Mon | Mar 20, 06 | 05:45:24 PM Oleh Lt Kol (R ) Hj Abd Jalil Hj Ithnin, TUDM
Assalamualaikum Saudara Pengarang, Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukor kehadrat Allah Suhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnianya saya dan keluarga dan rakan rakan Jemaah Haji dari Malaysia telah selamat menunaikan rukun Islam yang kelima dan selamat kembali ketanah air tercinta ini dengan membawa balik keberkatan Tanah suci Mekah dan Madinah yang tercinta. Kini kami semua mungkin telah sebati semula dengan kehidupan dinegara kita setelah berada ditanah suci selama lebih kurang 45 hari.Sunggoh pun ingatan masih kuat mengenangkan Mekah dan Madinah tetapi Malaysia ialah tanah tumpah darah kita semua. Semasa ditanah suci kami sememangnya kehausan berita berita dari Malaysia oleh kerana surat khabar Arab tidak ada menulis mengenai Malaysia , yang ada saya terbaca hanyalah berita lawatan Putra Abdullah keMalaysia didalam Akhbar Arab News. Lain daripada itu boleh dikatakan tiada liputan, mungkin negara kita kecil pada pandangan mereka. Bercerita tentang harga minyak Petrol teringat saya harga minyak diArab Saudi hanyalah lebih kurang Satu Rial Saudi untok satu liter petrol. Ini dapat saya lihat semasa pemandu van Arab berhenti mengisi minyak disebuah setesyen minyak semasa saya dan isteri balik dari Tanaaim menuju keMasjidil Haram untok mengerjakan Umrah sunat. Harga ini amat jauh bezanya kalau kita bandingkan harga petrol diMalaysia yang hampir dua kali ganda harganya. Persoalannya mengapakah ianya terjadi demikian? Pehak Kerajaan didapati cuba memberi berbagai alasan diatas kenaikan harga petrol ini dan saya rasa ramai yang masih tidak dapat menerima penjelasan ini. Kemudian kita semua dinasihatkan untok berhemah berbelanja dan berbagai lagi cadangan yang mana saya rasa tidak akan dapat membantu meredakan keadaan. Apabila harga petrol naik semestinyalah harga bagi semua barang dan perkhidmatan lain akan tetap naik , dan ini dipanggil "inevitable phenomena" atau keadaan yang tidak dapat dielakkan. Segala gala kos akan meningkat naik dan semua orang Malaysia tidak kira apa peringkat, bangsa atau taraf hidup akan terasa tempias. Sampai bila kita nak pantau kecuali semua pakat boikot jangan beli semua barang atau jangan guna semua perkhidmatan yang naik harga. Ini adalah satu tugas yang mustahil pada pendapat saya. Maka pehak berkuasa kenalah buat cadangan yang lebih logikal umpama mengkaji semula gaji atau memberi elaun kepada semua pekerja Malaysia untok menampong kenaikan harga Petrol, mungkin dengan cara ini raayat dapat menerimanya. Kesan kenaikan harga Petrol sekarang ini sememang terasa benar, kalau dahulu saya isi minyak kereta saya RM50 mungkin dapat setengah tangki tetapi sekarang tak sampai setengah tangki pun. Adakah ini merupakan satu balasan daripada Allah kepada perbuatan kita semua diMalaysia. Sebagai orang Islam kita kena Muhasabah diri diatas semua tindakan,perbuatan dan perilaku kita selama ini adakah mengikut ajaran Islam didalam setiap aspek iaitu dari segi pentadbiran negara,pelaksanaan undang undang,penguatkuasaan undang undang, pengagihan kekayaan negara dan sebagainya adakah ianya menurut lunas Islam yang diredhai Allah. Adakah kita bersikap adil kepada semua lapisan masyarakat semasa melaksanakan pemerintahan kita? Oleh kerana minyak Petrol ini adalah kurniaan Allah kepada maanusia yang amat bernilai maka disebabkan kerakusan kita mentadbir kurniaan Allah ini menjadi kita lupa diri dan sebagai balasan Allah telah menyulitkan kita dan memberi kesusahan kepada umum tanpa pileh kasih. Mungkin ini satu persoalan yang semua umat Islam diMalaysia patut renongi bersama. Adakah Allah telah menjatuhkan bala kepada kita semua?.................................... 14-1A Jalan UP1/5 Ukay Perdana 68000 Ampang Selangor ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
