Menteri Luar cuba mengelak isu bayar pelobi Amerika PDF Cetak
Thu | Mar 30, 06 | 03:26:01 PM
Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) -  Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar memilih untuk tidak menjawab dan terus bercakap mengenai tajuk lain apabila ditekan oleh Ketua Pembangkang bahawa bekas Perdana Menteri mengakui bahawa sejumlah wang dibayar kepada pelobi sebelum berlakunya pertemuan beliau dengan presiden Amerika Syarikat, George W Bush.
 
Sikap Menteri Luar mengelak untuk menjawab itu berlaku selepas bertikam lidah dengan Lim di Dewan Rakyat berhubung dakwaan bahawa kerajaan membayar RM4.6 juta kepada pelobi bagi mengatur pertemuan antara Dr. Mahathir dengan Bush tiga tahun lalu.
 
Dalam ucapan penggulungannya Syed Hamid dengan berani menafikan dakwaan tersebut.
Beliau menjelaskan, walaupun amalan mengupah pelobi bagi mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dunia adalah perkara biasa bagi negara lain, tetapi "Malaysia tidak melakukannya".
 
Bagaimanapun Lim menolak penjelasan itu dengan membangkitkan bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan Malaysia telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Amerika, Jack Abramoff bagi mengatur pertemuan antara kedua-dua pemimpin berkenaan.
Antara buktinya, kata beliau, termasuk invois yang dihantar Abramoff kepada pejabat kedutaan Malaysia di Washington DC yang menuntut bayaran RM1.1 juta bagi "perkhidmatan tertentu" yang tidak diperincikan.
 
Abramoff baru-baru ini dibicarakan di mahkamah di Amerika dan mengaku bersalah atas tuduhan cuba lari dari cukai dan menipu.
 
Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John L Mallot telah mendedahkan bagaimana pentadbiran Dr Mahathir menggunakan Abramoff sebagai pelobinya dan membayar jutaan ringgit untuk beliau melalui Keduataan Malaysia di Washington.
 
Walaupun Ketua Pembangkang mengemukakan bukti, Menteri Luar tetap berkeras dengan menyatakan pertemuan antara Dr. Mahathir dan Bush itu diatur menerusi saluran diplomatik atas undangan Bush sendiri.
"Saya boleh terima jika dikatakan peringkat akhir pertemuan itu diatur menerusi saluran diplomatik. Tetapi isunya sekarang ialah samaada kerajaan mengupah pelobi sebelum pertemuan itu diatur?" Lim terus mengasak dengan soalan-soalannya.
 
Lim seterusnya bertanya, mengapa Syed Hamid mempertahankan "bekas bos"nya itu sedangkan Dr. Mahathir sendiri mengaku ada menggunakan khidmat pelobi. Syed Hamid membalas soalan Lim dengan menyatakan, Dr. Mahathir hanya mengakui ada menggunakan khidmat pelobi tetapi tidak pernah menyatakan beliau mengupah pelobi untuk mendapatkan pertemuan dengan Bush.
 
Lim mengasak lagi, "Itulah soalan (iaitu mengenai pertemuan Dr Mahathir - Bush) yang ditanya dan beliau menjawabnya". Ketika itu, Syed Hamid tidak lagi menjawab dan terus bercakap mengenai tajuk lain.


Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke