Kalau dah Ahli Rukun Tetangga bertumbuk sesama mereka, bagaimana penagih dadah, penyamun, mat rempit, pencuri, penjenayah di kawasan tersebut nak hormat kepada pemimpin masyarakat setempat. Kenapa manusia berebut mendapatkan jawatan sedangkan jawatan tersebut adalah merupakan amanah dan beban yang akan dipersoalkan satu demi satu di akhirat nanti. Ingat, jika jawatan tersebut akan menjanjikan pengaruh, projek dan ganjaran dunia, jawatan tersebut juga akan menjanjikan api neraka jika ianya disalahgunakan.
Harian Metro 15 Mac 2006 Edisi Tengah: 'Saya cuba lerai tapi dibelasah' Oleh Ahmad Nazri Mohamad [EMAIL PROTECTED] Saya datang untuk meleraikan pertengkaran, tak sangka pula saya yang dibelasah, kata Ketua Umno Cawangan Taman Jujur, Zamani Musa, 41, mengulas kejadian pergaduhan di balai raya taman itu pada malam 8 Mac lalu. Dalam kejadian jam 9.30 malam 8 Mac lalu, kira-kira 10 orang termasuk seorang wanita cedera dalam pergaduhan dalam mesyuarat di balai raya Taman Jujur, Sikamat. Dalam pergaduhan itu, sekurang-kurangnya empat orang luka di kepala akibat dihempuk dengan kerusi dan gelas dalam mesyuarat Rukun Tetangga (RT) yang dihadiri lebih 70 penduduk setempat. Menceritakan kejadian, Zamani berkata, selaku pemimpin masyarakat setempat, dia hadir pada mesyuarat bermula jam 9 malam itu sebagai pemerhati. Katanya, sebaik mesyuarat ditangguhkan Pengerusi RT Taman Jujur, beberapa penduduk yang tidak berpuas hati berikutan tiada pemilihan ahli jawatan kuasa (AJK) baru diadakan sedangkan pengerusi terbabit sudah ditamatkan perkhidmatan. Ketika pengerusi itu bertengkar dengan pihak yang menuntut pemilihan itu, saya masuk ke balai raya untuk meleraikan mereka, tetapi ada yang mempersoalkan siapa saya untuk campur tangan. Kemudian saya ditolak dan ada orang mencekak kolar baju dan cuba menghentak kepala saya dengan gelas minuman yang dibawanya, katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Menurutnya, AJK Pemuda Umno cawangan, Ishak Mohamed Ismail turut masuk ke dewan untuk menyelamatkannya tetapi turut dipukul dengan gelas minuman hingga pecah sehingga menyebabkan luka di kepala. Zamani yang juga AJK Umno Bahagian Seremban berkata, pergaduhan itu berlarutan apabila adik-beradik Ishak merangkap Ketua Pemuda cawangan, Mohamed Ecbal dan Ketua Penerangan Umno cawangan, Jaimudeen datang untuk melerai pergaduhan dan menyelamatkan mereka, turut dipukul dengan gelas dan kerusi lipat. Kami sebagai perwakilan Umno Cawangan Taman Jujur datang sebagai pemerhati mesyuarat membabitkan penduduk setempat, bukannya datang dengan persediaan untuk bergaduh, katanya Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Taman Jujur yang terbabit dalam pergaduhan itu menjelaskan pemilihan AJK baru tidak dapat dibuat pada malam kejadian berikutan kesuntukan masa. Bazid Abd Hamid, 59, yang juga Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Jujur yang turut cedera berkata, perjumpaan dengan penduduk pada malam itu bertujuan menerangkan pembatalan jawatan Pengerusi RT. Katanya, surat pembatalan dan pemilihan AJK baru melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Md Yusop Harmain Shah, dihantar Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Japnin) Daerah Seremban bertarikh 7 Mac 2006. Pihak saya kesuntukan masa memaklumkan perkara itu kepada penduduk yang telah dipanggil melalui surat arahan mengadakan perjumpaan oleh Jabatan Perpaduan seremban atas jawatan Pengerusi RT bertarikh 3 Mac 2006. Persiapan jamuan dan lain-lain, lebih awal turut mendorong perjumpaan itu diadakan, katanya dalam satu kenyataan yang dihantar ke pejabat Harian Metro. Abd Bazid berkata, beliau berpendapat tidak wajar pemilihan calon AJK RT diteruskan pada malam kejadian berikutan ketiadaan wakil Japnin dan jawatannya sebagai Pengerusi RT baru berakhir pada 7 Mac lalu. Menurutnya, pergaduhan itu berlaku kerana ada pihak yang memaksanya supaya mengadakan pemilihan walaupun dia tetap dengan pendiriannya. Abd Bazid, bekas Ketua Umno Cawangan Taman Jujur berkata, pada malam itu bajunya dicekak sebelum belakang badannya dipukul dengan kerusi lipat, ditumbuk dan jatuh dilantai serta disepak. Menurutnya, isterinya yang cuba membantu turut dipukul sebelum tiga anaknya yang berada di luar balai raya masuk dan mempertahankannya daripada terus dipukul. http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20060315093910/Article/indexm_html Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya" __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
