Tue | Mar 07, 06 | 12:35:07 PM 
Oleh Ariff Bijaksana  

Terpanggil saya untuk memberi sedikit pandangan tentang isu kita 
hadapi sekarang ini "Harga Minyak Naik Lagi".

Sebelum saya mempersoalkan dengan lebih lanjut tentang isu ini, saya 
ingin bertanya kepada semua. Siapa itu kerajaan? Ulang.. siapa itu 
kerajaan?, Kalau kita dengar penjelasan dari Pak Lah sudah pasti 
kerajaan itu adalah rakyat. Tapi kenapakah rakyat yang menjadi 
mangsa diatas keputusan rakyat sendiri? Jadi siapakah rakyat 
sebenarnya? 

Seorang ketua negara sepatutnya peka keadaan masyarakat dibawah 
pemerintahannya. Tidak memikirkan kepentingan masing-masing. Terlalu 
banyak kita lihat sekarang pemesongan fakta yang mana harga minyak 
tidak mempengaruhi harga barangan lain tapi cuba kita fikirkan 
secara mudah, kalau minyak naik harga, macam mana nak hantar barang 
dari satu tempat ke tempat yang lain? Kalau kos pengeluaran melebihi 
kos penjualan, di manakan keuntungannya dan apakah langkah untuk 
menimbalbalik kos pengeluaran?.. sudah pastinya harga barangan akan 
naik. Kalau harga barang naik, siapa yang mendapat kesan? rakyat 
juga bukan?

Kerajaan akan membuat pemantauan masa ke semasa tentang harga 
barangan akan naik tapi sampai bila? esok, lusa atau tidak buat 
langsung? 

Kita ke arah negara maju tetapi pemikiran kerajaan tidak banyak 
berubah, malah kebanyakkan cara untuk menyelesaikan masalah adalah 
dibahu rakyat. Rakyat sungguh tertekan. Selepas ini tarif elektrik 
akan naik. Semua naik tapi kemudahan rakyat berada ditakup lama 
juga. 

Tidak mustahil nanti, lebih banyak realiti program "bersamamu" akan 
wujud sebab keputusan kerajaan sendiri. Sedarlah wahai Pak Lah, 
keputusan menaikkan harga minyak menjadi titik kejatuhan BN. Kami 
tidak mahu lagi kerajaan yang tidak menghiraukan kepentingan rakyat.
 








--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke