Dari zaman toknenek lagi, pelbagai jawatankuasa ditubuhkan untuk pelbagai masalah dan rumitan negara. Hasilnya? Hanya beberapa masalah sahaja yang dapat benar benar ditangani. Selainnya disorok bawah carpet agar rakyat terlupa, atau menunggu hari di masa hadapan agar ianya samada dapat diselesaikan atau orang masa hadapan pula memikul tanggungjawab. Dalam masa sama, mereka yang terlibat tetap menerima allowance (duit rakyat) kerana menghadiri mesyuarat. Mungkin tak banyak, tapi tetap duit rakyat. Kini tubuh lagi jawatankuasa untuk menangani isu air di Selangor.
 
Soalan tertimbul mengapa harus ada jawatankuasa ini sedangkan Selangor 'telah' naik taraf ke negeri maju mendahului Malaysia sendiri? Bukankah sebagai negeri maju bermakna pimpinan kerajaan Selangor sepatutnya berwibawa menangani perkara tersebut dengan sendirinya? Atau adakah mereka sebenarnya tidak bermaya langsung dan hanya memikirkan kesenangan diri?
 
Juga, perlu diperkatakan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya bertindak kini kerana bukan sahaja rakyat yang mengalami masalah air ini, tetapi ramai lagi termasuklah Najib sendiri. Bukankah ramai pemimpin pemerintah mempunyai rumah di Selangor dan KL ini. Dengan ini, mereka juga turut mengalami masalah air busuk dan menjijikan. Lebih memalukan kepada mereka kerana kedutaan asing, rumah rumah expatriates dan ramai lagi juga terletak di negeri Selangor dan juga KL. Maka itu, adakah benar jawatankuasa ini dibentuk untuk membantu rakyat? Fikirkanlah sendiri.
 


From: james bond [EMAIL PROTECTED]
Subject: Kabinet pandang serius -- Tubuh jawatankuasa dipengerusikan TPM atasi isu air tercemar

PUCHONG 8 Mac - Kabinet hari ini ternyata kecewa
dengan masalah pencemaran alam sekitar yang berleluasa
kini, se-hingga merosakkan sistem sungai yang
membekalkan air minuman kepada rakyat.

Sehubungan itu, mesyuarat tersebut menubuhkan sebuah
jawatankuasa Kabinet dipengerusikan oleh Timbalan
Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
menangani masalah yang semakin serius itu.

Kandungan ammonia tinggi yang memasuki sistem bekalan
air penduduk Lembah Klang tengah bulan lalu
benar-benar menguji kesabaran banyak pihak.

Bahan kimia busuk itu dipercayai berpunca dari sebuah
pusat pelupusan sampah di Hulu Selangor. Air busuk
hitam (leachate) mengandungi ammonia dan berpuluh
bahan berbahaya lain dipercayai mengalir dari pusat
itu melalui aluran anak sungai sebelum memasuki ke
Sungai Selangor. Sungai Selangor pada masa ini
membekal air minuman kepada kira-kira 3.6 juta
penduduk.

Apa yang pasti Kabinet bersetuju supaya tempat
pelupusan sampah secara terbuka ditutup kerana ia
sering menimbulkan masalah pencemaran dan alam
sekitar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi
Khalid yang mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata,
jemaah menteri bersetuju mewujudkan jawatankuasa itu
khusus untuk melihat isu alam sekitar secara
menyeluruh.

Keanggotaannya, kata beliau, terdiri daripada beberapa
kementerian, antaranya Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Kementerian Tenaga, Air dan
Komunikasi, Kementerian Kesihatan serta kerajaan
negeri.

Katanya, jawatankuasa tersebut bertanggungjawab
mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu bagi
memastikan taraf kesihatan rakyat serta tahap alam
sekitar sentiasa terpelihara.

``Kita kini dalam proses mengadakan mesyuarat yang
pertama bagi membolehkan kajian mengenai alam sekitar
ini dapat dijalankan dengan segera.

``Antara tumpuan jawatankuasa itu selepas ini ialah
melihat semula operasi pelupusan sampah secara terbuka
di seluruh negara yang kebanyakannya milik pihak
berkuasa tempatan (PBT).

``Secara peribadi, saya bersetuju tempat pelupusan
sampah secara terbuka ditutup kerana ia sering memberi
masalah,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
melawat pusat pelupusan sampah secara mekanikal yang
diusahakan oleh syarikat Worldwide Holdings Bhd. di
sini, hari ini.

Azmi yang diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam
Sekitar, Datuk Rosnani Ibrahim dan Pengarah Urusan
Worldwide, Datuk Ibrahim Md. Yusof mengambil masa dua
jam melawat kawasan berkenaan.

Beliau berkata, antara pusat pelupusan sampah terbuka
yang sempat ditinjaunya melalui udara ialah di
Kundang, Rawang.

``Namun begitu, sebelum tempat sampah terbuka ini
ditutup, pelbagai perkara teknikal perlu diberi
perhatian seperti mengubah tempat serta infrastruktur
yang perlu disediakan di kawasan pelupusan baru,''
katanya lagi.

Beliau mengakui pelupusan sampah secara terbuka
seperti di Kundang telah menghasil leachate 24 jam
sehari yang jika tidak ditangani segera akan
menimbulkan pelbagai masalah.

``Saya menaiki helikopter dan didapati banyak tempat
air resap ini keluar dan apabila hujan, air resap ini
masuk ke sungai.

``Saya percaya jika saya tinjau pusat pelupusan secara
terbuka yang lain akan terdapat masalah yang sama
seperti mana di Kundang,'' ujarnya.

Katanya, masalah sama yang berlaku di Bukit Tagar,
Rawang baru-baru ini adalah disebabkan masalah
teknikal dan telah diatasi dalam tempoh 30 minit
tetapi di Kundang masalah itu berterusan pada setiap
hari.

``Kita khuatir jika isu ini tidak ditangani segera
leachate ini akan bercampur dengan sumber air minuman
dan akibatnya air yang dibekalkan akan berbau walaupun
telah dirawat,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, beliau mahu Puncak Niaga
dan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd)
menggunakan teknologi terkini bagi menghilangkan bau
pada air yang dirawat.

``Negara jiran kita menggunakan air najis. Bayangkan
najis dan ammonia yang dikeluarkan tetapi mereka
berjaya membekalkan air yang boleh diminum tanpa bau.

``Saya percaya teknologinya ada dan saya minta dua
syarikat ini melihat perkara ini dengan
sedalam-dalamnya,'' tambahnya.


p/s pandainya dia berlakon. Nak bagi tender lagilah.
Siapalah lagi dapat duit masuk poket.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke