Assalamu'alaikum.
 
Wahai rakyat Malaysia, kenalilah seorang lagi dari pemimpin dari golongan pemerintah yang turut mewarisi lidah bercabang parti nya yang telah dipetik dari dua sumber berasingan.
 
Sumber pertama di Lapuran 1 menyebut Nazri bersetuju agar Malaysia memansuhkan hukuman mati terhadap pesalah, walaupun ini bertentangan dengan kehendak Islam seperti dihuraikan oleh saudara Haslim Hassan.
 
Di Lapuran 2 pula, Nazri menyatakan bahawa tindakan undang undang akan diambil keatas individu (bukan Islam) yang didapati menghina Islam. (Saya kira, undang undang ini sepatutnya mengambil perhitungan dengan orang Islam juga)
 
Bagaimana seorang menteri dapat mengeluarkan 2 kenyataan berbeda terhadap isu yang hampir serupa? Apa, bukankah menidakkan hukuman Allah itu sama seperti menghina Islam?

 
From: "Hassan, Haslim"
Subject: Bincang hapus hukuman mati: Nazri

"Bagi saya, tiada siapa pun berhak mengambil nyawa orang lain, walaupun individu berkenaan bersalah membunuh orang lain," katanya (Nazri) kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Inilah petikan kata2 seorang pemimpin yg namanya Islam tetapi tak mahu ikut hukum Islam...bila ada pemimpin2 yg sebegini, mereka2 ini lah yg akan berusaha utk menghalang perlaksanaan hukum2 & undang2 Allah swt. Agak2lah, mereka2 yg mengundi/melantik pemimpin sebegini dapat saham kufur dgn Allah swt???


Al-Baqarah:
[2.178] Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Al-Maaidah:
[5.45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

[5.48] Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

[5.49] Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

[5.50] Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.


Muhammad:
[47.9] Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

Yunus:
[10.37] Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Lapuran 1
Bincang hapus hukuman mati: Nazri

KUALA LUMPUR: Cadangan memansuhkan hukuman gantung harus diberi pertimbangan serius dan perlu dibincangkan dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Peguam Negara mengenai kewajaran dan keberkesanan hukuman itu dalam pencegahan jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata secara peribadi beliau setuju dengan cadangan yang dibangkitkan pada mesyuarat agung Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini.

"Saya bersifat terbuka mengenai cadangan ini, tetapi ini hanya pendirian seorang menteri. Terpulang kepada Jabatan Peguam Negara menimbang segala kemungkinan dan mengesyorkan pendekatan terbaik.

"Bagi saya, tiada siapa pun berhak mengambil nyawa orang lain, walaupun individu berkenaan bersalah membunuh orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Usul memansuhkan hukuman gantung dibangkitkan pada mesyuarat agung ke-60 Majlis Peguam apabila majoriti anggotanya menyokong cadangan itu.

Individu yang mengusulkan cadangan itu turut memohon supaya semua perbicaraan atau mereka yang menunggu dijatuhkan hukuman gantung diberi penangguhan sehingga satu ketetapan mengenai pemansuhan hukuman berkenaan dicapai.

Antara lain, hukuman gantung disifatkan sebagai tidak berperi kemanusiaan, ketinggalan zaman dan tidak berkesan sebagai faktor pencegah jenayah.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri selaku menteri bertanggungjawab mengenai undang-undang, berkata usul menangguhkan hukuman gantung tidak boleh dilaksanakan.

"Hukuman gantung sudah lama menjadi sebahagian daripada undang-undang kita dan sudah sebati dengan sistem yang kita amalkan. Saya harap Jabatan Peguam Negara dapat memberi nasihat yang sewajarnya kepada kerajaan," katanya.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20060320231829/Article/

 
Lapuran 2.
 
Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html


Daily Telegraph

MALAYSIA'S de facto law minister has threatened to jail or fine non-Muslims who insult Islam, amid concern over recent articles perceived as attacking the religion.

Mohamad Nazri Abdul Aziz said the country's sedition act could be used on non-Muslims who make comments construed as belittling Islam.

"We will not think twice about using this law against anybody who incites," Mohamad Nazri, a minister in the prime minister's department, was quoted as saying in the Star newspaper today.

The minister said he was concerned over recent articles written about Islam by non-Muslims, and warned there was a limit to what could be said in the Muslim-majority country.

"I want to remind non-Muslims to refrain from making statements on something they do not understand," he said.

"We do not want to take away your rights but religion is an important matter, especially to the Muslims."

The minister's comments come amid heated debates over Islamic family legislation passed by Parliament last year, which critics say will help Muslim men to take multiple wives and claim property after divorce.

Malaysia also faced a storm of controversy in January over the Muslim burial of a Hindu whose wife disputed claimed he had ever converted to Islam, with non-Muslims protesting their rights were being infringed.

The daughter of former premier Mahathir Mohamad, Marina Mahathir earlier this month lashed out against a climate of fear surrounding the discussion of Islam in Malaysia, where Muslims live alongside ethnic Chinese and Indians.

A leading social activist and critic of the family legislation, she said it was becoming difficult for anyone other than Muslim men with religious backgrounds to speak about Islam.

The Sedition Act, introduced by former British rulers, is used to curb speech detrimental to the Government, inciting racial hatred, or questioning the rights of Malaysia's ethnic Muslim Malay majority.

Penalties include up to three years in jail or a fine of 5000 ringgit ($1880) or both.

Rights activists say the Government uses the act to curb political opponents and the media.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-news at 3/21/2006 09:14:00 PM


Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke