'Online': Nasib pelajar luar bandar perlu pertimbangan PDF Cetak
Thu | Mar 30, 06 | 05:26:32 PM
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Kementerian Pengajian Tinggi sewajarnya menyiapkan prasarana teknologi maklumat yang lebih baik untuk memudahkan pelajar mengisi borang kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) secara 'online'.
 
Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, berkata, pelajar yang memohon kemasukan ke universiti berpuluh-puluh ribu tetapi kemudahan 'online' yang disediakan tidak berupaya menampung pemohonan itu.
"Sehinggakan ada pelajar yang dapat menembusi laman web itu sehingga jam tiga pagi untuk mengisi borang permohonan, sepatutnya kerajaan sebelum membuat sesuatu keputusan haruslah menyediakan kemudahan sebaik mungkin supaya tidak menyusahkan pelajar," katanya semasa dihubungi.
 
Tambahnya, apabila timbul rungutan daripada pemohon secara tidak langsung menujukkan tahap teknologi yang ada dalam negara masih tidak memuaskan. Selain itu beliau juga meminta kerajaan mengekalkan permohonan cara bertulis yang diamalkan sebelum ini, bagi memudahkan pelajar-pelajar luar bandar.
"Kementerian kena ambil perhatian untuk pemohon-pemohon di luar bandar, kerana ada di kalangan mereka terpaksa mencari siber kafe sehingga jauh malam, ini kerana kemudahan ICT dalam negara masih  tidak meluas," katanya.
 
Kini pelajar-pelajar lepasan pendidikan menengah sedang giat melayari laman web Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengisi borang kemasukan ke universiti.
"Jadi ketika ini sangat sesuailah kementerian berkenaan pertingkatkan 'server' bagi membolehkan pemohon-pemohon dari seluruh negara dapat menembusi laman web itu dengan selesa, dan tidak perlu tunggu lama," katanya. - lanh


Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke