Assalamualaikum,
 
Saya tahu saudara marah. I can feel it tetapi tak bolehlah serkap jarang dan anggap semua gerakan Islam hanya sibuk nak kondem kerajaan dan bom sana sini. Yang sibuk bom sana itu lahir dari kesedaran bahawa mereka perlu buat sesuatu demi Islam tetapi tersilap ijtihad. Walau marah, kita tetap tidak boleh mengemukakan fakta yang salah kerana membawa berita yang tidak tepat bukan sekadar dosa biasa tetapi boleh menyebabkan berlaku fitnah.
 
Menangani isu pelacuran atau isu sosial lain seperti gejala anak luar nikah, bohsia, bohjan, mat rempit, dadah dsb adalah tanggungjawab pemerintah. Sebagai individu atau sekelompok individu seperti badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti atau gerakan-gerakan Islam, kapasiti mereka adalah terbatas. Individu atau sekelompok individu boleh mengutarakan dan membangkitkan isu ini kepada umum agar timbul kesedaran tetapi langkah pencegahan (precautionary action / preventive measures) dan mengubati adalah tanggungjawab pemerintah. Sekiranya sistem Islam yang diterapkan dan salah satu sistem uqubat (hukuman) dilaksanakan iaitu Hudud, pesalah yang berzina - jika muhsan (telah/pernah kahwin) akan dikenakan hukuman rejam, manakala gkairu muhsan (belum nikah) dikenakan 100 sebatan. Individu atau gerakan tidak boleh melaksanakan hukuman rejam atau sebat kerana ia adalah dalam bidang kuasa pemerintah.
 
Kesyumulan hukum-hakam dalam Islam yang bergerak secara bersepadu (integrated) membawa natijah bahawasanya sesuatu isu atau masalah tidak dilihat secara berasingan (cannot be seen in isolation). Pelaksanaan hukuman hudud berjalan serentak dengan sistem ekonomi Islam (anNizamul Iqtisad fii al-Islam) membawa natijah pengagihan kekayaan (distribution of wealth) kepada seluruh rakyat  tanpa mengira agama sehingga tidak ada satu isi rumah pun yang akan kelaparan. Dalam masa yang sama, ketaqwaan individu dititik-beratkan melalaui Sistem Pendidikan yang mementingkan duniawi dan ukhrawi hingga semua orang merasai gelombang Islam hingga masing-masing mengambil berat antara satu sama lain, membantu saudara dan jiran dengan sedekah, berkongsi limpahan rahmat dari rezeki yang dikurniai Illahi sebagai satu ibadah. Penyayang dan prihatin hingga pihak berkuasa maklum tentang masalah yang dialami individu/kelompok individu. Ianya tidak mustahil berlaku kerana apabila pelaksanaan Sistem Ekonomi Islam dijalankan, kehidupan rakyat akan bertambah baik kerana di dalam sistem ekonomi Islam, tidak seperti sistem ekonomi Kapitalis - cukai bukan sumber pendapatan tetap negara. Cukai hanya dikutip dari individu KAYA sekiranya kewangan BaitulMal berada di tahap kritikal. Bayangkan hidup dalam tax-free system. Berbeza dengan keadaan hari ini yang mana kita dikenakan cukai kemana kita pergi - ke KFC, hotel, dll. Sudahlah gaji di kenakan cukai, masuk KFC dan sepupu KFC kena lagi 5%. Pendapatan yang tak seberapa dikenakan cukai 2x. Berjalan ke sana sini juga sengsara sebab harga minyak dah naik dan tol ujud di semua "expressway".
 
Berbalik pada isu pelacuran, cara untuk mengatasi bukan hanya mengwar-warkan pada individu atau gerakan atau NGO untuk pujuk, sebaliknya usaha kita adalah untuk menegakkan semula Negara Islam atau Daulah Islamiyyah kerana dengan tertegakknya Daulah ini, akan memastikan sistem-sistem dalam Islam berjalan serentak. Sistem Ekonomi. Sistem Sosial. Sosial Pendidikan. Sistem Hukuman. Sistem Politik dll. Apabila pemerintah melaksanakan Sistem Ekonomi hingga tidak ada rakyat  kais siput makan siput, kais daun makan daun, tidak ada alasan rakyat berbuat maksiat seperti melacur demi sesuap nasi kerana keperluan asasi mereka telah terpenuhi. Realiti masa kini, pelacuran dianggap sebagai satu jalan keluar diatas kegagalan pemerintah menjalankan tanggungjawab mereka. Emmm.. betapa rindunya saya pada pemerintah seumpama Khalifah Umar yang menyiasat rakyat jelata makan ke tak makan hingga berjumpa keluarga yang merebus batu...
 
Oleh kerana itu, kita sebagai umat Islam hendaklah melihat sistem Islam itu sebagai satu sistem yang menyeluruh dan komprehensif (syamil wa kamil). Pelaksanaan sistem islam secara sedikit-sedikit atau berperingkat-peringkat tidak akan dapat merealisasikan cita-cita memartabatkan Islam sebagai rahmatan lil 'alamin apatahlagi dalam keadaan umat Islam sendiri yang masih kabur dengan apa yang ada dalam Islam, yang mampu menyelesaikan masalah manusia, Muslim dan non-muslim. Sekadar memberi bantuan yang bersifat "one-off exercise" tidak akan menyelesaikan masalah ini dalam jangka panjang kerana secara purata, individu tidak mampu memberi dengan banyak secara konsisten, manakala golongan kaya pula tidak mewakili populasi. Sektor korporat yang suka memberi atas nama 'Corporate social Responsibility' juga memberi atas nama derma ~ untuk dijadikan perbelanjaan yang dibenarkan bagi tujuan cukai (allowable expenses) dan juga untuk menaikkan imej syarikat.
 
Jika antum melihat Islam ada solution. Islam is the Only Solution, marilah kita berusaha mendirikan semula sistem yang sejak lebih 80 tahun menjadi teori dalam kutubkhanah. Insyallah dengan tertegaknya semula Daulah Islamiyyah, bukan masalah pelacuran sahaja yang pupus, masalah-masalah lain yang bermaharajalela saat ini akibat tidak adanya hukum-hakam Islam dalam kehidupan turut lenyap sama dan tinggal dalam lipatan sejarah as a thing of the past.
 
--- tsumma takuunu khilafatan 'minhaj annubuwwah - HR Ahmad.
 
Wallahu alam.


 
On 3/11/06, NORAZLANNORDIN <NORAZLANNORDIN> wrote:
Kegiatan Pelacuran di Bukit Bintang di dalangi oleh kumpulan Triad.Iaitu kegitan kumpulan jenayah terancang.Kumpulan Jenayah terancang ini terlibat dengan kegitan mafia antarabangsa.Mereka mempunyai kewangan yang kukuh dan struktur organisasi yang terancang.Meraka mempunyai banyak unit untuk memastikan kegiatan mereka berjalan lancar.setiap unit di ketuai oleh seorang ketua.Tidak terdapat satu pun gerakan Islam yg militant atau fanatik berusaha untuk untuk melumpuhkan mereka.Gerakan Islam hanya berminat berkonfratasi dgn Kerajaan saja dan mengebom orang awan yang tidak berdosa.


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

AMBIL RISIKO: Pelacur menunggu pelanggan di sebuah pusat
pelacuran di luar negara.

 
'Anak ayam' walaupun sudah boleh dipanggil mak cik huni lorong maksiat mencari rezeki dengan menjual tubuh bagi membesarkan anak

PELACURAN membabitkan wanita Melayu bukan perkara baru. Laporan akhbar sepanjang tahun lalu menunjukkan pelbagai tangkapan pelacuran dilakukan di seluruh negara dan apa yang menyedihkan, kebanyakannya membabitkan wanita Melayu.

Di kawasan hitam sekitar Kuala Lumpur yang sering dikaitkan sebagai lembah maksiat, terutama Chow Kit atau Lorong Changkat di Bukit Bintang pada waktu malam, kelihatan wanita pelbagai bangsa dan peringkat umur dengan ramah menyapa pengunjung yang melalui kawasan berkenaan. Jika sapaan dilayan, bermulalah sesi tawar-menawar.

Cukup menyedihkan apabila melihat ada wanita yang lebih senang membahasakan diri mereka 'anak ayam' sudah mencapai peringkat umur yang selayaknya dipanggil mak cik, tetapi kerana desakan hidup, mereka masih menghuni lorong kotor itu.

Jangan sekali-kali memanggil mereka pelacur kerana bagi mereka istilah berkenaan hanya sesuai untuk mereka yang menjual tubuh kerana nafsu. Sebaliknya, kebanyakan mereka terpaksa memperdagangkan diri kerana ingin mencari sesuap nasi bagi beberapa mulut kecil yang setia menanti di rumah.

Ini diakui sendiri Maria Riji, sukarelawan yang sudah lama mengabdikan diri bagi membantu wanita malang yang saban malam menghuni lorong hitam di Kuala Lumpur.

"Tiada siapa yang ingin membantu mereka sedangkan perut anak di rumah perlu diisi. Sewa rumah perlu dilunaskan dan wang sekolah anak perlu disediakan. Tanpa pendidikan tinggi, siapalah yang hendak mengambil mereka bekerja?

"Kerja sebagai pencuci atau tukang sapu pun sekarang memerlukan kelayakan akademik, sekurang-kurangnya lulus Tingkatan Tiga. Kalau bekerja di gerai makan, upah yang diperoleh tidak banyak, mungkin setakat RM200. Itulah sebabnya ramai wanita ini yang terdesak dan mengambil jalan mudah dengan melacurkan diri," katanya ketika ditemui pada seminar 'Isu Pelacuran dan Perdagangan Wanita Mengikut Perspektif Islam', di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar sehari anjuran Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Pergerakan Puteri Islam.

Sejak terbabit sebagai sukarelawan bagi membantu wanita yang memperdagangkan tubuh itu kira-kira sedekad lalu, Maria mengakui antara cabaran utama yang perlu ditangani ialah memujuk pekerja seks itu kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, tanpa kemahiran dan pendidikan, kebanyakan mereka tidak berupaya untuk meneruskan kehidupan normal. Lebih-lebih lagi, stigma masyarakat yang memandang hina pelacur meskipun mereka ingin atau sudah bertaubat.

"Kebanyakan wanita ini sememangnya ingin meninggalkan kerjaya mereka. Tetapi, dengan tahap pendidikan yang rendah dan latar belakang sebagai pelacur, tiada siapa yang hendak mengambil mereka bekerja. Malah, ada yang tidak tahu membaca. Ke mana mereka hendak pergi, nak balik ke pangkuan keluarga tidak terima.

"Jika keluarga tidak tahu sekali pun apa yang dilakukan sebelum ini, mereka juga tidak dapat membantu kerana sudah sedia kala hidup susah. Orang kata, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masyarakat hanya tahu memandang hina pekerja seks ini, tetapi tidak ramai yang hendak mengambil tahu masalah mereka," katanya yang jelas kecewa dengan pendirian itu.

Malahan, beliau berkata, ada masyarakat yang meminggirkan wanita seumpama itu dan berterusan memandang hina kepada mereka tanpa cuba untuk meringankan beban wanita terbabit.

Beliau berkata, secara tidak langsung 'hukuman' masyarakat itu menyebabkan kebanyakan pekerja seks terbabit kembali menghuni lorong kotor di beberapa kawasan hitam yang cukup terkenal di Kuala Lumpur, sedangkan ramai yang berniat kembali ke pangkal jalan.

Itu cerita wanita yang memperdagangkan tubuh kerana desakan hidup. Tetapi ada juga wanita yang dipaksa melacurkan diri oleh suami sendiri. Mungkin ada yang menganggap kisah berkenaan yang pernah dipaparkan dalam filem 'Perempuan, Isteri dan... lakonan Sofea Jane dulu sekadar cerita rekaan.

Pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Raihanah Abdullah, berkata pelacuran juga boleh dikaitkan dari segi jenayah, terutama penculikan, dadah, memperdagangkan wanita, samseng, peras ugut dan penipuan.

"Namun, kebanyakannya terjebak dalam kegiatan ini selepas ditipu dan terperangkap.

"Mereka yang ditipu ini akan menjalankan kegiatan pelacurannya tanpa kemahuan. Mereka dipaksa untuk melayan nafsu lelaki dan jika enggan mereka akan menerima hukuman seperti dipukul atau diugut. Lazimnya, mereka akan dijaga sekumpulan orang bagi memastikan mereka tidak melarikan diri," katanya.

Hakikatnya, pada alaf baru ini itulah senario yang berlaku di sekitar kita. Ramai gadis yang dipaksa menjadi pelacur selepas diculik atau diperdaya. Itulah nasib wanita. Hidup dan maruah mereka dipermainkan bagaikan hamba, pada zaman moden ini. Namun, tidak ramai yang cuba memahami dan paling penting, membantu mereka keluar daripada kehidupan sebegitu.

Bak kata seorang peserta seminar berkenaan yang berulang kali mengatakan banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan daripada menjual tubuh.

Memang mudah menghukum mereka, tetapi bagi kumpulan wanita terbabit yang hidup begitu daif dan tidak berpendidikan tinggi, hanya itulah kehidupan mereka. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan wanita terus menjadi hamba seks lelaki.


FAKTA:
Siapa pelacur?

Mana-mana perempuan yang menawarkan tubuh badannya kepada pihak lain bagi memuaskan nafsu dengan bayaran atau mana-mana perempuan yang menawar dan menjual perkhidmatan seksual kepada mana-mana orang.
Siapa pelanggan?
Mana-mana lelaki yang mengadakan perhubungan dan/atau perkhidmatan seksual dengan mana-mana perempuan selain daripada isterinya yang sah dengan membuat pembayaran di atas perhubungan dan/atau perkhidmatan itu.
Sebab jadi pelacur:
Pendekatan sosial dan kajian jenayah bersetuju antara perkara membawa kepada pelacuran ialah:
  • Faktor ekonomi – yang dikaitkan dengan kemiskinan, terdesak dan/atau keinginan untuk hidup mewah;
  • Faktor sosial – keruntuhan moral, dicerai suami, keruntuhan rumah tangga, kezaliman keluarga;
  • Faktor persekitaran – pujukan muncikari (barua), pekerjaan dan kerja paksa serta pengaruh rakan;
  • Pegangan, cara hidup dan kepercayaan – seperti pergaulan bebas, keseronokan, kebebasan dan wang
  • Didikan dan asuhan yang membawa kepada terlupa diri, adat dan terkeluar daripada nilai murni budaya dalam masyarakat.

  • Yahoo! Mail
    Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.

    Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com



    --------------------------------------------------------------------------

    All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

    If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




    SPONSORED LINKS
    Divine inspiration Islam


    YAHOO! GROUPS LINKS






    --
    Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

    --------------------------------------------------------------------------

    All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

    If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




    SPONSORED LINKS
    Divine inspiration Islam


    YAHOO! GROUPS LINKS




    Kirim email ke