From: "MUHAMMAD NURUL AMIN" Subject: something nice to read :) Date: Tue, 15 Mar 2005 12:44:03 +0800
semalam saya berdiskusi dengan seorang sahabat. seputar masalah pelajar melayu. saya bercerita tentang pengalaman saya mengajar di UiTM tahun lepas, di mana hampir 90% pelajar saya mempunyai akaun di friendster. Mereka ini saban hari akan ke makmal komputer utk melayari friendster - update kenalan, tambah testimonial, cari kawan, sembang, atur pertemuan.. isk! utk "melayan" friendster saja, saya andaikan mereka peruntuk 1-2 jam sehari. saya mencongak-congak, andaikata 1-2 jam itu digunakan untuk melengkapkan nota yang selalunya BARAI... Kemudian, bila saya mempunyai pejabat sendiri, staff pula asyik dengan virtualfriend (ops..! i just telling the truth, ok..). Buka laman web, cari kawan baru, add ID to Yahoo Msgr (saya tak kisah kalau chatting itu utk kongsi ilmu & maklumat. Bukan untuk buang masa..) Saya sendiri selalu gak chatting :). Tapi pandai-pandailah bahagikan masa. Kalo chatting just borak kosong, rasanya baiklah siapkan kerja. bukankah kerja lebih banyak dari masa Alasan mereka yg asyik dengan "pen-pal" ni satu saja, nak berkawan. Nak tambah kenalan. Hmm...Kemudian, sahabat saya pula memberitahu apa yang difikirkannya. Iaitu tentang kelesuan &kemunduran pelajar melayu berbanding bangsa lain. Dalam satu kajian yang dia baca, katanya dlm apa jua aspek pelajar melayu terlalu banyak ketinggalan. Baik soal akademik atau soal bukan akademik. Contoh, kalau bercakap pasal politik, memang ramai yg boleh bercakap tentang parti yang disokongnya. Tapi bila minta berhujah tentang dasar kepimpinan atau isu yg berlaku dengan kupasan ilmiah, langsung terkedu. Ini berbeza dengan sesetengah pelajar bangsa lain. OKlah. kita abaikan sejenak isu ini kerana saya tak ada bukti utk mengatakan : memang pelajar melayu ni hampeh. Cumanya skrg ni, di depan mata saya sendiri memang ramai pelajar atau org kita yang memenuhi ciri-ciri yg saya sebut di atas. Saya tak tahu apakah punca yang menyebabkan kebanyakan orang kita lebih suka mengadap komputer untuk berbual kosong. Bagi saya, ada baiknya mereka mencari bahan bacaan yang ilmiah. Sekurang-kurang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan & menambah nilai diri mereka sendiri juga. Mungkin seperkara yang saya fikirkan, iaitu kesedaran. Kesedaran tentang peri pentingnya ilmu. Kata ulamak, ilmu menjaga diri. Kita takkan rugi dalam mencari ilmu. Hidup adalah proses pembelajaran yang berterusan.. maka, setiap hari kita perlu belajar, belajar dan belajar. Belajarlah sehingga ke sampai waktu untuk kita menutup mata. OK.. sbg pengakhir kalam, saya sertakan kisah pelajar kita di Kanada yang berdakwah kpd non-muslim, saya petik dr laman web seorang sahabat. Saya terfikir, alangkah baiknya jika ilmu & kemahiran berdakwah ini dipunyai oleh semua pelajar muslim! Seorang pelajar, ustaz Azhari namanya pergi ke Canada utk menyambung pelajaran. Dia diminta memperkenalkan dirinya. Seorang Canada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiyakan sebelum orang Canada itu berkata ³ I hate muslim, I really hate muslim! ´ (Bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri, orang berkata begitu pada anda,terkejut bukan? Namun ustaz azhari tetap berbaik dengan orang Canada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik. Ketika orang Canada itu menerima jemputan dinner di rumah ustaz azhari dia minta satu kaset& lagu tradisional dari ustaz azhari. Ustaz azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat, kaset ini mesti didengari 15 minit sebelum tidur. Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, Canada itu menelefon ustaz azhari, ³azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice," Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya Canada itu tertidur. Keesokkannya orang Canada tersebut datang berjumpa ustaz Azhari dan memberitahu dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut. Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah ³MasyaAllah ´. Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah. Rupa-rupanya orang Canada itu mimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya ialah bacaan ayat Quran surah Yusuf. Dan akhirnya Canada tersebut memeluk islam. Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan, arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat. Ustaz azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata ³Ya Allah, aku tahu arak ini kau larang, tapi aku suka amat akan arak ini,aku tak dapat nak tinggal, oleh itu ampunlah aku ´.Perbuatan yang sama untuk perkara-perkara yang lain. That ²s easy, islam is easy kata Canada itu. Tapi seminggu selepas itu, Canada itu datang jumpa Ustaz Azhari dan menyatakan dia malu kepada Allah, minum arak, bergaul dengan perempuan,tidak mengerjakan solat, dalam diri memohon ampun pada Allah. Dipendekkan cerita akhirnya, orang Canada itu menjadi muslim yang menghambakan dirinya pada Allah. Bayangkan apa yang terjadi andai ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk islam? Apa yang akan berlaku? Begitulah pentingnya kemahiran dalam berdakwah. Dakwah itu perlu berhikmah! Mulai hari ini, carilah kawan yang bukan beragama islam, ceritakan pada mereka akan keindahan dan kecantikan islam! ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
