Note: forwarded message attached.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

-------------------------------------------

Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
--- Begin Message ---
Apa susah-susah sangat bukan semua lelaki yang nak
kawin 2,3dan 4.Bagi yang nak kawin tu bagi lah buat
apa nak halang mereka.Siapa nak tanggung dosa ZINA
jika tak kawin.Orang yang berkawin mana nak minta
bercerai tapi satelah bersama baru lah tahu realitinya
dan kesefahaman tiada lagi sekurangnya yang wanita tu
dah ada anak untuk membelanya dihari tua.Belambat
wanita yang belum kawin lagi sapa yang nak kawin
dengan mereka.Kesian.....Maka masalah sosial semakin
meruncing.

 
Hayatilah petikan di bawah nie.
-----------------------------------------------------


> Subject: Umat Nabi Muhammad s.a.w yang ramai ( bukan
monogami )
> 
> SALAH TAFSIR AYAT TENTANG POLIGAMI
> Kewujudan amalan poligami disandarkan kepada nas
Al-Quran dan Sunnah,
> diantaranya seperti yang terkandung dalam surah
An-Nisa' ayat 3 yang
> bermaksud : "... maka kahwinilah perempuan-perempuan
yang kamu sukai 
dua,
> tiga dan empat, tetapi jika kamu khuatir tidak
berlaku adil maka
> kahwinilah satu sahaja...." 
> Berdasarkan ayat di atas, apa yang boleh disimpulkan
ialah Tuhan 
membuat
> tawaran kepada kaum lelaki agar mengahwini
wanita-wanita seramai dua 
atau
> tiga atau empat. Pilihan pertama ialah 2. Pilihan
kedua ialah 3. 
Pilihan
> ketiga ialah 4. Namun kata Allah, sekiranya kamu
bermasalah dalam
> melakukan keadilan, maka pilihan akhir untuk kamu,
selemah-lemah 
pilihan
> ialah beristeri satu. 
> Ayat ini sama kedudukannya seperti Hadis berikut : 
> "Barang siapa yang melihat kemungkaran maka cegahlah
ia dengan tangan
> (kuasa),jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan
dan jika kamu 
tidak
> mampu, cegahlah dengan hati. Itulah selemah-lemah
iman" 
> Nas-nas di atas tadi membawa maksud bahawa Tuhan
memberi pilihan 
kepada
> manusia dalam melaksanakan tuntutan
syariat-Nya,diberi kelonggaran 
dalam
> mengamalkannya mengikut tahap keimanan
masing-masing.Contohnya 
seorang
> guru berkata kepada anak muridnya : 
> "Wahai murid-murid semua, supaya kamu bijak dalam
matematik ini, maka
> selesaikanlah dua soalan yang saya berikan ini.Lagi
baik kalau kamu 
boleh
> selesaikan tiga. Tapi lagi bijak kalau boleh buat
> keempat-empatnya.Selemah-lemah kamu ialah kalau kamu
mampu selesaikan 
satu
> sahaja." 
> Dari sini kita dapat mengambil kesimpulan bahawa
sebenarnya poligami
> adalah prioriti dan monogami hanya alternatifnya.
Buktinya di zaman
> Rasullullah saw,para sahabat, solafussoleh dan
sekitar 700 tahun
> selepasnya, majoriti umat menjadikan poligami
sebagai tradisi. 
> Tetapi dizaman ini praktis ini sangat dipinggirkan
malah sampai 
dimusuhi
> dan di momok-momok. Kelihatan dalam masyarakat hari
ini, kaum lelaki 
pun
> sangat sedikit yang benar-benar bahagia dengan
poligami. Terlalu 
tinggi
> risiko yang mereka terpaksa ambil kerana praktis
poligami. 
> Mengapa ini terjadi. Di dunia hari ini, tiada lagi
pemimpin yang 
adil.
> Lelaki-lelaki semuanya hanya mampu beristeri satu.
Hatta yang satu 
pun dia
> tidak mampu berlaku adil dengan sebenar-benarnya,
lalu tidak 
hairanlah
> kalau rumahtangga monogami pun banyak yang retak dan
berkecai. 
Apalagi
> bagi yang berpoligami. 
> Tapi mari kita lihat dengan mata hati tanpa sebarang
hasad dan 
prejudis
> bagaimana jika satu keluarga model dapat diwujudkan
melalui poligami, 
maka
> itulah yang dinamakan syurga dunia. Di dalam sebuah
keluarga besar, 
ayah
> selaku ketua keluarga berperanan masing-masing dalam
rumahtangga 
tersebut.
> Ada yang berperanan mendidik anak-anak, mengatur
hal-ehwal 
rumahtangga,
> melayan tetamu, menjaga perhubungan luar dengan
masyarakat, menjaga
> disiplin ibadah, menjaga kebersihan, menguruskan
kewangan 
rumahtangga,
> mengurus makan minum dan lain-lain. Anak-anak yang
ramai akan 
terpimpin
> dan terdidik serta mendapat kaish sayang sepenuhnya
daripada empat 
orang
> ibunya. 
> Gabungan kesemua inilah yang akan melahirkan sebuah
keluarga besar 
yang
> boleh menjadi role model. Suasana ini juga akan
menjadi platform 
latihan
> kepimpinan secara semulajadi bukan sahaja kepada
suami tetapi juga 
kepada
> isteri-isteri dan anak-anak. Ini akan menjadikan
poligami sebagai 
projek
> besar bagi melahirkan sebuah empayar. 
> Tetapi mengapa kehebatan poligami disudut ini tidak
didedahkan? Malah
> berbagai usaha dibuat untuk menentangnya.Sebenarnya
semenjak 
kejatuhan
> empayar Islam 700 tahun yang lalu, Barat menaja satu
perjuangan kaum
> wanita menuntut hak-hak peribadi mereka. Itulah
women's liberation.
> Diantara yang paling ditentang ialah poligami.
Hingga kini, gerakan 
itu
> sangat berjaya. Semua wanita begitu 'berkuasa'.
Lelaki pun ikut sama
> berjuang menentang poligami lantaran tunduk kepada
wanita. 
> Hari ini siapa berpoligami dianggap terpinggir,
jijik dan kolot.
> Seolah-olah poligami tiada dalam Islam atau satu
amalan yang 
terpinggir.
> Walhal yang sebenarnya sistem keluarga besar ini
adalah satu kekuatan
> dalam masyarakat dan negara Islam. Mempraktikannya
juga satu 
kehebatan,
> kedaulatan dan kekuasaan. Musuh-musuh Islam sangat
tahu tentang ini. 
Sebab
> itu mereka sangat memperjuangkan agar ianya
terkubur. 
> Marilah kita jayakan projek Tuhan ini dengan
sesempurnanya. Nanti 
kita
> akan miliki satu kekuatan yang dunia sama sekali
tidak mampu lakukan.
> Sebab dalam poligami terkumpul kekuatan super power,
antaranya: 
> *     Kekuatan takwa 
> *     Kekuatan perpaduan 
> *     Kekuatan keselamatan 
> *     Wang atau kekuatan ekonomi 
> Bukankah Allah berjanji untuk orang bertakwa. Dia
akan mewariskan
> kekuasaan dan dapat menaungi bangsa-bangsa di bumi
> 
> 
> ----------
> From:         Radziah Abd Latif
> Sent:         Tuesday, February 18, 2003 2:29 PM
> To:   Azizan Abu Bakar; Ahmad Zafuan Saadun; Rahimah
Mohamad Ali
> Subject:      FW: Kuliah Pagi!.....Nak Kaya tak?nie
petuanya.
> 
> Kahwin bertukar ganti niee ibarat berpindah randah
.......
> kalau tujuh  kali pindah ....... PAPE.........
> 
>  -----Original Message-----
> From:         Ahmad Zafuan Saadun  
> Sent: Tuesday, February 18, 2003 2:15 PM
> To:   Azizan Abu Bakar; Johan Ibrahim; Rahimah Mohamad
Ali; Radziah Abd
> Latif
> Subject:      RE: Kuliah Pagi!.....Nak Kaya tak?nie
petuanya.
> 
> Macam mana nak kahwin nie, ada kayap kat celah
>
kelangkang...................panas..............alamat
tak kaya le
> tu.........................
>        -----Original Message-----
>       From:   Azizan Abu Bakar  
>       Sent:   Tuesday, February 18, 2003 9:35 AM
>       To:     Johan Ibrahim; Ahmad Zafuan Saadun; Rahimah
Mohamad Ali;
> Radziah Abd Latif
>       Subject:        Kuliah Pagi!.....Nak Kaya tak?nie
petuanya.
> 
>       Assalamualaikum,
> 
>       Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan
salah satu daripada
> sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda
yang bermaksud:
> "Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak
sunnahku, maka dia 
bukan
> dari kalanganku."
>       (Riwayat Bukhari)
> 
>       Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu
perkahwinan itu suatu
> perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara
ini boleh terjadi 
?
> Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin
mesti ada kereta, 
mesti
> ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini ...
> 
>       Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku
lebih kurang 1400
> tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan
hidup ini. 
Insya-Allah
> ...
> 
>       Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh
seorang lelaki.
> Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin.
Kemudian ia meminta 
jalan
> keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.
> 
>       Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus
menyuruh lelaki itu
> berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan
yang diberikan
> Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya
lelaki itu 
berkahwin.
> Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang
lagi kepada 
Rasulullah
> dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah saya sudah
berkahwin tetapi 
masih
> tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?". "Kahwin
lagi," jawab 
Rasulullah
> singkat.
> 
>       Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau
percayakan kepada
> Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu
menipu ummatnya. 
Akhirnya
> lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
> 
>       Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang
lagi kepada
> Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Ya
Rasulullah, isteri saya 
sudah
> dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya
Rasulullah...?" keluh lelaki 
itu.
> "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki
itu berasa 
senang
> apabila mendengar jawapan Rasulullah.
> 
>       Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun
setelah beberapa
> lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia
malu mengadu kepada
> Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin.
Dengan berat hati
> beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan
masalahnya. "Ya 
Rasulullah,
> engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga
kalinya, tapi aku tetap
> miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?", adu
lelaki itu. 
"Berkahwinlah
> lagi," kata Rasulullah.
> 
>       Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Dan benarlah kata
> Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa
berkahwin di dalam
> kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia
mengajar kemahiran 
tersebut
> kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut
mendatangkan keuntungan 
dan
> kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu
mencukupi keperluan 
rumah
> tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
> 
>       Sabda Rasulullah bermaksud : "Carilah rezeki dengan
menikah"
>       (Riwayat Ibnu Abbas)
> 
>       Firman Allah Taala bermaksud : "Dan kahwinilah
orang-orang yang
> sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak
(berkahwin) dari
> hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu
yang perempuan. 
Jika
> mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan
kurnia-Nya. Dan 
Allah
> Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
>       (surah an-Nur :32)
> 
>       Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di
atas,
> Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta
tujuan berkahwin 
itu
> kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala
sosial dapat
> dihindarkan.
> 
>       Wassalam...
>       Brother in Islam/[EMAIL PROTECTED]



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

--- End Message ---

Kirim email ke