-------------------------------------------------------------------------------
From: Siti Khatijah Hassan 
Subject: FW: Rahsia Yang Tidak Di ambil Peduli.. 

 
Assalamualaikum w.b.t/Salam Sejahtera,


;-)


Sekian, terima kasih

''HAYATILAH KRISTAL KITA''

SITI KHATIJAH HASSAN
CREDIT MANAGEMENT UNIT SELANGOR
CUSTOMER SERVICES MANAGEMENT
NO TEL : 03-40214949
NO FAX : 03-40225500
E-MAIL : [EMAIL PROTECTED] com.my





Benarkan kita BERIMAN KEPADA QURAN DAN KITAB ALLAH SWT? 

  Sila rujuk Surah Yusuf ayat 43 � 50, 

  [43] Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi 
melihat: Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, 
dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi 
yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (! yang hadir), terangkanlah kepadaku 
tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai mentafsirkan mimpi". 

  [44] Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur 
aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang 
sedemikian) itu". 

  [45] Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka 
yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah 
berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. 
Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ". 

   [46] (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang 
yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi 
melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; 
dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang 
kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku 
itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". 

  [47] Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun 
berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada 
tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk 
makan. 

  [48] Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, 
yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari 
apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). 

   [49] "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai 
beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun 
dan sebagainya)". 

  [50] Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia 
kepadaku! "Maka ketika utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap 
raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah 
kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka? 
Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka.   



  RUJUK KEADAAN EKONOMI SEBENAR   



  Jika kita rujuk kepada keadaan ekonomi dunia, bermula dari tahun   



  1977   - 1984 : Tahun yang hebat. Sekitar tahun tersebut, Malaysia telah 
berkembang maju dengan sector pertanian, banyak ladang dibuka dan pertanian 
menjadi sumber ekonomi Malaysia yang hebat. Beliau 4B, Merbau berdarah dan 
banyak lagi ladang dibuka untuk tanaman kelapa sawit dan lain-lain. Kebanyakan 
umat Islam, berkebun dan bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil yang boleh 
dijual dan mereka hidup di dalam keadaan yang mewah. Bertanah dan berwang.   



  1984   - 1991 : Tahun yang bermasalah Ketika itu negara sedikit mundur 
kerana, hasil pertanian mendapat kurangnya permintaan. ! Ditambah lagi dengan 
pengangguran yang teruk menghimpit rakyat Malaysia, berlaku pada tahun 1987 dan 
1988. Graduan keluar dan tidak mempunyai pekerjaan, walaupun mereka mendapat 
biasiswa dan pinjaman. Selain dari itu, secara globalnya, negara-negara lain 
juga menghadapi masalah yang sama. Oleh itu, penduduk kampung berhijrah ke 
Bandar untuk mendapatkan kerja-kerja. Meninggalkan ladang di kampung. Pertanian 
dikampung tidak lagi menjadi aktiviti penting, lalu orang tua yang tinggal 
mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan dan keadaan keluarga semakin 
berkurangan, adalah merupakan usaha untuk mengurangkan belanja di kampung. Di 
dalam tempuh ini juga kilang proton didirikan dan anak-anak kampung berhijrah 
ke bandar untuk memohon pekerjaan, namun peluang untuk menjadi vendor Proton, 
tidak ramai yang perolehi akibat kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan.   



  1991   - 1998: Tahun yang hebat Pelbagai industri dibuka dibandar dan 
pelaburan dari luar mencurah masuk. Perkembangan dapat dilihat dengan pembinaan 
bangunan pencakar langit, industri-industri dan Putra Jaya yang menelan belanja 
berbillion-billion ringgit. Ekonomi berkembang pesat, walaupun disestengah 
negara perang meletus, namun secara mutlaknya, dunia di dalam keadaan yang baik 
dan maju.   



  1998   -  2005 : Tahun yang bermasalah. Pada tahun 1998, Soros yang dikatakan 
punca kepada kejatuhan ekonomi, menyebabkan industri jatuh merudum dan 
penutupan banyak syarikat. Berlaku juga pengangguran yang lebih hebat yang 
menimpa negara Malaysia. Bermula pada tahun itu, maka Negara dengan sedikit 
demi sedikit cuba untuk pulih tetapi tidak seperti yang diharapkan. Kenaikan 
minyak yang berpunca dari peperangan dan bencana alam di Amerika menjadi 
alasan. Dan secara automatis, setiap negara di dunia menghadapi krisis minyak 
y! ang membebankan kesemua rakyat. Rakyat di seluruh dunia terpaksa membeli 
minyak dengan harga yang berlipat ganda, dan syarikat yang bersangkutan dengan 
minyak ini, mula menunjukkan kejatuhan di dalam tahun-tahun berakhir 2005.   



  KESIMPULANNYA: -   



  Dalam sedar tidak sedar, 7 tahun yang disebutkan, asyik sering berulang dan 
ramai diantara kita lupa dan tidak sedar bahwa ia sudah bertulis di dalam 
Al-Quran. Oleh itu bermula pada 2006 ini, marilah kita bersama-sama merebut 
peluang yang ada. Jika kita merujuk kepada Surah Yusuf diatas, jelas 
menunjukkan bahawa, Allah telah memberitahu dan jelas tertulis di dalam AlQuran 
untuk dijadikan panduan. Namun sikap umat Islam di Malaysia, yang tidak sengaja 
mengabaikan Al-Quran, secara tidak langsung tidak mengetahui isi dan rahsia 
yang cuba disampaikan. Jelas dengan ini bahawa, perlu kita mencontohi sikap 
umat Islam di Indone! sia yang menggalakkan anak-anak untuk Katam Quran dan 
terjemahannya sekali gus. Berlainan dengan penduduk Islam di Malaysia yang 
sebok mengejar jumlah berkatam dibandingkan dengan usaha untuk mengetahui isi 
kandungan Quran itu sendiri. 

  Pelbagai maklumat dan pentunjuk yang telah diberikan di dalam Quran, baik 
yang telah kita lalui mahupun yang akan mendatang. Merujuk kepada peristiwa 
9/11, ia sudah pun tertulis di dalam AL-Quran, sebagaimana pada suatu ketika, 
pernah hebat dibincang sesama kita akan surah yang merujuk kepada tarikh ia 
berlaku, ketinggian bangunan dan keadaan peristiwa itu. Cuma mungkin, bahasa 
yang berbunga di dalam Al-Quran, sengaja di lakukan kerana mungkin, untuk 
mengelak rahsia Al-Quran mudah diketahui oleh para kafir yang sentiasa mencari 
rahsia Islam untuk tujuan menjatuhkan Islam. 

  Dengan itu bersama-samalah kita mengambil kesempatan untuk mengumpul sebanyak 
mungkin harta dan peluang yang ada bagi mengukuhkan ekonomi Islam di dunia. 
Tidak lupa akan amal dan bersyukur kehadirat Illahi di atas segala pemberiannya 
. Rahsia ini adalah milik kita dan pada tahun 2006 ini, biarlah menjadi 
pemangkin akan kebangkitan Islam dan ekonominya, untuk kita dihormati oleh 
bangsa lain yang sekian lama cuba untuk memalukan dan menjatuhkan. Bantu sesama 
Islam, dan janganlah kita mengambil kesempatan atas bantuan yang saudara kita 
berikan. Buatkan ia menjadi bantuan yang sentiasa akan dikenang dan menjadi kan 
ia sebagai jambatan silaturahim sesama Islam, khas nya. Islam adalah merupakan 
agama yang mempunyai penganut yang paling ramai. Kuasa beli adalah milik kita, 
oleh itu jadikan ia senjata untuk kita terus maju. Fikir sebelum beli . 

  Kepada yang tamak haloba, kembalilah kembali pangkal jalan dan cubalah untuk 
berkongsi peluang sesama saudara Islam yang lain untuk merasai rezeki yang 
Allah berikan kepadanya. Semuga, sikap buruk ini terkikis dengan sendiri dan 
ditempatkan mereka di dalam syurga kelak. 

  Pertanyaan yang perlu kita jawab adalah, benarkah kita beriman dengan 
Kitab-kitab Allah (Rukun Iman yang ke-3). Jika benar, kenapa kerajaan dan 
rakyat tidak menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan kenapa kita tidak ketahui 
akan isi Al-Quran itu sendiri? Jika kita tidak mengiktirafkan AL-Quran, 
golongan apakah kita dan golongan apakah kerajaan kita? Perlu dijawab sendiri. 
Jangan jadikan masyarakat majmuk sebagai alasan, kerana sistem Islam baik untuk 
semua...







  .




-- 
Best regards,
MohdAli Tajuddin. 





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke