Apa-apalah........
Lain orang lain ceritanya...... sumber yang rasional pun ada kat EPU. Sebelum
buat apa-apa conclusion tak salahnya gi tengok buat own research. Saya pun
kurang setuju minyak naik tapi bila diberi penerangan dan faham, memang ada
rasionalnya......
Kalau besok bila malaysia dah jadi negara penguimport minyak suka atau tidak
kita akan terikat pada harga sebenar minyak dunia yang mana pada masa itu
adalah berkali ganda dari harga subsidi. Pada masa tu mana kerajaan nak cari
duit subsidi? Nak amik dari cukai yang kita bayar? Dari pada guna duit cukai
untuk buat subsidi minyak kenderaan persendirian, lebih baik duit tu diguna
untuk subsidi keperluan lain seperti pelajaran, kesihatan, pengangkutan awam,
kebajikan, etc. Lagi berfaedah kepada semua. Iyelah, kalau subsidi diberi ke
pengangkutan awam adalah lebih baik dan efficient kerana semua boleh merasa
berbanding memberi subsidi ke kenderaan persendirian. Lagipun bukan semua orang
pakai kereta. Ada yang pakai kereta besar, maka dgn secara tidak langsung dia
amik bahagian subsidi yang besar. Dah tu, ada juga ynag jual kat pasaran luar,
buat untuk menyalahgunakan subsidi.
Saya setuju kalu kongsi kenderaan kerana ianya lebih adil. Kenderaan yang saya
maksudkan ialah kenderaan awam yang berpatutan dan reliable. Ada org kata
improve pengangkutan awam dulu barulah kurangkan subsidi minyak. Masalahnya,
siapa nak naik kenderaan awam kalu mampu bawa kereta sendiri? Macamana
kenderaan awam nak hidup kalau kurang penumpang? Penumpang pula kata siapa nak
naik kenderaan awam sebab tak reliable? It is chicken & egg problem. Kit akena
start from somewhere. Tapi dlm masa yg sama mana boleh bagi subsidi kedua-dua
sekali. Membazir woo..
Kerajaan pun dah janji nak improve public transport, maka berilah peluang. Dulu
masa LRT diperkenalkan, berapa ramai sangat orang nak pakai? Masa tu tiket
punyalah mahal. Baik pakai kereta sendiri. Dan LRT sendiri pernah nak bangkrupt
sehingga kerajaan take over dan kena subsidi. Tapi cuba tengok sekarang,
keaddanya jauh berbeza. Dah sesak dan padat. Begitu juga ERL. Tiket bulanan ERL
pun jauh lebih murah dari tiket harian. Tinggal lagi sistem feeder bus yang
tambang murahnya belum reliable. Basnya pun selalu kosong sebab takde orang nak
naik.
Baru ni, RAPIDKL pun dah umumkan sistem rangkaian pengangkutan awan RM 2 di
sekitar KL. RM2 sebab dah kena subsidi kerajaan nak galakkan orang awam guna.
Bukankah elok camtu. Mudah-mudahan kesemua sistem integrated dan berpatutan ini
diperluaskan bukan setakat lembah Klang tetapi ke seluruh negara. Kalau
penangkutan awam dah cekap, mesti ramai yang gunakannya dan tak adalah
kesesakkan jalanraya sana sini. Insiden, potong Q guna lorong kecemasan,
"kiasu" atau samseng jalanraya pun kurang. Tak payah lah nak bina jalan-jalan
raya , highway yang membazir tu. Baik duit tu diguna untuk pengangkutan awam
atau keperluan lain. Kereta kat rumah pun boleh kita jual dan beli yang kecik
je untuk tujuan sekali sekala/emergency. Jimat duit maintainance dan
installment bank bulanan. Itu belum masuk lagi kerugian akibat susut nilai
kenderaan yang boleh dielakkan.
Pihak lori pengangkutan pula kata kos penghantaran naik. Ia memang betul naik
tapi sebenarnya ianya boleh diminimumkan dengan kaedah amalan kecekapan. Ini
tidak, angkat barang sikit guna lori besar (cuba tengok kat highway tu). Tak
efficient langsung. Itu belum lagi dengan stail mereka memandu laju macam
pelesit kat lebuhraya (ramai yang dah komplen ni). Makin laju dipandu, makin
laju lah lori dia cekik minyak. Dah tu, selalu tak amalkan periodical
maintenance. Asap ekzoz menyembur hitam pekat. Dari situ dah nampak yang sistem
pembakaran minyak kat enjin tak efficient. Bila tak efficient maka mesti guna
banyak minyak.
Yang pengusaha bas sekolah ni pulak, pergilah apply e-Diesel. Nak minta subsidi
lebih macam tu sahaja memang agak susah tapi tunjuklah kertas kerja kena minta
lebih kat kementerian terbabit. Kerajaan cuba bagi yang minimum kerana cuba
mengurangkan risiko diesel subsidi kita disalahguna dan dijual kepada pasaran
gelap. Sekarang ni pun dengar kata kerajaan nak siasat sistem pemberian minyak
bersubsidi ke nelayan. Jumlah diesel ditingkatkan tapi jumlah penangkapan ikan
menurun. Faktor-faktor lain juga diambil kira. Bukan apa takut-takut ada dalang
yang ambil kesempatan menjual subsidi minyak ni untuk untung lebih (macam kes
jual baja subsidi dululah). Kes nelayan tempatan menjual ikan ke nelayan asing
ditengah lautan bukan cerita baru. Tidak mustahil minyak yang juga bahan
komoditi boleh dijadikan bahan jual beli. Ada segelintir orang yang tidak jujur
dan amik kesempatan.
Ada satu pelajaran yan saya dapt dari rakan-rakan dari Kelantan. Kawan saya
pernah berkata, kalau kita ingin membantu saudara mara kita, jangan terus
menerus memberi bantuan duit kerana duit itu akan habis begitu sahaja. Tetapi
bantulah dia dengan kemudahan. Contohnya, kalau kita peniaga warung tomyam,
kita ajak dia bekerja dengan kita supaya saudara kita akan dapat gaji dan
pengalaman. Lepas tu ajar dia cara berniaga dan bila dah OK, pinjamkan dia
bantuan modal berniaga dan berdikari di tempat lain. Sekurang-kurangnya
sama-sama "Win-Win situation". Kita tidak perlu terus menerus dibebani memberi
duit dan pada masa yg sama orang yang kita bantu boleh berdikari dan mencari
duit sendiri dgn ilmu dan modal yang kita bantu. Cara ini lebih mapan atau
"sustainable". Sebab itulah ramai orang kelantan ni ramai yang berjaya dikenali
sebagai usahawan samada kecil-kecilan atau korporat.
Begitu juga dengan kes minyak ni. Subsidi berterusan tidak akan ke mana atau
kekal. Subsidi ini sepatutnya digunakan untuk tujuan bantuan dan modal ke arah
yang lebih baik dan berdaya saing sehingga satu tahap boleh berdikari atau
"sustain". Daripada berterusan digunakan untuk subsidi kenderaan persendirian,
adalah lebih baik digunakan untuk memberi subsidi kepada kendaraan awam.
Sekurang-kurangnya boleh menyelesaikan masalah "chicken & egg" tadi. Kalau
ramai yang guna kenderaan awam maka pengusaha pengangkutan awam boleh
beroperasi secara lancar, cekap dan mempunyai pendapatan tetap. Bila keuntungan
tetap maka perkhidmatan boleh di berikan secara reliable dan cekap. Akhirnya
pengangkutan awam boleh hidup dan memberi manafaat kepada orang awam juga.
Sekurang-kurangnya, bila rakyat dah menggunakan kenderaan awam dan tidak
bergantung lagi pada kenderaan sendiri, subsidi minyak kenderaan persendirian
akan dikurangkan lagi sekaligus mengekang penyeludupan minyak dipasaran. Juga,
pada ketika Malaysia jadi negara pengimport minyak, bila subsidi minyak
kenderaan persendirian dihapuskan atau di kurangkan, orang awam tidak akan
merasa beban kenaikan harga minyak yang keterlaluan. Dan pada masa itu jika
kerajaan hendak membantu untuk mengurangkan kos pengangkutan, kerajaan cuma
perlu mambantu sdikit subsidi ke pengankutan awam dan juga sektor-sektor yang
melibatkan perkongsian awam. Cara sebegini adalah lebih sustainable, berdaya
saing dan baik untuk untuk kita.
Memang betul minyak ini anugerah ilahi dan kita cuma boleh menganalisa dan
menjangka bila ianya akan "habis". Ramai yang mempersoalkan ketepat minyak akan
habis. Mungkin betul minyak tak akan habis tapi yang pasti minyak akan jadi
sukar diperolehi. Syarikat minyak terpaksa mengali telaga lebih dalam dan
mencari telaga-telaga baru. Semua ini melibatkan kos dan ianya sentiasa
meningkat. Sekiranya kita terpaksa mengali lebih dalam dan mengunakan jentera
yang lebih besar capasitynya untuk menyedut minyak, maka sudah tentu kos per
isipadu minyak akan meningkat. Mahu tak mahu, harga minyak juga akan terus
meningkat. Juga Statistik penggunaan minyak dalam negara terus meningkat selari
dengan pengingkatan GDP negara. Dengan membandingkan kadar peningkatan
penggunan minyak dlm negara dengan statistik pengeluaran minyak negara,
dianggarkan dalam kira-kira 10-15 tahun lagi negara kita akan jadi negara
pengimport minyak. Bila sudah jadi pengimport, sudah tentulah negara tertakluk
kepada harga pasaran minyak dunia yang turun naik. Maka pada masa itu sekiranya
negara sudah tidak mempu nak beri subsidi, harga minyak kat kiosk akan sentiasa
berubah macam yang berlaku sekarang kat Singapora, Thailand, negara lain, dll.
Tetapi sekiranya pada masa itu kita (org awam) telahpun bebas dari bergantungan
harga minyak, kesannya tidak lah terlalu berat kerana kita menggunakan
pengangkutan awam yang sebahagiannya dibantu oleh kerajaan. Pastinya, orang
awam yang akan merasa keperitannya ialah orang-orang kaya yang menggunakan
kereta persendirian. Masa itu kerajaan tidak perlu nak beri subsidi minyak ke
kenderaan persendirian kerana bila mereka pakai minyak maksudnya mereka ini
mampu membayar kemewahan yang mereka beli. Keadaan inilah yang sedang berlaku
di negara-negara maju seperti Jepun, Singapura, Denmark, Norway, dll. Orang
awam kat sana majoritinya mengunakan kenderaan awam yang mana kadar tambangnya
dikawal oleh kerajaan. Jalanraya pun tak sesak sangat .
APa yang kerajaan perlu ialah memantau dan membantu pengangkutan awam dan
sektor yang melibatkan orang awam seperti pelajaran, kesihatan, kemudahan asas,
dll. Saya kira begini lebih baik kerana bantuan (atau subsidi jika ada pada
masa itu) lebih bermakna.
Sebahagian dari duit subsidi tenaga juga dijangka akan di salurkan kepada
aktiviti-aktiviti yang lebih mapan atau sustainable. Contohnya, bantuan
penyelidikan sumber tenaga-tenaga baru seperti solar, biomass, fuelcell dan
juga usaha-usaha ke arah kecekapan tenaga. Kalau dilihat, dunia akan mengalami
kesusutan bekalan minyak untuk tenaga di masa hadapan. Kerana permintaan sumber
tenaga yang terhad ini lah beberapa negara besar sanggup menceroboh dan
berperang demi mendapat minyak untuk menyokong keperluan tenaga di negara
mereka. Ini lah yang terjadi di timur tengah dan negara arab. Pada masa kita
"mewah" minyak inilah sepatutnya duit keuntungan Petronas atau sebahagian
subsidi untuk tenaga di salurkan untuk tujuan pembanguna tenaga alternatif dan
penjimatan tenaga. Petronas selain daripada membuat pelaburan dan mencarigali
minyak di luar negara, sepatutnya lebih proaktif dalam membangunkan teknologi
dan aplikasi tenaga alternatif. Sekiranya petronas masih ingin wujud dalam
perniagaan, maka sudah sepatutnya petronas mempelbagaikan pencarian sumber
alternatif. Dah banyak dah syarikat gergasi minyak yang tumbang kerana tiada
perniagaan. Kalau ada pun atas sebab perniagaan JV dengan negara pengeluar
minyak. Sesetengahnya masih mampu bertahan kerana berjaya mendapat kontrak
minyak dengan bantuan politik negara mereka samada secara rundingan diplomatik
atau penjajahan secara paksa (berperang macam kat Iraq, syarikat penceroboh
yang menyedut minyak kat sana).
Demi keselamatan negara samada ekonomi atau diplomatik dan dibuli dengan
pasaran tenaga dunia, negara kita perlu mengurang kebergantungan kepada minyak
dan mencari sumber tenaga yang sustainable seperti renewable energy. Tetapi
pemakaian sistem renewable energy ini masih terlalu baru di Malaysia dan masih
mahal untuk dilaksanakan. Disini berlaku lagi rantaian masalah "chicken & egg".
Industri RE dikatakan mahal kerana kurang permintaan, bila kurang permintaan
maka sudah tentu pemasanganya mahal. Dan permintaan dari sektor penjanaan
tenaga/ pengguna sudah tentu menolak sistem RE ini kerana mahal tetapi dalam
masa yang sama mahu mengekalkan kadar tenaga / minyak yang rendah. Di sini
peranan kerajaan diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini dengan
menyalur/menyuntik peruntukan dan kemudahan yang membolehkan sistem RE ini
berjaya dan di terima pakai di Malaysia. Tapi dari mana dana tersebut?
Jumlahnya bukan sikit. Sudah tentulah dari sebahagian subsidi minyak/tenaga
tadi. Bukan ambil semua pun cuma beberapa portion sahaja. Sekurang-kurangnya
pelaburan untuk RE ini ada pulangannya pada jangka panjang malah (macam kes
cerita kawan dari kelantan tadi itulah). Bukan itu sahaja, sekiranya industri
RE ini berkembang, ia juga boleh menjana ekonomi negara serta memberi peluang
pekerjaan domestik kepada rakyat Malaysia. Para pemyelidik tempatan dan pelajar
berpeluang memajukan diri dalam bidang RE dan apabila sudah cekap nanti, tidak
mustahil kita pula menjadi pengeksport teknologi dan sistem RE kepada negara -
negara lain. Peluang perniagaan RE ini amat tinggi kerana di masa hadapan ia
akan menjadi sistem yang paling diperlukan di dunia kerana ianya lebih
sustainable dan menjaga alam sekitar.
Kita negara bertuah kerana dikurniakan iklim yang sangat baik. Industri kelapa
sawit kita berpotensi sangat besar untuk dimajukan lagi kerana ianya
menyediakan peluang penyediaan biodiesel yang besar. Berbanding dengan kacang
soyo, jagung, tebu, etc. Dikatakan, kelapa sawit mempunyai nilai produk RE/tan
yang lebih tinggi. Dari minyak kelapa sawit hingga ke tandan dan "waste" boleh
digunakan untuk tujuan RE. Teknologi pengguna diesel dari kelapa sawit atau
bio-diesel sebenarnya sudah lama wujud di Malaysia. Tinggal lagi sukar
dikomersilkan kerana minyak bio-diesel ini lebih mahal dari diesel petroleum
kita (kerana disubsidikan). Kerajaan mempunyai perancangan serius untuk
memajukan sektor bio-diesel ini kerana inilah sumber tenaga alternatif yang
bukan semua negara memilikinya. Sekiranya industri bio-desel ini matang maka
kita boleh bebas pergantungan dari pada petroleum. Selagi ada matahari dan
pengurusan ladang yang baik maka dengan izin Ilahi kita akan boleh kekal
memenuhi keperluan tenaga untuk rakyat.Bukan itu saja, malah kita boleh
mengeksport produk biodesel ini ke negara-negara yang memerlukannya. Kalu
tengok kat surat khabar semakin ramai syarikat negara luar berebut-rebut hendak
menjadi JV dalam industri biomass dan bio-diesel kerana mereka sudah lama
menggunakanya. Di Brazil, umpamanya sudah lama menggunakan methanol dari gula
untuk sumber tenaga RE. Itu belum lagi kira peluang pekerjaan kepada rakyat
malaysia sendiri.
Dengan itu, saya percaya apa yang dilakukan oleh kerajaan memang ada
rasionalnya. Tidakkan kerajaan begitu bodoh dan mengambil langkah yang memakan
diri secara melulu. Sekiranya semuanya berjalan lancar, dan dalam masa yang
sama kita semua mengamalkan kecekapan tenaga di senua aspek, saya yakin satu
hari nanti negara kita akan bebas dari bergantung dengan minyak petroleum dan
tidak terumbang-ambing dgn harga turun naik minyak secara mendadak.
Sekiranya ditakdirkan minyak kita masih belum habis, dan kadar permintaan
minyak petroluem domestik menurun berbanding kadar pengeluaran minyak, maka
anggaplah itu satu bonus kepada negara kita. Duit keuntungan minyak tersebut
boleh terus disalur ke aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengguna awam, spt
pelajaran, kesihatan, kebajikan, etc. Sebagai contoh, negara Norway pada masa
dulu terlelu bergantung kepada import minyak. Di sebabkan kebergantungan
tersebut serta survival, mereka terpaksa mengguna/membangunkan sistem RE
seperti solar, arus lautan, angin, geothermal, biomass untuk mengurangkan
kebergantungan pada minyak petroleum. Hasilnya, timbul bermacam-macam program
serta kesedaran terhadap RE dan kecekpan tenaga. Dan bila minyak ditemui di
North Sea (Norway), mereka masih meneruskan amalan RE & kecekapan tenaga dan
hasil petroleum negara dijadikan export dan menjadikan Norway salah sebuah
negara kaya (satu bonus bagi mereka). Duit inilah juga digunakan untuk
memajukan sistem prasana negara seperti pendidikan, pengangkutan, kesihatan,
dll. Semasa saya pergi ke Denmark, Norway dan Jepun, saya sempat bertanya
kepada rakyatnya kenapa mereka tidak mengunakan kereta pergi kerja? Mereka
mengatakan kereta hanya untuk kegunaan kecemasan. Harga petrol terlalu mahal
berbanding dengan pengangkutan awam. Malah satu pembaziran jika membeli kereta
kerana ianya sebenarnya tidak perlu memandangkan publik transport adalah
memadai dan cekap. Kereta yang dikeluarkan dalam negara (Jepun dan Sweden)
adalah untuk pasaran luar negara. Berjalan kaki beberapa meter dari stesen bus
ke rumah adalah sangat digemari kerana mereka menganggap itu adalah satu riadah
yang menyihatkan. Malah kalu nak naik pejabat beberap tingkat mereka sanggup
menggunakan tangga berbanding dengan lift. Begitu jauh berbeza cara mereka
dengan kita. Di Malaysia, ramai yang malas nak berjalan kaki. Kalau boleh
masing-masing hendak park kereta depan pintu rumah masing-masing. Parking jauh
sikit dah mula bising. Maka tidak heranlah ramai yang kena sakit itu dan ini
kerana kurang penjagaan kesihatan.
Sekian.
Kalau pengangkutan awam
-----Original Message-----
From: grad it
Sent: 2006-03-14T03:20:23.000Z
To: [email protected]
Cc:
Subject: Bismillah [hidayahnet] ISU SEBENAR DISEBALIK KENAIKAN HARGA MINYAK!
Assalamualaikum.
Sehingga kini banyak pehak telah memberi idea pro dan kontra disebalik
kenaikan harga minyak yang mengalami kenaikan sejak 28 Februari 2006 yang
lalu. Ada pehak yang menentang tidak kurang yang berkecuali serta ada pehak
yang menyokong dasar kerajaan menaikkan harga.
Kali ini saya ingin membuka fakta apa isu sebenar disebalik kenaikan harga
minyak sebanyak 30 sen sehingga menjadi kemarahan pada banyak pehak. Pada pehak
Pemerintah dinasihatkan berhati-hati membawa isu ini kerana sedikit kesilapan
akan membawa padah yang buruk pada negara. Ibarat menarik rambut dalam tepung ,
rambut tak putus dan tepung tak rosak.
Jika tak pandai membawa pada jalan penyelesaian, dikhuatiri negara Malaysia
terjebak dalam Gelombang Kebangkitan Rakyat di Asia Tenggara seperti mana yang
berlaku pada negara jiran Thailand dan Filipina.
Isu sebenar nya ialah harga minyak pada pasaran antara bangsa telah menurun
dari US Dollar 70 setong pada tahun 2005 kepada US 60 Dollar setong pada awal
tahun 2006. Di jangka harga minyak mungkin turun lagi jika tidak berlaku
peperangan seperti peperangan Amerika dengan sekutu PBB melawan Iran.
Jadi tiada sebab mengapa negara Malaysia selaku negara pengeluar minyak
hendak menaikkan harga minyak . Sepatutnya yang berlaku penurunan harga minyak
ekoran kejatuhan harga minyak dipasaran antarabangsa!
Mengikut data dari Petronas, Perolehan kos operasi oleh PETRONAS pada tahun
2004/2005 hanya 5.89%atau 9.54 sen bagi setiap liter petrol RON97, RM1.62
perLiter(sumber:PETRONAS).
Bermakna bagi setiap liter minyak petrol kos operasinya hanya berkisar pada
9.54 sen. ( tidak sampai sepuluh sen) Dan jika dijual pada harga sebelum 28
Februari ,pehak kerajaan masih lagi mengalami keuntungan sebanyak RM 1.524 bagi
satu liter!
Jadi dimana rasionalnya untuk menaikkan lagi harga minyak sebanyak 30 sen?
Dikatakan pehak kerajaan terpaksa menampung subsisdi pada paras harga minyak
dipasaran antara bangsa yang berkisar sebanyak RM 2.00 seliter!
Jika negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak tidak timbul soal isu
subsidi! Isu subsidi hanya berlaku jika negara Malaysia bukan sebagai negara
pengeluar minyak dan terpaksa mengimport minyak. Jika harga pasaran sebanyak RM
2.00 seliter dan di Malaysia harga minyak berkisar pada harga RM 1.92 sen
barulah dikatakan pehak kerajaan membelanjakan subsidi 8 sen bagi setiap liter
petrol!
Tapi dimana rasionalnya jika kos operasi hanya sekitar 0.94sen ( tidak sampai
sepuluh sen) seliter dan dipehak kerajaan menaikkan lagi sebanyak 30 sen. Ini
bukan dikatakan memberi subsidi minyak tetapi menekan kuasa beli rakyat dan
menindas rakyat untuk kepentingan pehak kapitalis dan kroni kerajaan!
Amat malang minyak adalah anugerah Illahi pada rakyat Malaysia tetapi yang
merasainya ialah pembesar negara, wakil-wakil rakyat serta kroni negara. Pada
rakyat jelata tidak merasai apa-apa. Pada majoriti masyarakat rakyat Malaysia
seperti orang kampung , buruh kasar, para nelayan dan petani serta yang bekerja
sendiri akan merasa kesempitan hidup ibarat kais pagi makan pagi dan kais
petang makan petang!
Ini adalah suatu kezaliman dan penindasan pehak pemerintah pada rakyat
jelata. Pehak pemerintah memberi alasan terpaksa mengawal pengeluaran minyak
dengan menaikan harga kerana simpanan minyak di Malaysia hanya mampu menampung
bertahan selama 10 tahun sahaja!
Persoalannya wajarkah alasan yang sedemikian? Selama beberapa lama simpanan
minyak mampu bertahan, pada Allah jua yang menentukan.Pada pehak yang
dipertanggungjawab menjaga amanahnya hanya mampu menganalisa tetapi tidak
semestinya tepat! Pehak pemerintah sepatutnya berpegang pada janji Allah
bahawa jika rakyatnya beriman dan bertaqwa, maka bantuan Allah akan tiba
sepanjang masa dan bukan sekitar 10 tahun sahaja!
Ibarat menentukan rezeki para nelayan, kita tidak mengetahui sejauh mana
simpanan ikan dalam laut dalam! Dan adalah haram untuk bergantung pada
spekulasi dalam menentukan harga ikan . ini adalah ibarat perjudian dan yang
sepatutnya adalah pergantungan pada Illahi akan rezeki, ajal dan jodoh!
Inilah bahananya jika para pegawai kerajaan samada yang dilantik atau yang
memegang amanah dari rakyat tidak Mengenal Tuhan dalam menjalankan tugas pada
rakyat! Tidak terasa Tuhan adalah Penentu segala-galanya! Yang dirasai hanya
wang! Keseluruhan pemikiran dan kehidupan mereka bergantung pada wang untuk
hidup! Ibarat haiwan yang tidak berakal! Haiwan mana ada pergantungan pada
Illahi. Semuanya mengikut hawa nafsu!
Sudah tiba masanya kenaikan harga minyak dikaji semula. Kita tidak mahu
rakyat Malaysia yang berlemah lembut bertukar seperti rakyat Thailand dan
Filipina yang menganjurkan demontrasi!
Demontrasi dan revolusi mana ada dalam Islam! Yang ada hanyak kaedah EVOLUSI
. Kaedah lembut dan lunak . Jika para pemimpin terasa kewibawaan mereka semakin
menurun, baik mereka turun dari jawatan secepat yang mungkin! Supaya hak dan
amanah rakyat dipulangkan kembali pada mereka yang lebih berhak! Hak
pemerintahan menurut Islam!
Wassalam.
Dari Moderator
SiberMelayu.
Kamunting.
---------------------------------
Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/