Kerajaan perlu senarai kemudahan awam untuk dinaik taraf - PKR PDF Cetak
Tue | Mar 14, 06 | 08:41:51 AM
Oleh Mohd Sabri Said
NIBONG TEBAL, 14 Mac (Hrkh) - Kerajaan dikehendaki menyenaraikan kemudahan awam yang akan dinaik taraf dengan penjimatan RM4.4 billion daripada subsidi minyak setelah penafian Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kewangan tersebut digunakan untuk menyelamatkan syarikat milik kerajaan (GLC) terutamanya Malaysia Airlines System Bhd (MAS).
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor ketika ditemui di majlis walimatul urus bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Pulau Pinang, Zulkifli Ibrahim menambah, rakyat hendak tahu
pengangkutan awam manakah yang diberikan keistimewaan.
"Kerajaan kena akur dengan saranan ini kerana selagi tidak menyenaraikan perkhidmatan awam manakah yang akan diutamakan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) selagi itulah rakyat akan terus mempertikaikan, " tegasnya.
Kemudahan awam perlu diperbaik segera kerana negara memerlukan mutu perkhidmatan yang selari dengan kemajuan yang bakal dikecapi.
Dari dulu hingga sekarang, mutu perkhidmatan awam negara sering dikritik kerana tidak bermutu.
"Pujian haru diberikan kepada TPM kerana mahu gunakan RM4.4 bilion wang subsidi minyak untuk memperbaiki perkhidmatan awam, " terangnya.
Asalkan jangan sekali-kali menipu rakyat hasil kewangan yang sepatutnya digunakan bagi kemudahan awam digunakan untuk menyelamatkan projek kroni atau individu tertentu.
Tambahan pula, sekarang ini terlalu banyak kroni yang sedang nazak disebabkan oleh kelemahan pengurusan.
Menyentuh mengenai peranan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) beliau berkata, Gerak akan terus menjadikan isu kenaikan harga minyak sebagai agenda utama.
Gerak juga meminta kajian terperinci dibuat untuk mengetahui kelemahan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hingga sekarang.
Ini kerana, RM500 bilion telah dilenyapkan semata-mata untuk menyelamatkan kroni yang nyata bermasalah.
"Siasatan terperinci kena dibuat dari zaman pemerintahan Tun Mahathir hingga sekarang. Barulah rakyat tahu ke mana kewangan itu disalahgunakan, " jelasnya.- mks.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke