Nasib orang Melayu umpama 'telur di hujung tanduk' PDF Cetak
Sun | Apr 02, 06 | 01:09:51 PM
Oleh Salman Hussin
BATU PAHAT, 2 April (Hrkh) - Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato' Paduka Ibrahim Ali, menyifatkan nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini umpama 'telur di hujung tanduk' dan akan tiba masanya kelak orang Melayu hanya sekadar 'menang sorak kampung tergadai'.
 
Inilah realiti  yang bakal menimpa nasib orang Melayu sepanjang hampir 50 tahun di bawah kepimpinan Umno dan Barisan Nasional di negara ini. Katanya, sepanjang tempoh tersebut Umno telah gagal membela nasib orang Melayu dan gagal memartabatkan Islam yang menyebabkan hari ini negara dilanda dengan berbagai krisis moral yang sangat teruk.
"Kes bunuh, rogol, rompak, amalan rasuah di kalangan pemimpin, salahguna kuasa, penyelewengan dan berbagai-bagai kemungkaran terus berlaku dan kerajaan pimpinan Umno gagal mengatasi masalah ini.," beliau berkata demikian semasa berceramah di Bukit Batu Senggarang, dekat sini, baru-baru ini.
 
Selain itu katanya, rakyat mengharapkan apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih kuasa memerintah negara, maka beliau akan melakukan sesuatu demi kepentingan Islam, orang Melayu dan negara ini tetapi malang sekali sehingga hari ini nampaknya beliau masih gagal  melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan ini.
"Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah ‘indah khabar dari rupa’, kalau di peringkat awalnya dulu Abdullah dilihat seolah-olah lebih baik dari Dr Mahathir tetapi hakikatnya beliau  10 kali ganda lebih teruk dari Dr Mahathir,"katanya.
 
Selanjutnya menurut Ibrahim, dalam tempoh baru dua tahun setengah berkuasa Abdullah sudah menunjukkan kelemahan yang begitu ketara terutama dalam soal yang membabitkan maruah dan kedaulatan negara.
 
Krisis pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor antara kerajaan Malaysia dengan Singapura menyerlahkan kelemahan Abdullah apabila beliau sebagai ketua kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak negara jiran itu.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

-------------------------------------------

Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke