan saya sekiranya caradi atas adalah salah & saya mengalu2 alukan sesiapa yang betul2 tahuuntuk membetulkan kesilapan saya..sekian, assalamualaikum.
o.com wrote:,Masalah ini memang banyak berbangkit akibat tingkahlaku yang tidak bertanggungjawab dikalangan orang yang meminjam. Bagi si penjamin memang tidak boleh lari daripada hakikat bahawa kegagalan si peminjam menjelaskan hutangnya memang akan berkesudahan dengan tanggungannya berpindah kepada para penjamin, seperti sdri, mengikut syarat2 perjanjian pinjaman asal. Ada kalanya pula, jika si penjamin tidak mampu menjelaskan tanggungan ini si penjamin boleh dikenakan tindakan pengistiharan 'muflis' oleh pihak institusi pinjaman/bank. Perkara seperti ini memang telah banyak berlaku.Ada baiknya sdri berjumpa dengan kawan sdri tersebut (jika tahu di mana dia tinggal atau melalui panggilan telefon) lalu merayu kepadanya agar dia berusaha mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyelesaikan pinjamanya itu dengan pihak bank berkenaan secara beransur-ansur. Ini adalah kerana beban tanggungannya itu boleh di anggap sebagai 'hutang' terhadap sdri. Dan hutang perlu dibayar ketika kita masih hidup; bila dah mati dia akan menanggung risikonya di alam barzah & akhirat kerana hutang yang tak berbayar yang belum pun dihalalkan lagi.Jika dia masih enggan menjelaskannya terpulanglah kepadanya; dan sdri perlulah menanggung beban yang dipindahkannya kepada sdri ekoran tindakan pihak bank terhadap sdri.Sebagai panduan umum, sebagai individu, kita harus berwaspada dan tidak seharusnya dengan mudah menjadi penjamin untuk mana-mana individu yang kita kurang pasti tentang latarbelakang serta peribadinya; kecuali jika ia merupakan ahli keluarga yang terdekat. Kawan memang ada banyak jenis kawan...tak ubah macam kacang lupakan kulit!:-)Sekian, wallahu'alam!Wassalam
----- Original Message -----
From: [EMAIL PROTECTED]
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Friday, March 10, 2006 10:47 AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Masalah menjadi penjamin
Assalammualaikum,
Pada sahabat2 semua saya ingin mendapatkan pandangan / cadangan / pertolongan tentang masalah yang saya hadapi sekarang. Saya di kehendaki ke mahkamah kerana disaman sebagai penjamin pada seorang kawan yang membuat pinjaman pendidikan tapi beliau gagal membayar loan tersebut.
Pinjaman ini di buat dengan pihak bank rakyat, yang pelik nya dulu saya tak pernah pon dapat surat dr bank rakyat menyatakan kawan saya tak bayar. Cuma last year saya pergi untuk membuat pinjaman disana baru saya tahu masalah ini dan nama saya tlh di block dr pinjaman b.rakyat.
Jadi sekarang saya nak tahu apa hak2 saya sebagai penjamin.Ada ke cara utk saya pohon tidak di potong gaji bagi membayar hutang kawan tersebut, kerana biasa nya mereka akan terus buat potongan gaji bulanan. Kawan saya itu masih bekerja dan hidup senang sahaja.
Di harap kawan2 dapat memberi pandangan atau idea utk saya menyelesaikan masalah ini sama ada segi undang2 atau apa saja.Segala pandangan dan nasihat saya ucapkan berbanyak2 terima kasih.
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
- Re: Bismillah [hidayahnet] Masalah menjadi penjamin jack sniper
Kirim email ke
