Assalamualaikum,

Huraian lebih detail saya perolehi dari group untuk di kongsi bersama
rakan2.


"Life is a mystery to be lived, not a problem to be solved. Its neither
a bed of roses nor a carpet of thorns, it's just what you make of it."
Siti Khatijah Mohammed Hassan
Roche Diagnostics (M) Sdn Bhd
Tel Direct Line: 603-7967 2223
    General Line: 603-7955 5039
Fax: 603-7955 5611




Assalammualaikum.....
Saya mendapat information ini ketika melayari laman
al-ahkam. Diharap dapat membantu.
------------------------------------------------------------------------
---------

1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut
ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi
mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi,
hal.89-09):

[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam
masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut
yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang
menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani
enggan mewarna rambut dan mengubahnya dengan
beranggapan, antaranya ialah berhias
dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti
peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan
oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.

Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid)
kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka,
supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang
berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu
Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan
rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR
Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat,
sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat,
seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya
tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai
bin Ka'b dan Anas.

Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut?
Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau
mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di
kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarna
dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa
bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari
penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang
terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban)
tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah,
tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan
warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata:
"Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah
masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah
berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna
hitam." (Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan
warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah
bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna
hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat
menakutkan musuh. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam
masih kelihatan muda. (Fathul Bari).

Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: "Sebaik-baik bahan
yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR
Tarmizi dan 
ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang
mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan.
Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna
rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya
dengan inai sahaja.]

*****intaha al-Qardhawi****

----------
Masalah:
Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang
berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan
nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah
beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi
(kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita
mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang
kafir.

Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa
yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna
perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam
mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya
kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya
kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan.
Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana
mengamalkan budaya
punk.

Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w.
terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab
sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa
mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak
tidak mengiktiraf perlakuan begini.

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia
tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)

-----------
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan
hadas.
Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan
air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali
ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati
jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit.
Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi
dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni
dari Abu Rafi' dengan sanad Dha'if. (Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal
Ahkam, vol 1, hal.
57-58)

------------------------
Kembali kepada soalan: Apakah pewarna dari syarikat
tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua
penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk
berkenaan:
1. Bebas dari najis.
2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk
atau mandi hadas.

Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya
tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas.(ibid)

Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu
yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan.
Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan
hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu
selepas memakainya tidak berhadas langsung samada
besar ataupun kecil.

------------
Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air
ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia
berfungsi seperti inai atau za'faran atau kunyit, maka
tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor
dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.

------------
Kami hanya dapat menukilkan hukum secara umum. Secara perinciannya,
bolehlah melakukan penelitian sendiri terhadap bahan berkenaan, atau
bawa kepada orang dalam bidang berkenaan, atau bertanya kepada pihak
JAKIM (but I probably could get better information from my
dead   father from the grave..) Untuk melakukannya
hendaklah berdasarkan kepada garis panduan di atas.
Dan, sesiapapun boleh melakukannya, tidak semestinya
ulamak / ustaz.

+++++++++++++++
wassalam


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




=======================
Manuka Honey daripada Bee Treasures - Terbaik Untuk Seisi Keluarga. Tel:
019-2100012, Email: [EMAIL PROTECTED]

Amway & Transfer Factor Distributors & Indon maid provider.
[EMAIL PROTECTED], 017-3218365

Set Bersalin Tropical Herbs - Nilai Terbaik Ibu dan Bayi:
[EMAIL PROTECTED]

Penawar Resdung Herba: http://penawarresdung.blogspot.com

Homemade KEK LAPIS, Western food & pastry. Nadia 012-3751444,
http://nadialoretta.fotopages.com

Bio Sanitary Pad. Pad herba untuk wanita. Yan 019-7693592 
Yahoo! Groups Links



 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke