| Demo akan diteruskan kerana kami bukan penderhaka - Dr Hatta |
| Berdahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam ceramahnya dekat sini berkata, "Kami bukan penderhaka tetapi adalah wira bangsa dalam sebuah negara demokrasi bagi membela kepentingan rakyat terbanyak." Beliau menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan mereka yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak sebagai penderhaka. "Kami menentang langkah yang menyebatkan kehidupan sebilangan besar rakyat terhimpit akibat kenaikan harga minyak ini," kata Dr Hatta di Balai Kuliah Batu 6, Changkat Jering malam semalam. Beliau menolak andaian beberapa pihak kononnya kenaikan harga minyak hanya menekan golongan kaya kerana mereka yang memakai kereta dan sebagainya. "Orang-orang miskinlah yang paling banyak terhimpit kerana kenaikan 30 sen seliter ini amat besar kepada
mereka yang menggunakan motosikal dan menggunakan motorbot untuk menangkap ikan di laut. Nilai RM1 kepada orang miskin amat besar seumpama nilai RM1000 kepada orang kaya macam mereka," kata Dr Hatta yang berjanji akan terus "Protes Sampai Turun" samada harga minyak atau Perdana Menteri yang turun. Beliau berjanji akan terus menganjurkan demostrasi bagi membantah kenaikan inin dengan demonstrasi mega walaupun telah ditangkap bersama dua anak-anaknya baru-baru ini. Dr Hatta dan dua anak gadisnya ditahan kira-kira lima jam di penjara Pudu minggu
lalu selepas ditangkap kerana menyertai demonstrasi di perkarangan KLCC anjuran MTUC. 19 yang lain turun ditangkap bersama beliau dan anak-anak. "Saya harap semua orang akan turun demo dengan aman. Jangan buat gila-gila bila berdemo. Biarlah kerajaan saja yang gila kuasa," kata beliau. Beliau turut mengingatkan anggota polis langkah membantah kenaikan harga minyak ini untuk kebaikan mereka juga kerana ia memberi kesan kepada semua pihak. "Kerajaan bukan jaga kepentingan anggota polis pun. Lihatlah dengan cadangan pelbagai suruhanjaya itu. Jadi berilah kerjasama kepada kami," kata Dr Hatta. |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
-------------------------------------------
Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
