Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Ada yang laporkan 50,000 manakala The Star dan The Sun laporkan 100,000 demikianlah liputan yang diberikan terhadap demonstrasi jalanan yang berlaku di Bangkok semalam.
Rakyat Thai keluar beramai-ramai dan berkumpul di luar Pejabat Perdana Menteri Thai Thaksin Sinawatra menuntut agar beliau meletakkan jawatan dan berundur sebagai PM Thai.
Slogan mereka Protes Sampai Undur!
Thaksin dituduh terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kemuncak kemarahan rakyat berlaku apabila keluarga beliau menjual pegangan mereka di dalam sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Thailand iaitu Shin Corp (syarikat korporat yang ke 7 terbesar di Thailand) kepada sebuah syarikat GLC Singapura, Temasik Holdings dengan harga 1.9 billion Dollar Amerika.
Yang menariknya seramai 20,000 anggota polis Thai telah dikerahkan untuk mengawal keadaan, dan difahamkan perhimpunan aman tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekacauan dan pihak polis walaupun berhadapan dengan jumlah penunjuk perasaan yang begitu ramai, sedikit pun tidak menggunakan kuasa untuk bertindak ke atas mereka itu.
Demikianlah demokrasi dan dan hak asasi dipelihara dan dipertahankan oleh negara jiran kita di utara.
Apabila rakyat di Malaysia berhimpun di KLCC dua minggu berturut-turut (seluruh warga di segi tiga emas KL terpaku) peliknya akhbar-akhbar tempatan sedikit pun tidak membuat laporan atau liputan terhadap perhimpunan itu. Dan minggu lepas, demonstrasi aman rakyat Malaysia yang bilangannya tak sampai pun satu per sepuluh dari angka di Bangkok itu telah dileraikan dengan cara keras oleh pihak polis walaupun tiada kekecohan atau kekacauan yang tercetus.
Demikianlah juah bezanya antara kita dan mereka, walaupun kononnya kita lebih maju dan serba kehadapan. Kuman di seberang Sg Golok kita jaja dan besar-besarkan, gajah bersila diatas pangkuan kita selamba buat tak tahu.SILA KE BLOG ROSLAN SMS
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
