Belia-beliau kampung di Rembau sekarang ini bertekad bersungguh-sungguh untuk membawa Rembau ke arah daerah yang Bebas Jenayah dan Bebas Dadah dengan kerjasama Polis Daerah Rembau. Berikut ialah laporan terkini yang dikemukakan oleh belia Kg Chengkau mengenai kemungkinan kegiatan pelacuran di Pekan Chengkau untuk siasatan lanjut pihak polis. Belia-belia di Rembau sekarang ini sentiasa memasang mata dan telinga dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Mereka ini berada di mana-mana sahaja untuk mendapatkan maklumat di pasar-pasar, di kedai kopi, di ladang getah, di pusat snuker, di rumah-rumah tumpangan, di pasar tani dan di tempat yang tidak diduga.
Semoga Allah memberi pertolongan kepada belia-beliau
Rembau ini yang walaupun tidak tinggi pelajaran mereka
tetapi bersungguh-sungguh menjaga kampung mereka
daripada sebarang unsur jenayah dan sosial.
*********************************
Tarikh : 21 Mac 2006
Kepada :
Ketua Polis Daerah
Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau
Tal : 6852222 , Fax : 6857363
Assalamualaikum wrt wbt ,
Tuan ,
PER : LAPORAN AKTIVITI MENCURIGAKAN DI PEKAN CHENGKAU
Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini pihak
kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyiasat
aduan penduduk setempat yang mengesyakki terdapatnya
kegiatan pelacuran pada skala kecil di pekan Chengkau
bermula sejak seminggu yang lalu.
Menurut maklumat yang diterima kegiatan ini dilakukan
di premis kedai terbiar bekas Bengkel Besi Wajib Juta
di pekan Chengkau (dilampirkan pelan lokasi). Disyakki
2 lelaki Melayu awal 20an dan seorang wanita Melayu
umur 20an terlibat dalam kegiatan ini, mereka ini
dikatakan semuanya berasal dari Rembau. Salah seorang
lelaki Melayu tadi menurut ceritanya adalah merupakan
anak saudara kepada pemilik bekas Bengkel Besi
tersebut.
Aktiviti ini disyakki dilakukan pada setiap hari
antara jam 12 tengah malam ke jam 6 pagi. Mereka yang
menjalankan kegiatan ini dilihat menggunakan kereta
Proton Iswara Aeroback berwarna hijau muda metalik.
Oleh yang demikian pihak kami mengharapkan pihak tuan
dapat menyiasat perkara ini, dan sekiranya kes ini
benar diharapkan mendapat tindakan selanjut yang
sewajarnya daripada pihak tuan.
Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan
ucapan setinggi penghargaan.
Sekian , terima kasih.
KE ARAH REMBAU BEBAS JENAYAH DAN BEBAS DADAH
Yang menjalankan amanah,
Mohd Nidzamuddin bin Ishak
Jln Chengkau Lama, Kg Bongek, 71300 Rembau, NS
Nandri vanakam, mindum santhipom inshaALLAH
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
"Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Pelan Chengkau.xls
Description: 2895440621-Pelan Chengkau.xls
