http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y= 
06&dt=17&pub==Utusan_Malaysia&sec==Bicara_Agama&pg=ยบ_02.htm

TANZANIA atau dahulunya dikenali sebagai Tanganyika ialah negara yang
terletak di bahagian timur Afrika. Ia bersempadan dengan Kenya, Uganda,
Rwanda, Burundi, Republik Demokratik Congo, Zambia, Malawi dan Mozambique.

Keindahan Tanzania terletak pada gunung Kilimanjaro yang diiktiraf sebagai
gunung tertinggi di Afrika dengan ketinggian 5.985 meter. Selain itu,
Tanzania juga mempunyai tiga buah pulau iaitu Pulau Zanzibar, Pulau Pemba
dan Pulau Mafia. Zanzibar terkenal dengan tanaman cengkih dan ulama-ulama
Islam.

Keluasan wilayah Tanzania adalah 364,900 meter persegi dan mempunyai jumlah
penduduk mencecah 36 juta orang. Jumlah penduduk beragama Islam adalah 35
peratus, Kristian (30 peratus) dan Animisme (35 peratus). Pulau Zanzibar
mempunyai penganut Islam terbesar, iaitu sekitar 95 peratus daripada jumlah
penduduknya.

Tanzania merupakan salah sebuah negara termiskin di dunia dan bergantung
sepenuhnya kepada sektor pertanian yang menyumbang kepada 85 peratus
eksport.

Kemasukan Islam ke Afrika Timur (Tanzania, Uganda dan Kenya) dipercayai
bermula pada abad kelapan. Ahli -ahli arkeologi telah menemui beberapa
peninggalan Islam seperti syiling emas, perak dan tembaga bertarikh 830M
serta sebuah masjid tertua di Kizimkazi yang terletak di tenggara Zanzibar
pada 1007.

Pada 1332, Ibn Batuta pernah berkunjung ke Tanzania dan Zanzibar. Dalam
persinggahannya, beliau mencatatkan bahawa hampir sebahagian besar penduduk
pantai Afrika Timur beragama Islam dan bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa
pertuturan dan perdagangan. Ketika itu, Lautan Hindi dikenali sebagai 'Laut
Muslim'.

Sultan Sayyid Said dari Dinasti Busaid di Muscat, Oman pada 1832 pernah
memimpin Zanzibar dan kesultanan ini bertahan selama 132 tahun. Pengaruh
kesultanan Sayyid Said berkembang hingga ke Kenya dan negara-negara pantai
timur Afrika yang lain. Akibat pengaruh yang sangat kuat, bahasa Arab
digunakan oleh penduduk asli Tanzania dan Zanzibar (Negro Bantu) sebagai
dasar bahasa tempatan dengan sebutan Kiswahili atau Swahili.

Mereka menyebutnya sebagai Afro-Islamic Language dan berbangga kerana bahasa
Swahili menjadi salah satu daripada tujuh bahasa utama di dunia. Bahasa
Swahili sebagai bahasa komunikasi Islam Afrika Timur digunakan oleh banyak
negara Afrika seperti Kenya, Uganda, Congo, Madagascar, Mauritius dan
beberapa suku di Afrika Tengah dan Barat.

Portugal menyerang pantai timur Afrika pada abad ke-16 dan memerintah hingga
abad ke-18. Pada abad ke-19, apabila berlakunya kemasukan Jerman dan
Inggeris, para pejuang Kristian mula menyebarkan agama tersebut di kalangan
penduduk Tanzania hingga menimbulkan beberapa konflik. Misalnya, perang Maji
Maji yang tercetus pada 1905 hingga menyebabkan pembunuhan terhadap beberapa
pejuang Kristian.

Setelah Perang Dunia Pertama berakhir, penyebaran agama Kristian semakin
hebat. Dengan itu, beberapa pertubuhan agama ditubuhkan, antaranya, African
Association (1929) dan Jamiatul Islamiyya fi Tanganyika. Organisasi ini
kemudian membentuk Tanganyika African Association (TAA) atau Tanganyika
African National Union (TANU). TAA yang pada mulanya dikuasai orang Islam
telah diambil alih oleh Julius K.Nyerere yang akhirnya menjadi presiden
pertama Tanzania.

Pada 1962, kongres organisasi Islam berlangsung di ibu kota Tanzania, Dar Es
Salaam dan kemudiannya membentuk East African Muslims Welfare Society.

Kesan daripada politik pecah dan perintah yang diamalkan Inggeris
menyebabkan umat Islam di Tanzania dan luar Zanzibar ketinggalan dari aspek
pendidikan walaupun nisbah peratus penduduk beragama Islam dan Kristian
ketika itu tidak jauh berbeza.

Zanzibar adalah pusat penyebaran Islam di Afrika Timur. Semasa zaman
penjajahan, proses Islamisasi di Tanzania bermula dari Zanzibar yang
dipelopori Sheikh Muhyidin bin Sheikh bin Abdullah al-Qahtany (1789-1869).
Perkembangan Islam di Zanzibar dan Tanzania turut memberi ancaman kepada
agama Katolik.

Bukti sejarah penting dicatatkan ketika John Okello, seorang Kristian
Militan dari Uganda, menyerang Zanzibar pada 11 Januari 1964. Beliau
mendapat bantuan dari Tanganyika (sekarang Tanzania), Kenya, Uganda,
Zimbabwe, Malawi dan Mozambique telah menyerang kira-kira 13,635 penduduk
beragama Islam pada waktu tengah malam.

Gerakan bawah tanah Okello di Zanzibar dibayangi oleh pemikiran Oscar
Kambona iaitu orang kanan Julius Nyerere yang menyatakan pendiriannya pada
Second War Conference of Churches pada 1910 bahawa Islam adalah ancaman
terbesar bagi perkembangan agama Katolik di Afrika Timur. Bagi umat Islam di
Tanzania dan Zanzibar, Julius Nyerere dianggap sebagai mastermind gerakan
bawah tanah dalam

Revolusi Zanzibar yang diketuai Okello.

Segala dugaan yang berlaku semakin menguatkan semangat mereka untuk
memperjuangkan agama Islam di

Tanzania. Pada 1988, para pejuang agama Islam generasi muda telah mengadakan
demonstrasi di Zanzibar. Dalam peristiwa tersebut, banyak tokoh Islam
ditangkap, antaranya Seif Shariff Hamad.

Hingga ke hari ini, orang Islam di Tanzania masih dibayangi wajah pengganas
walaupun pada dasarnya mereka memperjuangkan hak dan kedudukan agar tidak
terus tertindas.

Misalnya, mereka pernah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Akta
Pencegahan Keganasan 2002. Berdasarkan kepada akta tersebut, ia tidak
menyatakan agama dan kumpulan tertentu. Bagaimanapun, kelompok Islam dan
sesetengah media tempatan serta NGO mengkritik kuasa yang diberikan kepada
polis untuk menyiasat, mengenal pasti dan menahan pengganas. Setelah dua
tahun dilaksanakan, pihak pemerintah tidak pernah menahan suspek, merampas
harta benda atau mengenakan hukuman di bawah akta tersebut.

Pada 2004, pihak polis Zanzibar telah menahan aktivis Islam, Sheikh Kurwa
Shauri. Kerajaan Zanzibar mengarahkan agar beliau kembali ke Dar es Salaam.
Shauri telah diusir kerana didakwa menimbulkan ketegangan dan mengganggu
keamanan di Zanzibar. Hingga kini, tiada perkembangan mengenai kes tersebut
dilaporkan.

Pada 2004 semasa majlis derma amal yang diadakan di Dar es Salaam untuk
menubuhkan sebuah universiti Islam di Morogro, Presiden Benjamin Mkapa telah
menyerahkan bangunan pentadbiran kerajaan kepada Yayasan Pembangunan Islam
(MDF). Bangunan tersebut akan digunakan untuk menubuhkan Universiti Islam
Tanzania. Bagaimanapun hingga setakat ini, universiti yang diuar-uarkan
masih belum memulakan operasinya.

Di tanah besar Tanzania, pengurusan masjid diletakkan di bawah Majlis
Kebangsaan Islam Tanzania (BAKWATA) yang mempunyai kuasa memilih mufti.
BAKWATA memainkan peranan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
penubuhannya pada 1968 menyebabkan parti Chama Cha Mapinduzi (CCM)
digulingkan.

Evolusi Islam di Tanzania tidak semudah yang disangkakan kerana ia berdepan
dengan konflik dan ancaman pihak musuh iaitu Barat yang mempunyai kekuatan
dari segi sokongan politik, sumber kewangan, senjata dan kekuatan sumber
manusia.

*




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke